Tak dinafikan sejak menyertai program realiti One In A Million (OIAM), nama Zazzleen Zulkafli semakin melonjak dan dikenali ramai. Bukan semata-mata kerana statusnya sebagai anak seniman tanah air iaitu Datuk Zulkifli Zain, tetapi juga kerana bakat nyanyian yang ada dalam diri penyanyi berusia 38 tahun ini yang menepati selera peminat seni.
Di sebalik pujian yang diterima, Zazzleen tidak terlepas daripada menerima kecaman khalayak. Pun begitu, ibu kepada tiga cahaya mata ini cekal menempuh ranjau sebagai anak seni.
Apatah lagi, ibu tersayang iaitu Datin Normala Omar pernah ada hasrat untuk menjadi penyanyi namun impian tersebut tidak kesampaian.
Zazzleen Sertai OIAM Banggakan Ibu Datin Normala Omar
Yang pasti, kemampuan Zazzleen untuk layak bertanding di pentas OIAM sudah cukup membanggakan ibu dan keluarga. Seolah-olah menghidupkan kembali cita-cita Datin Normala suatu ketika dulu.
Antara individu yang menjadi penyokong tegar Zazzleen pastinya adik-beradik terutama kakak tersayang, Dr Norzizi Zulkifli yang merupakan pensyarah dan pelakon berbakat besar.
Kongsi Dr Norzizi sewaktu hadir menyaksikan persembahan adiknya, “All about love. Kita hadirkan Mama buat pertama kali di studio dan semua ahli keluarga turun untuk memberi sokongan padu untuk Zazzleen Zulkafli. Aku juga pakai cincin arwah papa, khas buat kau!
Menang kalah itu cerita kemudian, yang utama kau telah membuat mama papa begitu bahagia dan kau telah menjadi nyawa yang menghidupkan segala impian mama yang tak terlaksana!”
Sementara itu, Zazzleen turut bersyukur kerana ibu tersayang sentiasa berada di belakangnya dan pernah berkongsi pentas dengan Datin Normala Omar untuk satu persembahan tidak lama dulu.
“Another beautiful momen untuk saya di mana dapat berduet bersama mama saya sendiri. Seniwati Normala Omar. Walaupun duet-duet manjah but dapat sepentas dengan beliau bukan senang ya.
I’m proud sebab bakat nyanyian mama turun pada saya. Makin rasa nak buat showcase tentang mama makin dapat peluang dengan dia. Teringin nak nyanyi semua lagu mama depan mama and all her fans.”
Allahyarham Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar mempunyai lima orang cahaya matai aitu Dr Norzizi, Norzaza, Norzazila, Norzazleen dan Mohd Noor Zabaiq.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rata-rata mengetahui zodiak mempengaruhi personaliti seseorang individu. Ia juga boleh menentukan bintang zodiak manakah yang serasi bersama. Oleh sebab itu, Anda akan terfikir bagaimana untuk mencari pasangan yang sesuai untuk anda.
Ketika anda menemukan pasangan yang ideal, pasti anda ingin mengetahui mengenai pasangan anda dengan lebih dalam lagi dan adakah si dia serasi bersama anda. Salah satu cara yang boleh anda lakukan ialah dengan melihat tanda-tanda dari zodiak.
Ini kerana zodiak mempengaruhi keperibadian seseorang dan anda boleh melihat keserasian atau “chemistry” dengannya. Berikut adalah pasangan yang sesuai dan serasi berdasarkan zodiak!
ARIES (21 MAC – 19 APRIL)
Pasangan serasi : Leo dan Sagitarius. Kedua-duanya mempunyai cukup tenaga untuk bersama Aries. Dengan Leo, Aries akan belajar cara seni dalam berkongsi Spotlight yang sama dan Aries pasti akan mula bersinar bersama Sagitarius.
Pasangan tidak serasi : Libra. Kadang-kadang perkahwinan Libra dan Aries sering mencetus pegaduhan besar.
TAURUS (20 APRIL – 20 MEI)
Pasngan serasi : Virgo dan Capricorn. Kedua-duanya akan sentiasa stabil dalam perhubungan. Capricorn juga baik dalam hubungan platonic.
Pasangan tidak serasi : Scorpio. Mereka akan fokus pada keseimbangan dalam emosi manakala Taurus fokus pada keseimbangan material. Gandingan ini boleh menyebabkan situasi tegang dan pertelingkahan.
GEMINI (21 MEI – 2O JUN)
Pasangan serasi : Libra dan Aquarius. Gemini akan menghargai perasaan kurang cemburu yang ada pada Libra dan suka akan budaya, seni dan berlibur. Seorang yang berbintang Aquarius pastinya sering memberikan kejutan pada Gemini yag semestinya menyukainya.
Pasangan tidak serasi : Sagitarius. Apabila Gemini menjalani kehidupan dalam mencari pengetahuan, Sagitarius pula mencari hikmah. Kalian pasti akan mampu memahami antara satu sama lain tetapi kalian juga akan kerap bertelingkah.
CANCER (21 JUN – 22 JULAI)
Pasangan serasi : Scorpio dan Pisces. Scorpio cenderung untuk menjadi dominan, yang melengkapi sifat penyayang anda. Pisces memahami perasaan dalaman anda.
Pasangan tidak serasi : Capricon. Zodiak kambing menumpukan pada hubungan dan pasangan mereka. Mereka mempunyai fokus yang lebih untuk mendapatkan wang, yang menjadikan Cancer merasakan terlalu bersahaja.
LEO (23 JULAI – 22 OGOS)
Pasangan serasi : Aries dan Sagittarius. Sagittarius dapat melihat mata ke mata dengan anda apabila berbicara tentang falsafah terhadap kehidupan, manakala sifat api Aries kala bercampur sifat api yang ada pada anda boleh memulakan api kebencian di kamar tidur.
Pasangan tidak serasi : Aquatarius.
Anda berdua akan serta-merta menarik antara satu sama lain. Anda mempunyai banyak persamaan dimana kedua-duanya mempunyai impian yang besar dan mahu perkara-perkara yang lebih besar dalam hidup. Masalahnya adalah pendekatan anda dan dia adalah berbeza dan ini merupakan salah satu aspek yang boleh membuatkan kalian tidak serasi bersama.
VIRGO (23 OGOS – 22 SEPTEMBER)
Pasangan serasi : Taurus dan Capricorn. Capricorn berkongsi cinta dengan anda untuk kesempurnaan, manakala anda pula akan menyukai Taurus sepenuh jiwa dan raga.
Pasangan tidak serasi : Pisces. Virgo adalah praktikal manakala Pisces pula seorang yang suka berangan-angan. Satu laying-layang, satu lagi batu tetapi kelicikan Virgo mudah memotong talinya.
LIBRA (23 SEPTEMBER – 22 OKTOBER)
Pasangan serasi : Aquatarius dan Gemini. Anda akan menikmati kehidupan sosial yang sama rata dengan Aquarius manakala Gemini pula cukup banyak keserasian dari segi inteletual dan hubungan intim.
Pasangan tidak serasi : Aries. Tarikan anda terhadap Aries tidak dapat dinafikan dan sebaliknya. Aries mungkin terlalu demanding dan terlalu mengharapkan kepada Libra akan sentiasa memberinya pujian.
SCORPIO (23 OKTOBER – 21 NOVEMBER)
Pasangan serasi : Pisces dan Cancer. Pisces yang suka angan-angan akan membolehkan anda untuk menerajui dan perbezaan anda saling melengkapi antara satu sama lain, mankala devotion Cancer akan mengelakkan anda dari perasaan cemburu.
Pasangan tidak serasi : Taurus. Anda dan Taurus sebenarnya mempunyai banyak persamaan apabila ia datang kepada cara anda melihat sesebuah perhubungan. Masalahnya kalian berdua sangat degil, yang mana boleh menyebabkan hubungan kalian menjadi sukar.
SAGITTARIUS (22 NOVEMBER – 21 DISEMBER)
Pasangan serasi : Leo dan Aquarius. Aquarius yang suka mereka cipta akan sering memuji semangat anda yang sukakan cabaran, terutamanya sejak dua daripada kamu berterusan dalam melalui perubahan. Leo juga mampu merangsang anda masuk dan keluar dari dalam sesebuah lembaran kehidupan.
Pasangan tidak serasi : Gemini. Anda akan menyukai cara Gemini yang fun-loving, tetapi kalian berdua akan terlarang untuk mengekalkan komitmen perhubungan dalam jangka panjang.
CAPRICORN (22 DISEMBER – 19 JANUARI)
Pasangan serasi : Taurus dan Virgo. Virgo dan anda seakan satu pasangan yang berani menyahut sebarang cabaran dalam kehidupan. Anda mahu rumah yang teratur dan mengidamkan kejayaan. Taurus sama seperti anda yang sentiasa meletakkan nilai yang tinggi pada wang dan sekuriti, yang akan membuatkan anda berasa sentiasa selamat.
Pasangan tidak serasi : Cancer. Kanser mungkin pasangan yang boleh bertahan lama tetapi mungkin personality semual jadinya tidak serasi dengan kehendak emosi anda.
AQUARIUS (20 JANUARI – 18 FEBRUARI)
Pasangan serasi : Sagittarius dan Gemini. Sagittarius sosial dan sahut cabaran yang sama seperti anda dan kehidupan bersama-sama pastinya akan menjadi kaya, kreatif, menyeronokkan , dan boleh bertahan kala ujian mendatang. Gemini akan sentiasa melengkapkan anda dengan begitu baik.
Pasangan tidak serasi. Leo. Anda akan tertarik kepada sifat karisma dan sebati dalam seni secara semula jadi Leo. Leo akan tertarik kepada anda dari segi seri semula jadi. Namun, masalah mungkin terjadi apabial sifat semula jadi yang mementingkan diri ada pada Leo.
PISCES (19 FEBRUARI – 2 MAC)
Pasangan serasi : Cancer dan Scorpio. Cancer memenuhi jiwa anda. Scorpio pula akan menjadi sangat menarik bagi anda. Ramai pasangan Scorpio/Pisces mendakwa mereka jatuh cinta pandang pertama. Kedua-duanya mempunyai emosi yang sangat mendalam.
Pasangan tidak serasi : Virgo. Sifat kreatif anda akan membuatkan Virgo senang-lenang dan keperluan mereka akan membuatkan anda rasa terkongkong.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru beberapa minit upload, gambar terkini ‘mommy to be’ Mira Filzah raih puluhan ribu likes! Mana tidaknya sejak mengumumkan berita kehamilan anak sulung pada 20 Januari lepas, ini pertama kali peminat menyedari dengan jelas baby bump selebriti cantik berkenaan. Comel!
Perkongsian tersebut dimuat naik Mira ketika menghadiri majlis perkahwinan salah seorang sahabatnya di Ampang.
Dalam foto itu, Mira kelihatan cukup ceria di samping Wan Emir Astar yang anggun mengenakan jubah rona pastel. Sedondon dengan suami tercinta.
Mengimbas kembali khabar gembira yang disampaikan Mira dan Wan Emir pada Januari lalu, kandungan aktres cantik tersebut ketika itu memasuki trimester ketiga. Pendedahan itu dibuat selepas mereka pulang daripada bercuti di Eropah.
Mira Filzah sah bergelar isteri Wan Emir yang juga anak lelaki kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid pada 3 September 2020.
Semoga Mira dan kandungan berada dalam keadaan sihat serta dipermudahkan segalanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada apa yang lebih membahagiakan bagi Dato’ Sri Aliff Syukri apabila isterinya, Datin Sri Nur Shahida disahkan hamil tiga bulan. Berita gembira ini baru sahaja dikongsikan beberapa minit tadi di Instagram peribadi Datin Sri Nur Shahida. Pastinya ini berita paling menggembirakan bagi penghujung tirai tahun 2017 bagi pasangan ini.
Menurut Datin Sri Nur Shahida, beliau disahkan hamil sebelum pemergiannya ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah baru-baru ini. Sesungguhnya penantian mereka selama ini untuk menambah zuriat dimakbulkan oleh Tuhan.
Berkat keikhlasan pasangan ini menjaga anak angkat bernama Ameena telah membawa seribu satu rahmat buat keluarga besar ini. Nampaknya rezeki Datin Sri Nur Shahida dan Dato’ Sri Aliff Syukri semakin murah.
“Alhamdulillah dah 3 bulan usia kandungan saya dan sedang menginjak ke trimester 2. Saya disahkan hamil sebelum menunaikan umrah lagi. Alhamdulillah umrah saya dipermudahkan. Terima kasih yang mendoakan saya cepat-cepat hamil. Alhamdulillah tak sampai sebulan saya jaga Ameena saya hami. 3 bulan pertama saya mengalami morning sickness yang sangat teruk. Alhamdulillah kini saya semakin sihat. Doakan saya dan baby dalam kandungan sihat.”
Datin Sri Nur Shahida dan Dato’ Sri Aliff Syukri sudah pun memiliki tiga cahaya mata berusia antara 9, 7 dan 5 tahun, termasuk anak angkat bernama Ameena yang berketurunan Pakistan-Melayu. Semoga Datin Sri Nur Shahida dan kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segalanya. Tahniah daripada majalah Nona!AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.