Aktres jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta memaklumkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana disahkan positif Covid-19.
Menurut Che Ta, Aaisyah dijangkiti virus tersebut pada ulang tahun kelahirannya yang ke-8 tahun iaitu pada 1 November 2022.
Berkongsi di Instagramnya, Che Ta meluahkan perasaan sayunya apabia melihat keadaan Aaisyah yang terbaring lemah akibat wabak tersebut.
Ads
“Hari ini hari jadi puteri Aaisyah Dhia Rana tetapi kesian sayang Mummy kena Covid-19.”
Namun begitu, Che Ta telah berjanji kepada puteri kesayangannya itu untuk mengadakan sambutan hari jadi secara besar-besaran apabila Aaisyah sihat kelak.
Ads
“Dah sihat nanti kita sambut all out ye sayang. Kita buat dekat Lantera Venue tau.”
Para pengikut serta rakan-rakan artis mendoakan kesembuhan serta menitipkan ucapan hari jadi buat Aaisyah.
Ads
Semoga Aaisyah Dhia Rana cepat sembuh dan kembali ceria. Tak sabar nak tunggu momen sambutan birthday besar-besaran tu nanti.
Kredit Foto: Instagram Aaisyah Dhia Rana & Rozita Che Wan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari Dia kita datang, kepada Dia kita pulang. Begitu besarnya dugaan yang menimpa penyampai radio popular dan kesayangan ramai, DJ Lin apabila dirinya berkongsi berita pemergian abang kandungnya, Allahyarham Mohd Yusof Abd Majid yang disahkan meninggal dunia pagi tadi akibat masalah pernafasan.
Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid berkata, Mohd Yusof, 59, sebelum itu mengadu kepada isteri dan anak-anaknya, bahawa dia mengalami kesukaran bernafas.
“Arwah abang disahkan meninggal dunia pada jam 5.10 pagi ketika ambulans dari Hospital Sultanah Aminah tiba di rumahnya dan pegawai perubatan melakukan pemeriksaan.
“Sebelum itu, sekitar jam 4.35 pagi, dia mengadu kepada isteri dan anak-anaknya bahawa dia sukar bernafas sebelum tak sedarkan diri lebih kurang lima minit kemudian.
“Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kangkar Pulai, Johor Bahru,” katanya kepada Harian Metro.
DJ Lin yang terkenal dengan segmen Suria Cinta itu kini berada di Madinah berkongsi kesedihannya kerana tidak dapat menatap wajah abangnya itu buat kali terakhir di laman Instagramnya.
“Saya rasa sedih sebab tak dapat nak menatap wajah arwah abang yang saya panggil sebagai Usop buat kali terakhir. Saya hanya mampu mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh, dilapangkan kuburnya, diampuni segala dosa-dosanya dan tenang di alam sana,” katanya.
Lin berkata, pemergian Mohd Yusof yang juga anak keempat dalam keluarga, akan dirindukan seluruh keluarganya.
“Saya masih di Madinah dan hari ini, masuk hari kelima di sini. Saya dapat tahu berita kematian abang saya sebaik sampai ke bilik hotel selepas pulang menunaikan solat tarawih di Masjid Nabawi.
“Tak tahu nak gambarkan perasaan dalam hati ini, bagaimana sebab rasa sedih dan sebak akibat kehilangan arwah mak pada 24 Jun 2022, iaitu sembilan bulan yang lalu masih lagi terasa hingga ke saat ini,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merancang untuk menubuhkan sebuah universiti khas untuk wanita, yang secara tidak langsung akan meningkatkan lagi kedudukan Malaysia dalam hab pendidikan tinggi antarabangsa.
Menterinya Datuk Seri Noraini Ahmad berkata ketika ini bilangan mahasiswi di institut pendidikan tinggi awam adalah lebih 350,000 iaitu 61 peratus daripada jumlah kemasukan pelajar, manakala lebih 530,000 iaitu 53 peratus pelajar wanita memasuki institut pengajian tinggi swasta. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merancang untuk menubuhkan sebuah universiti khas untuk wanita, yang secara tidak langsung akan meningkatkan lagi kedudukan Malaysia dalam hab pendidikan tinggi antarabangsa.
“Malaysia kini mempunyai 131,000 pelajar antarabangsa dan kami menyasarkan 250,000 orang kemasukan pelajar antarabangsa menjelang 2025. Peningkatan ini termasuk penambahan besar badan pelajar yang terdiri daripada wanita.
“KPT menyambut baik sebarang cadangan untuk kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi yang akan memberi faedah bersama,” katanya semasa berucap dalam satu sesi membina jaringan hubungan di sini hari ini.
Noraini berkata hanya terdapat satu universiti tempatan yang tersenarai dalam kedudukan 100 teratas QS World University Rankings (WUR) 2023 dan empat daripada lima universiti penyelidikan tempatan tersenarai dalam kedudukan 200 teratas carta tersebut.
“Secara keseluruhannya, 24 universiti kita telah menunjukkan peningkatan ranking, menjadikan tahun ini antara yang paling berjaya dalam pendidikan tinggi berdasarkan ranking. Jika kita menubuhkan universiti untuk wanita, saya percaya kami boleh membantu universiti itu untuk turut berjaya dalam QS WUR,” katanya. Noraini berkata KPT komited dalam memperkukuh kerjasama dan mengurangkan halangan dalam perkhidmatan pendidikan bersama rakan antarabangsanya.
“Kami percaya pengantarabangsaan pendidikan tinggi akan meningkatkan persaingan sekali gus menambah baik kualiti dalam kalangan lulusan universiti.
“Kami juga menyasarkan sistem pendidikan untuk memenuhi permintaan pasaran kerja dan masyarakat,” katanya dan menambah selari dengan objektif itu, institut pendidikan tinggi telah melancarkan pelbagai inisiatif termasuk mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian (MoA).
Beliau berkata tahun ini, beliau berpeluang untuk menyaksikan pemeteraian 12 MoU dan satu MoA di India, Qatar, United Kingdom, Romania, Turkiye, dan Kanada.
“Selain itu, perbincangan sedang dijalankan mengenai penubuhan Kerusi Pengajian Melayu di Jawaharlal Nehru University di India dan di Pusat Pengajian Orang Timur dan Afrika di University of London,” katanya.
Sumber: ASTRO AWANI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Miss International Malaysia 23 (MIM) telah menobatkan ratu-ratu baharunya kali ini di mana Cik Cassandra Yap dan Cik Ashlyn Ooi dinobatkan sebagai Miss International Malaysia 2024. Acara tahun ini bukan sahaja meraikan kecantikan tetapi juga kecerdasan, bakat dan keanggunan yang dijelmakan oleh wanita Malaysia.
Turut menyertai Cik Cassandra Yap dan Cik Ashlyn Ooi, adalah ratu Miss International Malaysia 2023, Cik Kimberly Vung, Cik Christina Lee, dan Cik Aaliyah Wunsch, yang mendapat gelaran naib juara pertama, kedua dan ketiga.
Pihak penganjur Miss International Malaysia percaya bahawa setiap peserta adalah ratu Miss International Malaysia kerana mereka telah menunjukkan dedikasi mereka ke arah mencapai impian masing-masing.
Dianjurkan oleh Persatuan Pentas Anak Seni Malaysia dan dipersembahkan oleh SunStrong Entertainment, MIM meraikan bukan sahaja kecantikan, tetapi semangat yang diperkasakan oleh wanita Malaysia, kepelbagaian budaya negara dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kelestarian.
MIM mengunjurkan nilai teras, cita-cita dan aspirasi Malaysia ke pentas global. Menurut Encik Jawed Khan, Presiden dan Pengarah Kebangsaan PPASM & MIM menyebut bahawa setiap peserta MIM dengan pelbagai latar belakang mereka, benar-benar mewujudkan hati Malaysia dan intipati uniknya dan berfungsi sebagai suara untuk pelbagai tradisi, masyarakat dan kepercayaan.
YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Encik Jawed Khan, Pengarah Kebangsaan Miss International Malaysia, dan Encik Jment Lim, pengasas SunStrong Entertainment menekankan kepentingan mentakrifkan semula kecantikan melangkaui penampilan. Keindahan yang ditakrifkan semula ini merangkumi kisah-kisah yang terjalin dalam jiwa seseorang, perjuangan menentang keraguan diri, dan impian yang jauh dan luas.
Menurut Jment Lim, pengasas SunStrong Entertainment menyatakan bahawa Sunstrong Entertainment dengan bangganya mempersembahkan MIM kerana Miss International Malaysia bukan sekadar gelaran, ia adalah panggilan yang bermatlamat.
“Ia melambangkan perpaduan, tujuan, dan kuasa transformatif perubahan positif. Disamping meningkatkan imej Malaysia melalui platform ini, pihak penganjur juga berusaha untuk memastikan setiap peserta muncul sebagai mercu tanda perubahan, meraikan intipati unik mereka, dan mempamerkan budaya kita.
MIM dan SunStrong Entertainment berpegang pada mantra yang sama, “Tiada impian yang terlalu besar, dan tiada pemimpi yang terlalu kecil,” SunStrong Entertainment & Miss International Malaysia komited untuk mempromosikan kuasa transformatif impian ini.
MIM bertujuan bukan sahaja untuk menyentuh kehidupan tetapi untuk mengubahnya secara mendalam. Pertandingan ini berfungsi sebagai bukti kemajuan, keterbukaan, dan dedikasi Malaysia terhadap tujuan bermakna yang bergema secara mendalam di peringkat tempatan dan global.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.