Semenjak menjalinkan ikatan perkahwinan bersama suami tercinta, nama Meghan Markle seringkali menjadi tumpuan media dan lensa kamera dengan gaya fesyennya berani dan menarik. Evolusi fesyen Duchess Of Sussex ini bertukar selepas mendirikan rumah tangga bersama Putera Harry. Malah saat ini, dokumentari kisah pasangan ini yang disiarkan di Netflix berjudul Harry & Meghan turut menjadi bualan ramai sehingga ada terpalit sedikit kontroversi.

IKLAN

Namun begitu, memang tidak dpat dinafikan bahawa Meghan yang pernah membintangi filem Horrible Bosses ini sentiasa tampil dengan gaya fesyen memukau. Dari pemilihan siluet rekaan sehinggalan kepada padanan rona yang tepat, menyempurnakan keseluruhan gaya wanita ini.

Daripada gaya berani dan glamor di karpet merah sehinggalah kepada stail yang lebih kasual selepas dia dan suaminya berundur dari keluarga Diraja, Meghan Markle memiliki aura stailnya yang tersendiri.

Dari Gaya Karpet Merah Ke Stail Diraja, Evolusi Fesyen MEGHAN MARKLE Jadi Tumpuan Ramai Dari Gaya Karpet Merah Ke Stail Diraja, Evolusi Fesyen MEGHAN MARKLE Jadi Tumpuan Ramai

Tampil berani di acara NBC pada tahun 2015 dengan mengenakan rekaan baju jarang yang dipadankan dengan celana potongan lebar dalam rona putih suci. Biarpun tampak sedikit seksi, namun keanggunannya tetap menyerlah dalam pilihan rona ini.

Dari Gaya Karpet Merah Ke Stail Diraja, Evolusi Fesyen MEGHAN MARKLE Jadi Tumpuan Ramai Dari Gaya Karpet Merah Ke Stail Diraja, Evolusi Fesyen MEGHAN MARKLE Jadi Tumpuan Ramai

Lupakan sebentar rona putih suci. Kali ini, Meghan tampil dengan persalinan rona hitam yang menjadikan fabrik kulit sebagai pelengkap keseluruhan rekaan yang disarungkan di AOL Studios pada tahun 2016. Kekemasan blazer yang digayakan menjadikan gaya fesyen ini mewah dan eksklusif.

Dari Gaya Karpet Merah Ke Stail Diraja, Evolusi Fesyen MEGHAN MARKLE Jadi Tumpuan Ramai

Menyarung gaun merah sebagai busana yang digayakan saat pertama kali bertemu Putera Harry, keseluruhan penampilan Meghan tampak lebih klasik. Dipadankan pula dengan cermin mata hitam, stail ini benar-benar timeless!

IKLAN

Dari Gaya Karpet Merah Ke Stail Diraja, Evolusi Fesyen MEGHAN MARKLE Jadi Tumpuan Ramai

Pasangan sejoli! Tampil anggun dalam definisi sopan, Meghan menyarungkan gaun rona hijau zamrud bersama kot panjang rona putih saat mereka mengumumkan pertunangan pada Oktober 2017. Duchess Of Sussex ini juga kelihatan ringkas dengan pemilihan kasut tumit tinggi rona nude.

Dari Gaya Karpet Merah Ke Stail Diraja, Evolusi Fesyen MEGHAN MARKLE Jadi Tumpuan Ramai Dari Gaya Karpet Merah Ke Stail Diraja, Evolusi Fesyen MEGHAN MARKLE Jadi Tumpuan Ramai

IKLAN

Saat hari perkahwinannya bersama Putera Harry, gaun perkahwinan yang direka khas oleh Givenchy ini menjadi tumpuan ramai kerana berjaya menjadikan Meghan tampak anggun dengan gaun tanpa bahu itu. Tiara yang dipinjamkan daripada Ratu Elizabeth II menyerlahkan keanggunannya meraikan hari bersejarah bersama Putera Harry pada Mei 2018.

Dari Gaya Karpet Merah Ke Stail Diraja, Evolusi Fesyen MEGHAN MARKLE Jadi Tumpuan Ramai Dari Gaya Karpet Merah Ke Stail Diraja, Evolusi Fesyen MEGHAN MARKLE Jadi Tumpuan Ramai

Sewaktu pasangan sejoli ini mengumumkan pengunduran dari tugasan Diraja pada Januari 2020, penampilan Meghan mencuri tumpuan lensa kamera apabila gaun hijau zamrud Emilia Wickstead menyerlahkan kecantikan. Nampak manis dan jelita, rona hijau ini amat sesuai dengan rona kulit Meghan.

Dari Gaya Karpet Merah Ke Stail Diraja, Evolusi Fesyen MEGHAN MARKLE Jadi Tumpuan Ramai Dari Gaya Karpet Merah Ke Stail Diraja, Evolusi Fesyen MEGHAN MARKLE Jadi Tumpuan Ramai

Pada Jun 2022, Meghan dilihat kembali menggayakan fesyen Diraja ketika melawat United Kingdom dengan menyarungkan gaun kot bersama topi dan sarung tangan dalam rona putih suci. Penampilannya pada perayaan Hari Kesyukuran di Gereja St.Paul pada Jun 2022 itu antara penampilan yang dinanti-nantikan oleh jurufoto di sana.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI