Abaya merupakan pakaian wanita dari timur tengah dan ia juga adalah budaya mereka untuk memakai busana itu. Lama kelamaan, pakaian itu menjadi daya tarikan di negara Asia juga termasuklah Malaysia. Pemakaian ini sangat sesuai di negara kita yang terdiri dari kaum Melayu kerana ia menutupi aurat dan selesa dipakai.
Mengusahakan jenamanya sendiri, B I . A L B A K, Najihah binti Mohd Shahrudin megenalkan abayanya yang berkonsep versatile dan universal yang dapat dipakai oleh kaum hawa yang bukan muslim juga.
“Saya dulu merupakan seorang pencipta kandungan dan dari dulu lagi meminati pemakaian abaya, jadi saya membuat Keputusan untuk menghasilkan jenama pakaian abaya sendiri untuk pemakaian kaum wanita di Malaysia,” jelas Najihah
B I . A L B A K merupakan perkataan dari arab yang asalnya adalah قلب bererti hati. Manakala makna B I . A L B A K adalah “dalam hati awak”. Slogan brand ini adalah MODEST BY HEART.
“Modesty akan semestinya datang dari hati dulu jadinya bagi kaum wanita yang memperagakan abaya saya, mereka dapat merasakan modesty itu adalah keanggunan,” ujar Najihah yang meminati memakai abaya.
Menurut Najihah lagi, abayanya berkonsepkan minimalis itu dapat dipakai dengan pelbagai cara. Anataranya, boleh dipakai secara full set bersama inner dan tudung atau boleh digayakan secara berasingan di mana luaran abaya itu boleh dipakai bersama skirt atau jeans dan inner abaya boleh digayakan dengan jaket atau cardigan.
Manakala harganya pula sangat berpatutan iaitu RM310 untuk luaran, dalaman dan tudung abaya. Manik di abaya tersebut dijahit dengan tangan dan ada lining di dalam bersama poket dan butang dedepan. Dari segi jenis kainnya pula, abaya tersebut adalah dari kain nidha yang sesuai dengan cuaca di Malaysia.
“Inner saya juga breastfeeding dan bump friendly dengan designnya yang bersilang dan ada butang tap dihadpan, para ibu dapat menyusui bayi mereka,” ujar Najihah yang mempunya dua cahaya mata. Yang berminat untuk membeli boleh order di Tiktok shop atau dm di instagram @bi.albak.