Berita baik buat kita semua khususnya pemilik kenderaan persendirian. Berikutan isu pelekat cukai jalan yang mudah rosak dan susah untuk ditanggalkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di cermin depan kenderaan bermotor mereka, berkuat kuasa hari ini.
Ads
Pada sidang media, Siew Fook berkata ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu.
Ads
Kredit foto: https://bjak.my
Beliau berkata, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.
Ads
“Ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal milik rakyat Malaysia,” katanya.
Baru-baru ini, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkesempatan berkunjung ke Dubai.
Dalam kunjungan Baginda berdua kali ini, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Norashikin melawat Museum of The Future yang terletak di Financial District, Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Sepanjang lawatan tersebut, Baginda amat kagum dan tertarik dengan reka bentuk luar bangunan berkenaan yang dilengkapi kaligrafi puisi nukilan pemimpin tertinggi di Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum mengenai masa depan UAE.
Bahagian dalamnya setinggi 7 tingkat menempatkan ruang pameran untuk ideologi inovatif, interaktif dan futuristik serta menampilkan kecerdasan buatan (A.I.). Muzium ini dilaporkan mula dibuka secara rasmi pada 22 Februari 2022.
Menerusi perkongsian foto-foto lawatan DYMM Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor di Facebook rasmi Selangor Royal Office kelihatan Baginda berdua tampil dengan gaya santai namun cukup bergaya.
Mesra berpimpinan tangan, Sultan Selangor kelihatan segak dengan kemeja biru lembut yang dipadankan bersama seluar jeans biru dan blazer rona cerah.
Melengkapi gaya tersebut, Sultan Selangor dilihat mengenakan tali pinggang dan kasut sneakers jenama Hermes. Sementara Tengku Permaisuri Norashikin pula selesa dengan kemeja polos hitam labuh dan seluar kuning lembut sambil menjinjing beg tangan hitam Hermes.
Sepanjang berada di Dubai, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan berangkat melawat ke Mohammed Bin Rashid Library (MBRL).
Baginda dibawa oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBRL, merangkap Ahli Lembaga Pengarah, Dr. Mohamed Al Mazrouei ke ruang-ruang utama perpustakaan berkenaan yang mula dibuka kepada umum Jun lalu.
Baginda dalam pada itu turut kagum dengan reka bentuk bangunan tujuh tingkat yang menempatkan sejumlah 1.1 juta koleksi buku-buku dalam 30 bahasa.
Selain daripada buku-buku ilmiah dari serata dunia, Baginda tertarik melihat sendiri koleksi naskhah Al-Quran lama, transkrip kaligrafi dan peta-peta bersejarah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jumaat lepas seluruh dunia telah digemparkan dengan berita serangan bersenjata secara rambang oleh seorang pengganas di dua buah masjid di New Zealand. Tragedi yang berlaku serta meragut 50 nyawa di saat umat Islam sedang bersedia untuk menunaikan solat jumaat mengundang sebak.
Sehubungan dengan insiden tersebut salah seorang mangsa yang merupakan rakyat Malaysia iaitu Muhammad Haziq Mohd Tarmizi telah dilaporkan hilang. Setelah seminggu akhirnya Wisma Putra telah mengesahkan Haziq yang berusia 17 tahun ini meninggal dunia.
Dalam satu kenyataan pagi ini, Wisma Putra menzahirkan ucapan takziah Kerajaan Malaysia kepada keluarga Allahyarham Muhammad Haziq.
“Suruhanjaya Tinggi Malaysia (di New Zealand) akan memberikan bantuan kepada keluarga dalam proses pengebumian jenazah Allahyarham.
“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Menteri akan ke Christchurch untuk mewakili kerajaan dalam memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat kejadian tragis ini,” katanya.
Ahli keluarga mangsa yang masih terkejut dengan insiden tersebut meminta ruang untuk privisi seperti yang dinyatakan oleh Wisma Putra.
“Dimaklumkan bahawa keluarga Muhammad Haziq meminta ruang privasi untuk tidak dihubungi oleh media untuk sebarang komen atau temubual,” katanya.
Muhammad Haziq adalah anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor.
Ketika kejadian Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Muhammad Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat tetapi trauma, manakala bapa mereka parah ditembak.
Insiden serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand itu mengorbankan 50 individu serta mencederakan puluhan yang lain, termasuk tiga rakyat Malaysia, pada jam 1.40 tengah hari (waktu tempatan), Jumaat lalu.
Selain Mohd Tarmizi dari Alor Setar, Kedah, dua lagi rakyat Malaysia yang tercedera akibat serangan itu ialah Rahimi Ahmad, 39, dari Kampung Binja, Bayan Lepas di sini dan Muhammad Nazril Hisham Omar, 46, dari Shah Alam, Selangor.
Ketiga-tiga mereka kini menerima rawatan di Hospital Christchurch, New Zealand.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama tak nampak kemunculan Jihan Muse di kaca televisyen. Pasti ramai peminat hos popular ini rindu hendak tengok gelagat menghiburkan dan santai Jihan mengacarakan program. Sinonim sebagai pengacara rancangan realiti Gegar Vaganza, ketiadaan isteri Ungku Hariz berkenaan pada musim kali ini tentunya memberi kesan kepada penonton.
Apatah lagi, figura ini sudah pun mengendalikan program tersebut selama sedekad di samping rakan seperjuangan, Nabil Ahmad.
Menerusi perkongsian Jihan Muse atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa di media sosial, dia kini sibuk menguruskan keluarga.
Lebih-lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata ketiga pada Februari lalu. Pastinya bukan mudah bagi ibu ini membesarkan tiga anak lelaki yang masih kecil.
Dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, Jihan turut terlibat dengan tuntutan tugas lain selaku selebriti. Pun begitu, keluarga tetap menjadi keutamaan buat pelawak berusia 42 tahun tersebut.
Terbaharu, Naib Juara rancangan pencarian bakat Raja Lawak Astro musim ketiga ini memuat naik momen meluangkan masa berkualiti dengan suami dan anak-anak.
“When you have to work and parenting at the same time. So we do workation at DoubleTree Damai Laut. Resort ni sangat luas dan banyak aktiviti untuk keluarga. Senang tak payah nak keluar ke mana-mana semua ada kat sini.
So sambil kita wfh (work from hotel), anak-anak boleh buat macam-macam aktiviti.”
Mengikuti perkembangan Jihan di Instagram, dia makin aktif bersukan khususnya ‘pickleball’.
“Ade je ni. Hari-hari pun busy dengan askar (anak-anak). Gambar penuh dah gallery nak up tu yang tak terbuat maklumlah kita pulak Mejar Jeneral. Kadang-kadang gambar dah letak bila nak tulis caption banyak pulak iklan. Tahu-tahu dah setahun dalam draft. Gitulah.
Ni kita belanja la sikit aktiviti riadah dengan keluarga. Dah tua-tua baru nak bersukan ha. Sakit pulak pinggang kita hari ni.”
Penglibatan Jihan Muse dalam industri seni bermula sebagai pelawak pada tahun 2009 dan kini makin mendapat perhatian peminat sebagai pengacara. Celoteh dan gaya bersahajanya membuatkan dia mampu bertahan dalam industri sampai ke hari ini.
Jihan mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Hariz Faizal pada 20 Mac 2016.