Dari Kecil Terserlah Cantik, Fasha Sandha Imbau Wajah Kanak-Kanak ‘Kenangan Zaman Berhingus’!

Macam tak berubah muka Fasha Sandha. Dari kecil lagi, jelas terserlah wajah cantiknya. Pendek kata, memang cantik semula jadilah isteri Aidil Aziz ini!

Memuat naik gambar zaman kanak-kanak di media sosial, Fasha turut berkongsi wajah adiknya yang juga pelakon, Elisya Sandha. Baik Fasha mahupun Elisya, kedua-duanya memiliki kecantikan tersendiri.

Bahkan gen cantik tersebut turut diwarisi anak-anak perempuan Fasha dan Elisya iaitu Jemyma, Aisha dan Bunga Elhaq.

Kongsi Fasha, “Me and babygirl

Elisya Sandha. 7 years old. Kenangan zaman berhingus. Ada rupa Jemyma, Aisha, Baby Bunga tak?”
Kredit Instagram @fashasandha
Kredit Instagram @fashasandha
Kredit Instagram @fashasandha
Kredit Instagram @fashasandha

Ternyata perkongsian Fasha tersebut meraih perhatian peminat setia dan rakan-rakan artis. Kebanyakan mereka memuji kejelitaan adik-beradik selebriti ini.

28 Mac lalu, Fasha genap berusia 39 tahun. Walau sudah berusia lewat 30an, penampilan ibu tiga anak ini tetap anggun. Malah, Fasha juga makin langsing sekarang.

Terbaharu, Fasha turut menghiasi kempen pelancaran koleksi terkini tudung LeeyanaRahman iaitu Rosalinda. Cukup ayu mempersona tengok dia bertudung!

Sambut birthday, penampilan Fasha dipuji https://www.nona.my/sambut-birthday-ke-39-fasha-sandha-tampil-jelita-telatah-comel-anak-jadi-perhatian/

Kredit Instagram @fashasandha
Kredit Instagram @fashasandha
Kredit Instagram @fashasandha
Kredit Instagram @fashasandha
Kredit Instagram @fashasandha
Kredit Instagram @fashasandha

Fasha Sandha bergelar isteri kepada Aidil Aziz pada 30 Mac 2019. Sebelum ini aktres filem Anak Mami Kembali berkenaan pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada tahun 2016.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha dikurniakan dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. Hasil perkongsian hidup bersama Aidil, mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira.

 

IKLAN
Share