
Genap 59 tahun pada 8 Julai lalu, Datin Noor Kartini titip kesyukuran anak sambung pengajian dan hijrah ke Dubai.
Bertuahnya melihat kehidupan ibu Neelofa, Datin Noor Kartini yang sentiasa dilimpahi rezeki seperti air Zamzam. Mengalir tanpa henti ibarat sungai yang tidak kering, memberikan manfaat bukan saja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada orang-orang disekeliling.
Bersempena hari kelahiran yang ke-59, ibu penyayang kepada 9 cahaya mata itu diraikan dalam sebuah majlis istimewa dalam suasana penuh barakah.
Wanita cekal kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu kelihatan bahagia dikelilingi anak cucu serta semakin sembuh daripada penyakit kanser tahap 1 yang dihidapinya.




Genap 59 tahun pada 8 Julai lalu, Datin Noor Kartini titip kesyukuran anak sambung pengajian dan hijrah ke Dubai.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat usia, kesihatan dan kasih sayang yang dikurniakan.
Terima kasih yang tak terhingga buat semua yang sudi hadir, meluangkan masa, mendoakan dan bersama-sama meraikan dalam majlis malam tadi.”
Tambah beliau, majlis yang kesyukuran dan doa selamat itu turut diadakan buat anakanda Mohamed Faliq yang bakal melanjutkan pelajaran ke Melbourne, Australia serta doa selamat buat Athisha yang akan berhijrah ke Dubai tak lama lagi.


“Majlis malam tadi juga bersempena ulang tahun kelahiran cucu mama yang tersayang iaitu Abdullah Abbas yang ke-2 tahun dan juga sambutan ulang tahun kelahiran mama yang ke-59 tahun.
Terima kasih banyak-banyak atas ucapan, doa, hadiah, dan ingatan yang sangat menyentuh hati. Mama amat bersyukur dikelilingi insan-insan yang baik, penyayang dan ikhlas.
Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa mama rasa bersyukur dan terharu dengan setiap ucapan, pelukan, hadiah, doa dan senyuman yang diberikan. Terima kasih kerana buat mama rasa sangat dihargai dan disayangi.
Semoga segala kebaikan yang kalian curahkan, Allah balas dengan berlipat kali ganda. Semoga ikatan kasih sayang ini terus mekar dan diberkati.
Mama doakan kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungannya, dipermudahkan urusan dunia akhirat dan diberi kesihatan yang baik, umur yang bermanfaat, dan rezeki yang melimpah ruah,” luah Datin Noor Kartini.
Bersih dan bercahaya, sejuk mata menatap wajah keibuan Datin Noor Kartini. Ibu penyayang ni cukup sering memanjakan semua anak-anaknya, tak hairanlah beliau menjadi inspirasi…
Tidak lupa menitipkan penghargaan kepada Majalah Nona, isteri kepada Dato’ Abdul Halim Khan itu turut berkata, “MasyaAllah terima kasih untuk turut serta meraikan hari kelahiran saya. Moga Allah sentiasa memberkahi kita dunia akhirat, bi afiah tammah amiin.”
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/kenal-3-hari-dah-ajak-kahwin-datin-noor-kartini-terharu-suami-terima-dirinya-ibu-tunggal-5-anak/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




Dilahirkan pada 8 Oktober 1970 di New Delhi, India, Gauri atau nama sebenarnya Gauri Chibber dikatakan mula mengenali Shah Rukh Khan pada tahun 1984.



Bagi para wanita yang bergelar suri rumah sepenuh masa, boleh jadikan kisah Mona Meija ini sebagai inspirasi.
Bergelar suri rumahtangga sepenuh masa memberi kelebihan kepada Mona Mejia untuk melakukan bisnes kecil-kecilannya itu sambil menjaga tiga cahaya mata. Niat asal hanya untuk membantu suami mencari ‘duit poket’ lebih. Apatah lagi, dia seorang yang tak boleh duduk diam, ada saja yang dilakukan demi menjana ekonomi keluarga.
Lebih membanggakan, ketika memulakan bisnes itu dia tidak pernah mengeluarkan sebarang modal (dollar). Sebaliknya, kerajinan Mona Mejia mempromosikan pakaian terpakai yang ada di dalam almarinya telah membuahkan hasil yang luar biasa.
Dua tahun berikutnya dia sekali lagi diuji apabila suaminya tidak dapat bekerja selepas menjalani pembedahan jantung. Hilang punca pendapatan keluarga utama. Namun, Mona Mejia seorang isteri yang setia. Dia tidak meratap sebaliknya bekerja lebih keras dengan meningkatkan jualan dan mempelbagaikan item di platform lain. Jualan akhirnya mencecah ribuan ringgit dalam masa seminggu.
Melihat kesungguhan isteri, sang suami turut membantu dan menjadi tulang belakang utama. Hasil keuntungan yang luar bias aitu, mereka kini mampu memiliki rumah sendiri serta menanggung pengajian kolej anak-anak.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat semua wanita, tidak kiralah yang bergelar suri rumahtangga sepenuh masa atau bekerja. Apa yang penting minat dan usaha untuk sama-sama membantu menjana ekonomi keluarga. Percayalah, rezeki tak salah alamat.



