Ketika gadis lain sibuk menelaah pelajaran, membina kerjaya bahkan berumah tangga pada usia 20-an, berbeza pula kisah yang dialami Hiba Abdul Rahman dan Navi Indran Pillai ini. Takdir menguji hidup mereka dengan penyakit kanser payudara, sekaligus ‘mengikat’ usia muda Hiba dan Navi dengan pelbagai rawatan di hospital.

Bersempena kempen Avon #NormalForMe secara global sepanjang bulan Oktober, beberapa kisah inspirasi pejuang kanser payudara dikongsikan secara terbuka.

IKLAN

Nona tertarik dengan jalan hidup Hiba dan Navi, dimana mereka disahkan menghidap kanser tersebut ketika berusia 20-an.

Dapat Kanser Payudara Usia 20-an, Hiba Abdul Rahman & Navi Indran Pillai Lambang Kekuatan Pesakit Muda

 

HIBA TERIMA DIRI SEADANYA

Hiba di diagnosis kanser pada usia semuda 25 tahun. Dia terpaksa menjalani kesemua rawatan untuk sembuh, termasuklah beberapa siri pembedahan, kemoterapi, dan terapi target; kesemuanya menyebabkan Hiba mengalami keletihan, kehilangan ingatan dan peningkatan berat badan disebabkan beban rawatan yang dilaluinya.

Untuk mengatasi perasaan takut, Hiba mempersiapkan dirinya dengan pengetahuan mengenai kanser. Persiapan ini membantunya menentukan langkah seterusnya, membuat keputusan, dan membolehkannya mengawal badan secara sihat.

Sama seperti wanita lain, Hiba juga berhasrat mahu menyusukan bayi apabila masanya tiba. Oleh itu, dia sentiasa berfikir panjang mengenai setiap rawatan yang akan dijalani, bagaimana ia akan memberi kesan kepadanya secara dalaman. Hiba lebih mementingkan hal itu daripada penampilan luarannya.

Dapat Kanser Payudara Usia 20-an, Hiba Abdul Rahman & Navi Indran Pillai Lambang Kekuatan Pesakit Muda
Hiba Abdul Rahman, bekas pesakit kanser

“Saya mahu menentukan sendiri makna hidup saya. Saya tak mahu kanser mengambilnya daripada saya. Saya tak mahu harga diri saya terikat dengan diagnosis dan penampilan saya.

Saya amat menghargai jasa daripada sistem sokongan terbesar saya – ahli keluarga, ibu, rakan-rakan, dan juga pasangan saya. Mereka membuat saya tidak rasa keseorangan sepanjang perjalanan ini.” Hiba

Tidak bersendirian, Hiba juga menemui sekumpulan bekas pesakit kanser muda melalui Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang mempunyai pengalaman dan minat yang sama mengenai kesihatan mental pesakit, persekitaran kerja, sokongan belia, dan banyak lagi.

Dapat Kanser Payudara Usia 20-an, Hiba Abdul Rahman & Navi Indran Pillai Lambang Kekuatan Pesakit Muda
Dari kiri: Hiba Abdul Rahman, Saliza Khalid, Navi Indran Pillai

 

Dapat Kanser Payudara Usia 20-an, Hiba Abdul Rahman & Navi Indran Pillai Lambang Kekuatan Pesakit Muda
Hiba Abdul Rahman

 

Apabila ditanya mengenai komitmennya untuk menyebarkan kesedaran tentang kanser payudara, Hiba menjawab…

“Saya mempunyai suara yang boleh digunakan dan saya rasa selesa bercakap tentang perjalanan saya, saya selesa menceritakan pengalaman saya kepada orang ramai dan saya selesa menyampaikan sebab di sebalik beberapa keputusan yang saya ambil.” Hiba

Selepas 7 tahun melawan kanser, Hiba kini telah menemui cahaya dalam hidupnya. Dengan terapi, sokongan serta rasa lebih menghargai diri sendiri, Hiba akhirnya berasa aman dan tenang. Dia menerima dirinya seadanya, dan sedar dia tidak akan menjadi Hiba pada hari ini tanpa pernah melalui kanser.

 

Baca juga: Sel Kanser Payudara Merebak Pantas, Saliza Khalid Bersemangat Lawan Penyakit Agar Segera Sembuh

IKLAN

 

NAVI TERKEJUT RAMBUT LEBAT GUGUR

Navi disahkan menghidap kanser payudara pada usia yang sangat muda. Ketika baru menginjak usia 22 tahun, dia telah berjaya mencapai kerjaya impiannya selepas menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Justeru, penemuan ketulan pada payudara kirinya merupakan sesuatu yang mengejutkan kerana mereka sekeluarga tidak pernah mempunyai sejarah kanser payudara, dan ketika itu Navi sendiri baru berusia 22 tahun.

Kehidupannya mendadak berubah. Pelbagai pilihan sukar perlu dibuat oleh Navi yang melibatkan kerjaya, dan juga situasi hidup-mati yang dihadapi selepas mendapat diagnosis kanser tahap 3 yang telah berkembang ke nodus limfa.

Dapat Kanser Payudara Usia 20-an, Hiba Abdul Rahman & Navi Indran Pillai Lambang Kekuatan Pesakit Muda
Navi Indran Pillai

 

Pada awalnya, Navi takut akan stigma yang disaksikannya dalam filem dan drama di mana watak-watak yang sakit selalunya akan tewas kepada kanser. Namun, ini tidak menghalang Navi untuk memulakan rawatan. Dia melalui pembedahan lumpektomi, dan juga rawatan kemoterapi.

IKLAN

Antara perkara yang paling sukar baginya dalam tempoh rawatan ini, selain daripada kesan sampingan yang dihadapinya, ialah melihat rambutnya yang lebat mula gugur. Navi rasa seperti mahkota kewanitaannya seakan dirampas, tapi kesihatan diri menjadi keutamaan bagi Navi, jadi dia meneruskan perjuangannya.

Walaupun perjalanannya tidak mudah, Navi gembira untuk membantu memberikan pesakit lain harapan. Dia percaya ini merupakan tujuan hidupnya – untuk menjadi sinar yang menerangi kegelapan dalam kehidupan orang lain melalui penulisan, nasihat, dan hantaran media sosialnya yang sentiasa ceria.

“Buatlah apa saja yang dirasakan betul. Kalau ia buat kita gembira, lakukanlah.

Saya rasa perjalanan ini telah membentuk diri saya pada hari ini – seorang yang lebih gembira dan yakin. Saya bersyukur kerana dapat hidup, dan memimpin orang lain untuk menikmati hidup sepenuhnya.” Navi

Dapat Kanser Payudara Usia 20-an, Hiba Abdul Rahman & Navi Indran Pillai Lambang Kekuatan Pesakit Muda
Dari kiri: Hiba Abdul Rahman dan Navi Indran Pillai

 

Navi bercita-cita untuk membuka pusat kesihatan dan sebuah yayasan di mana orang ramai dapat menderma untuk membantu pesakit kanser yang lain.

Bagi Navi, adalah penting untuk kita menentukan norma diri sendiri. Hidupnya sekarang penuh rasa syukur, gembira, aman dan damai. Penting juga untuk kita ada seseorang yang boleh menjadi tempat mengadu dan meluahkan perasaan. Berkongsi perasaan takut itu boleh menyelamatkan hidup kita.

Pastikan anda membuat saringan secara berkala, dapatkan pemeriksaan, dan sentiasa berfikiran positif kerana setiap halangan pasti ada cara untuk diatasi.

 

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI