Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun (MHLW) akan menawarkan imbuhan kewangan tambahan kepada ibu bapa yang melahirkan anak bagi mengatasi kadar kelahiran rendah dalam kalangan penduduk, lapor akhbar Japan Today semalam.
Sebelum ini, ibu bapa baharu di Jepun akan menerima Geran Bersalin dan Penjagaan Anak sebanyak 420,000 yen (RM13,517) selepas kelahiran anak mereka.
Bagaimanapun, kementerian tersebut merancang meningkatkan jumlah bantuan kepada 500,000 yen (RM16,091) semasa mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri, Fumio Kishida mengenai cadangan itu minggu lepas.
Ads
Bantuan itu dijangka akan diluluskan dan berkuatkuasa untuk tahun fiskal 2023 yang bermula pada musim bunga. Geran itu dibiayai melalui sistem insurans perubatan awam Jepun.
Bagaimanapun, penambahan dalam bantuan itu didakwa tidak akan memberikan kesan yang jelas terhadap insentif tersebut ekoran baki wang yang dijangka tinggal selepas bersalin.
Menurut akhbar Maniachi Shimbun, purata kos untuk melahirkan seorang anak di seluruh Jepun adalah kira-kira 473,000 yen (RM15,222).
Ads
Walaupun kenaikan bayaran berlaku, ibu bapa akan melihat jumlah baki bantuan 30,000 yen (RM965) selepas mereka keluar dari hospital.
Ads
Mereka mendapati wang yang diberi tidak akan mampu menampung jumlah kos untuk membesarkan anak sehingga dewasa.
Isu utama dalam ketidakyakinan ibu bapa adalah keupayaan mereka untuk menampung dan mengekalkan kebahagiaan keluarga sambil mengimbangi kehidupan bekerja dan peribadi ketika anak membesar.
Kegusaran itu menjadi faktor kepada kadar kelahiran yang rendah termasuk perbelanjaan untuk melahirkan anak. – Agensi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehadiran pengantin baru, pasangan Datin Seri Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman serta Uyaina Arshad dan Raja Syahiran menebarkan aura luar biasa semalam.
Melangkah tiba dengan senyuman mesra, masing-masing mengenakan persalinan mengikut tema putih dan biru, seiring dengan keindahan majlis yang diadakan.
Bertempat di Grand Ballroom Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, juntaian bunga wisteria menyambut kedatangan tetamu yang hadir ke Anugerah Pesona Pengantin X The Wedding KL.
Bagaikan taman kayangan, menjelma fantasi majlis perkahwinan impian di sini. Inilah yang dibangkitkan semula oleh Majalah Pesona Pengantin di majlis Anugerah Pesona Pengantin yang julung kali diadakan pada tahun ini bersempena ulang tahunnya yang ke-20.
Bermula dengan acara pertunjukan fesyen perkahwinan, beberapa pereka fesyen terkemuka mempersembahkan koleksi bridal mereka untuk tahun ini.
Menyusul seketika kemudian, seramai lapan penerima anugerah daripada latar industri perkahwinan yang berbeza diraikan.
YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri Diraja Farinawati Mohd Din; Puan Sri Nooraisha Farizan, isteri kepada Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi; serta Datin Seri Masdiana Muhammad turut hadir sebagai tetamu khas serta menyampaikan anugerah.
Editor Pengurusan, Kiffy Razak berkata, majlis pengiktirafan ini cukup bermakna kerana bukan sahaja meraikan ulang tahun Pesona Pengantin yang ke-20 malah sebagai tanda sokongan terhadap industri perkahwinan lokal yang kini kembali bangkit selepas pandemik COVID-19.
Sepanjang majlis berlangsung pematuhan SOP yang ketat, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial telah dilaksanakan.
Majlis pengiktirafan yang dihoskan oleh Mosen Nadzli ini turut diserikan dengan persembahan artis tanahair, Suki yang juga pemenang tempat ke-3 Gegar Vaganza 8. Foto: Yanti Saharuddin/Nu Ideaktiv
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amalan rasuah di negara ini disifatkan berada pada skala yang membahayakan, berdasarkan teguran laporan Ketua Audit Negara (KAN) secara berulang kali dan pelbagai penemuan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Baginda bertitah atas dasar itu, semua pihak tidak boleh memandang ringan, bersifat leka, memilih melakukan penafian dan memikirkan segala justifikasi bagi menidakkan kewujudan rasuah di hadapan mata.
Semua pihak wajib bersifat berani mengakui, berhubung realiti sedang berlakunya amalan rasuah pada skala yang membahayakan berdasarkan teguran dan penemuan berkenaan.
Ini kerana menurut baginda, pelakuan rasuah akan tumbuh melebar, subur membesar, lalu diterima sebagai norma sebelum meresap menjadi budaya yang akhirnya memusnahkan sesebuah neagra bangsa apabila tiada kesungguhan membanteras jenayah itu.
“Daripada 180 buah negara yang dilakukan penilaian oleh Transparency International (TI), Malaysia jatuh daripada kedudukan ke-57, mencatat skor 52 pada tahun 2020 kepada kedudukan ke-62 mencatat skor 48 pada tahun 2021.
Malaysia dikelompokkan dalam kumpulan dua pertiga negara yang mencapai skor di bawah 50. Sikap dan tindak balas terhadap perkara berkaitan akan menentukan sama ada amalan rasuah mahu dibendung secara bersungguh atau dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian ketika berucap pada pelancaran buku tulisan Prof Emeritus Tan Sri Dr M Kamal Hassan bertajuk ‘Korupsi dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu, Perlunya Disegerakan Transformasi Moral Etika.’
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini, 18 Mac 2020 kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan terhadap rakyat dalam usaha mencegah penularan wabak koronavirus. Langkah pencegahan tersebut berkuatkuasa sehingga 31 Mac ini yang meliputi enam aspek. Ini termasuk larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpuan di seluruh negara; sekatan
menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara; sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara; penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta; penutupan semua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta serta penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali beberapa perkhidmatan penting negara antaranya minyak, kesihatan, penyiaran, bomba, lapangan terbang dan keselamatan.
Selain Malaysia, negara Eropah seperti Sepanyol turut melaksanakan kuarantin terhadap rakyat mereka. Begitu juga Itali yang mengambil langkah lebih drastik, lockdown memandangkan penyebaran Covid-19 yang begitu cepat dan ketara hingga menjadikan ia negara kedua tertinggi selepas China.
Bimbang dengan ancaman wabak berkenaan… selebriti antarabangsa, Jennifer Lopez turut menjalani kuarantin sendiri di rumah sebagai usaha membendung Covid-19. Bercakap kepada Elle Magazine, Jennifer Lopez atau lebih dikenali sebagai JLo menjelaskan situasi pandemik ini nyata menakutkan dirinya dan keluarga. Lebih-lebih lagi dia bakal melancarkan koleksi kasut terbaru bersama DSW.
“Sekarang kita semua terperangkap di dalam rumah. Ya, seperti orang lain saya juga menjalani kuarantin di rumah memandangkan keadaan dunia yang tidak menentu yang kian membimbangkan. Bagaimanapun, kita perlu mencari jalan untuk kekal fokus meskipun bekerja dari rumah supaya terus bersemangat untuk berjaya.”
Sepanjang kuarantin di rumah, JLo turut memastikan dia dapat menikmati masa produktif dan berkualiti bersama anak-anak iaitu Emme Maribel Muniz dan Maximilian David Muniz yang kini berusia 12 tahun. Sepasang anak kembar ini adalah hasil perkahwinan JLo bersama bekas suaminya yang juga penyanyi popular, Marc Anthony.
“Dengan situasi hari ini, bersyukurlah jika masih diberikan kesihatan yang baik. Sihat dan dapat menjalani kehidupan di rumah pun sebenarnya adalah ‘reset button’ untuk kita memperbaiki kehidupan. Jujurnya, pada saya… walau terpaksa bekerja dari rumah, saya boleh isi masa dengan membaca skrip, merancang projek terbaru, bersenam dan mempelajari rutin tarian baru.
Ini kerana, tempoh kuarantin ini jugalah adalah masa untuk kita persiapkan diri sebelum kembali aktif dengan rutin harian biasa. Jadikan masa ini sebagai persediaan untuk kerjaya yang lebih menyinar. Tak ada sesiapa pun yang mahu keadaan seperti ini berlaku tapi jika ia jalan terbaik, kita seharusnya mengambil peluang ini sebaik mungkin.”
Tambahnya lagi, “Hari ini merupakan detik yang sukar buat semua orang di seluruh dunia. Ramai yang jatuh sakit dan dijangkiti. Tapi kita harus kekal positif dan terus bekerja seperti biasa walaupun di rumah. Anak-anak saya juga terpaksa belajar di rumah biarpun baru berusia 12 tahun! Mereka belajar secara dalam talian dan saya gembira dapat sentiasa berada di samping mereka ketika ini. Bagi saya, tiada yang lebih berharga berbanding dapat meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak.”
Jadi, sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia sepanjang dua minggu… sewajarnya kita ambil ‘kebaikan’ di sebalik tempoh kuarantin ini untuk merancang kerjaya dan kehidupan ke arah lebih baik. Jangan sia-siakan ‘peluang’ yang ada dan lebih menghargai diri semasa masih sihat. Stay safe, Malaysians and take care!
Sumber: Elle Magazine
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!