Datin Atikah Suhaime senyum lebar dapat hadiah kereta daripada suami tercinta baru-baru ini. Beruntung aktres kelahiran Singapura berkenaan kerana dikurniakan seorang suami yang baik. Sebagai menghargai jasa isteri tercinta, Datuk Lokman Teh menghadiahkan sebuah kereta mewah buat Datin Atikah.
Bukan calang-calang, kereta pemberian Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun tersebut dipercayai jenama buatan England iaitu Range Rover!
Apa tidaknya, jarang-jarang selebriti bertindak seperti bintang filem Longkai berkenaan. Walau berstatus VIP, tak malu pun mengaku kereta tersebut dibeli second-hand.
Ucap Datin Atikah, “Thank you baby for the new car.”
Perkongsian video itu sehingga kini meraih lebih 600 ribu tontonan dan mendapat lebih 16 ribu tanda suka daripada followers.
Menerusi video itu, jelas terserlah Datin Atikah Suhaime senyum lebar dapat hadiah kereta berkenaan. Datuk Lokman juga membawa kenderaan itu untuk proses coating dan polishing supaya kelihatan lebih cantik berkilat.
Ads
Dalam pada itu, Datin Atikah turut memberitahu dia bagaimana pun belum boleh memandu kereta tersebut kerana tidak mempunyai lesen memandu.
Rata-rata mereka memuji tindakan Datin Atikah yang tidak meninggi diri dan menyenangi sikapnya.
Sejak menjadi menantu kepada pengasas produk Zaitun, Datin Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime aktif mempromosikan produk ubat gigi itu di media sosial.
Datin Atikah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari lepas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Izara Aishah dan suaminya Adib Khalid kerana telah menimang cahaya mata pertama semalam. Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri oleh ibu mentuanya, YM Tengku Datin Seri Zawyah Tengku Izham yang turut menzahirkan rasa syukurnya atas kelahiran cucu perempuannya itu.
Izara Aishah atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin telah melahirkan anak sulungnya itu pada hari Rabu, 15 April 2020 seberat 2.9 kilogram. Mesti comel puteri kesayangan Izara dan Adib ini mewarisi kejelitaan ibunya dan kekacakan ayahnya.
Adib pula sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa dan menyifatkan puteri yang baru lahir sebagai satu rezeki yang tidak ternilai dariNya. Anak kedua kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), Adib turut memberitahu andai diizinkan, dia sebolehnya mahu memiliki lebih ramai cahaya mata selepas ini.
“Alhamdulillah berkat doa yang baik-baik dari semua, akhirnya impian kami untuk memiliki cahaya mata termakbul, insyaAllah. Nama untuk bayi yang bakal lahir masih belum difikirkan lagi. Apa pun, jika diizinkan saya pasang impian untuk memiliki tiga atau empat orang anak,” kata Adib kepada Media Hiburan usai majlis Baby Shower yang berlangsung di The Majapahit Residence Kuala Lumpur City Centre (KLCC) tempoh hari.
Walau bagaimanapun bayi comel yang baru lahir ini sudah pasti bertuah kerana mempunyai tiga orang nenek sekali gus. Bayangkan seorang cucu ada tiga orang nenek yang cantik dan ternama. Baik Tengku Datin Seri Zawyah mahupun Puan Safina dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Taruddin pasti teruja dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut mencoretkan ucapan tahniah menerusi insta story miliknya, “Alhamdulillah…makin bertambah ahli keluarga kita,” tulisnya ringkas. Aafiyah juga tentu gembira dengan pertambahan ‘geng’ barunya ini.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Izara dan Adib semoga kehadiran puteri comel ini akan menyinari lagi kebahagiaan berumah tangga.
Pelakon drama bersiri Ombak Rindu ini telah mengikat ikatan perkahwinan pada 17 November 2017. Majlis resepsi pasangan ini cukup eksklusif apabila memilih tema klasik dan telah direalisasikan oleh perancang perkahwinan terkenal tanah air, Dato’ Rizalman Ibrahim.
Official Photographer: @712studios
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allah, besar dugaan tuan rumah ini. Kalau yang mati cuma seekor dua mungkin boleh dimaafkan. Ini lebih daripada 20 ekor. Yang mati pun bukan ikan-ikan biasa.. cantik dan mahal pula tu harganya.
Macam-macam hal berlaku musim perayaan ini. Paling menakutkan, bila ada ibu bapa yang bersikap sambil lewa terhadap kelakuan anak-anak ketika pergi beraya sampai habis rosak harta-benda tuan rumah.
Terbaru, satu lagi kes seumpamanya terjadi. Kali ini melibatkan ikan ternakan yang mengorbankan puluhan ekor. Seperti yang dilaporkan Pen Merah Dot Com yang dipetik dari Aman Mokhtar, “Before this heboh pasal anak kucing mati kena rendam dalam air & tv plasma tuan ruman jatuh dan pecah. Dua-dua pasal kes datang beraya bawa anak-anak yg hyperactive tapi tak pantau.
And now one of my friend on IG. Ikan-ikan dalam kolam dia banyak mati sebab kes yang sama, bawa anak datang beraya tak pantau jaga. Ni kes tabur sebalang makanan kat ikan mcm tu je pastu ikan tak makan dan effect kat air kolam. Esoknya 20 ekor semua terapung mati.
Pleaselah ya yang ada anak-anak kecik tu terutamanya. Jaga elok-elok dan pantau. Jangan sedap nak penuhkan perut sendiri sampai anak sendiri tak terpandang perangai kat tempat orang.
Ikan-ikan kolam ni bukan murah nak beli. Last gambar tu ikan tu dah ready nak bertelur tapi dah sampai ajal. Kesian tuan rumah.
Lain kali kalau tau anak tu dah perangai buas sangat dan sendiri tak reti nak control, better tinggal jelah anak kat rumah. Jangan nanti menyusahkan orang lain. Ni datang beraya rumah tau, bukan kat padang bola.”
Bagi ibu bapa yang hendak keluar beraya kelak, pastikan anda awasi setiap gerak-geri anak. Jangan bila dah terjadi baru hendak menyesal.
Sumber : Pen Merah Dot Com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertama kali mengenali wanita cantik ini adalah ketika sesi fotografi kira-kira lapan tahun lalu. Disifatkan seorang yang mudah mesra dan manja, Datin Nina Sabrina Dato’ Sri Ismail Sabri cukup bertuah kerana selain dikurniakan rupa paras cantik, beliau juga mampu membuatkan sesiapa saja tertawan dengan pesona dirinya.
Meniti usia 34 tahun pada 6 April lalu, ibu kepada Jeannelle Nika Mandagie ini mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi. Apa sahaja busana yang digayakan pasti tampak memukau dan terletak cantik. Apatah lagi, Datin Nina merupakan isteri pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie. Pasti jelitawan ini dapat bereksperimentasi dengan fesyen dan memberi idea menarik untuk rekaan suami tercinta.
Malah, Datuk Jovian Mandagie sendiri mereka busana perkahwinan buat isteri tercinta hasil gabungan idea dan kehendak mereka berdua. Sangat sentimental!
Mengimbas kembali detik diijab kabul, Datin Nina sah bergelar isteri kepada Dato’ Jovian dengan hanya sekali lafaz pada 11 Disember 2013. Apa yang lebih mengujakan ialah mereka mengadakan majlis pernikahan di Balairong Seri Istana Negara Lama dan menjadi pasangan pengantin pertama yang melangsungkan perkahwinan di sana sebelum ia dibuka secara rasmi kepada orang ramai.
Sepanjang mengenali Datin Nina, beliau sememangnya seorang yang menyenangkan. Walau berstatus anak kepada menteri kira-kira lapan tahun lepas namun beliau cukup merendah diri dan bijak menyusun kata.
Hari ini, berita mengenai bapa tersayang Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang dikhabarkan menjadi Perdana Menteri Ke-9 menjadi bualan hangat dan bertebaran di Internet. Dato’ Sri Ismail yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai lalu telah meletak jawatan pada 16 Ogos selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-8.
Teka-teki tentang siapa Perdana Menteri seterusnya terjawab apabila nama Ahli Parlimen Bera tersebut mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pastinya perkhabaran ini menjadi berita gembira buat Datin Nina yang menyaksikan sendiri betapa bapa tersayang komited dengan amanah yang diberikan kepadanya.
Berkongsi momen bersama bapa ketika sambutan ulang tahun kelahiran Dato’ Sri Ismail Sabri yang ke-61 pada 18 Januari lalu, Datin Nina mendedahkan, “Happiest birthday to my Pa! Growing up, my fondest memories of you will always be the times when I can spot and see your face in a crowd whenever there is a school event. Whether it’s a concert, a sports day, a coloring contest, just name it, despite your hectic schedule, you would always show up at the perfect time to be our biggest and loudest cheerleader.
You will never compromise anything even if it means you need to leave Bera / Temerloh at the wee hours of the morning on a Saturday so that you can be there for all of us before turning back to your constituency on the same day.
I will always treasure the times when you will always be so hands on with us, each time we used to get our asthma attacks. At night, you would always wake up every 2 hours just to check on us.
You would leave for work early in the morning and come back home for lunch just to make sure we eat and made sure we took our medicines. You could have asked Mama or the helpers to do it, but instead you choose to handle it on your own.
These gestures will forever be the little gestures that I will keep dearly in my heart and I hope I can at least be half the person you are with my children too. Thank you for all that you have done and for everything else in between. You are truly the best. Love you Pa.”
Sementara itu, beliau turut memuat naik gambar bersama bapa tersayang sekitar tahun 2014 sempena Hari Bapa Jun lalu. Luah Datin Nina, “This picture was taken in 2014. When your hair was still black. Happy Father’s Day to the best Papa and Atok in the whole wide world. My only wish is for you to get your much needed sleep and rest soon. Love you.”
Ketika temu bual bersama Nona dalam Edisi Khas Nona 3 Dekad, Datin Nina mengakui kagum dengan keperibadian kedua-dua ibu bapa.
“Saya begitu kagum dengan semangat papa terutama dalam urusan perniagaan. Beliau bijak menguruskan perniagaan dan komited dengan pekerjaan yang dilakukan. Sementara sikap rendah diri dan penyayang mama dalam mendidik kami adik-beradik dan menjaga keluarga menjadi contoh terbaik yang wajar diteladani.”
Tatkala ditanya impian beliau sekitar lapan tahun lepas, Datin Nina berkata beliau berhasrat untuk mengusahakan salun kecantikan rambut yang dikhaskan untuk golongan wanita berhijab. Tidak hanya pekerja salun bahkan pelanggan juga terdiri daripada kaum wanita sahaja di samping menggunakan hanya produk organik yang mendapat pengiktirafan sijil halal.
Kini, kakak kepada penyanyi Dafi ini membuktikan impiannya bukan sekadar angan-angan kosong. Berkat kerja keras dan sokongan padu keluarga, Datin Nina berjaya mengusahakan salun yang diimpikan iaitu Capello by Nina di empat lokasi strategik iaitu Shah Alam, Bangi, Ampang dan Johor.
Selain menguruskan Capello by Nina, isteri Datuk Jovian ini juga merupakan pemilik pusat asuhan kanak-kanak Peterana Kindergarten. Walau sibuk dengan perniagaan namun ibu seorang anak tersebut tetap aktif menjalani gaya hidup sihat dan gemar melakukan aktiviti berbasikal bersama suami tercinta.
Kredit foto: Instagram Datin Nina Ismail Sabri
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!