
Beruntungnya usahawan kosmetik Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan dapat mengerjakan umrah kali ini meskipun dalam keadaan sedang berbadan dua! Bukan semua orang dikurniakan rezeki untuk jadi tetamu Allah. Apatah lagi ketika sarat hamil. Tapi atas izin-Nya, Afzalizah atau mesra disapa Liza memanjat kesyukuran kerana hasrat untuk ke sana sewaktu mengandung berjalan lancar.
Afzalizah Umum Hamil Anak Keempat
Julai lalu, Liza menerusi perkongsian di media sosial memuat naik video mengenai berita kehamilannya kepada umum. Biarpun mengandung anak keempat tapi reaksi suami tercinta seolah-olah menerima kehadiran bayi pertama.
“Husband dream came true. Walaupun bukan yang pertama, but his reaction.”
View this post on Instagram

Afzalizah merupakan isteri kepada Rahman Anong dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.
Dia yang kini berada di Tanah Suci meluahkan rasa syukur kerana doa untuk hamil ketika mengerjakan umrah sebelum ini dimakbulkan Allah.
Titip Liza, “One of my wishlist, datang sini waktu pregnant. Tak pernah lagi seumur hidup rasa bawa perut datang sini, tak sangka Allah izin kali ni. Memang teringin sangat rasa, mengandung buat umrah.
Dari Malaysia sebenarnya macam-macam dalam fikiran, risau tak larat, risau itu dan ini. Awalnya takut-takut nak datang time pregnant, takut tak kuat, takut tak boleh habiskan umrah, tapi keep pesan dalam hati, doa aku dekat sini nak zuriat Allah makbul. Jadi aku kena datang sini bawa zuriat yang Allah izin.

Alhamdulillah baru selesai buat umrah, Allah bagi tenaga dari awal hingga habis tawaf dan saie dengan bawa perut 6 bulan. Rasa macam tak percaya boleh selesaikan tanpa bantuan wheelchair / buggy. Tak tahu dari mana energy datang.
Dari semalam tak rehat, tidur dalam flight pun kejap. Sampai-sampai letak luggage dalam bilik terus buat umrah. Memory mahal yang tak dapat dilupakan.”
Mengimbas kembali perjalanan awal Liza menceburi bidang perniagaan, ibu jelita itu pernah mendedahkan kepada Nona dia menggunakan modal RM10,000 hasil wang pencen arwah bapa sebagai pesara polis yang dipinjam daripada ibu tersayang untuk mengusahakan produk kosmetik Cubre Mi.

“Sebelum mengusahakan Cubre Mi saya tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Tapi demi mahu membantu suami dan jana duit sendiri, saya berusaha mempelajari cara pengurusan perniagaan dan kewangan.”
Tambahnya lagi, “Untuk Cubre Mi dikenali dalam industri, saya boleh katakan ia tak terlalu cepat dan juga tak terlalu lambat. Namun dalam masa setahun kami berjaya raih pulangan tujuh angka.”
Moga Afzalizah terus diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan dipermudah urusan kelahiran kelak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




















