Kisah percintaan gadis biasa dengan keluarga diraja bukan cerita dongeng semata-mata malah ada yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. Permaisuri Negara Bhutan ini salah satu kisah yang merealisasikan ‘cerita dongeng’ ini. Namun, bukan calang-calang wanita biasa yang mampu ‘masuk’ ke istana tanpa mempunyai nilai istimewa dalam diri.
Jetsun Pema bukan sahaja cantik malah merupakan wanita yang terpelajar dan lahir dari golongan bangsawan di negara itu. Permaisuri Bhutan ini merupakan seorang graduan dalam jurusan hubungan antarabangsa dari Kolej Regent London di England.
Tanggal 13 Oktober 2011, Jetsun Pema telah ditabalkan sebagai Permaisuri Bhutan apabila berkahwin dengan Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck di usia 21 tahun sekali gus bergelar Permaisuri Termuda di dunia. Perkahwinan gilang-gemilang diraja ini bertempat di sebuah istana terindah di negara yang terletak di Himalaya dan masih mementingkan monarki.
Kisah cinta pasangan diraja ini agak menarik kerana Jetsun Pema bertemu Putera Jigme Wangchuck ketika berusia 7 tahun, dan putera itu pula 17 tahun. Ketika itu, Jetsun Pema tidak mengetahui siapa Putera diraja itu tapi menegur “Saya ingin mengahwini awak kerana saya suka awak”.
Kalau dah jodoh, ucapan ‘nakal’ masa kecil Jetsun Pema terus melekat di hati Wangchuck yang telah ditabal sebagai Raja menggantikan bapanya pada tahun 2008. Mereka bertemu kembali ketika Jetsun Pema menuntut di universiti.
Pada 15 Februari 2016, Jetsun Pema telah melahirkan putera sulung mereka, Putera Mahkota Jigme Namgyel Wangchuck, yang lebih dikenali sebagai The Gyalsey. Baru-baru ini, Jetsun Pema telah melahirkan anak kedua yang masih lagi belum diumumkan namanya.
Suri hati Raja Bhutan ini bukan saja cantik dan terpelajar malah mempunyai ‘sense of fashion‘ dan menjadi ikutan rakyat Bhutan. Apa saja yang tersarung ditubuhnya pasti memberi impak yang besar pada penggemar fesyen di Bhutan.
Malah pernah suatu ketika apabila pereka kasut terkenal antarabangsa, Christian Louboutin mahu melancarkan koleksi kasut dengan inspirasi kesenian di negara Bhutan telah mendapat ‘perkenan’ Permaisuri Jetsun Pema terlebih dahulu sebelum dilancarkan.
Walaupun sudah bergelar sebagai permaisuri tapi Jetsun Pema tetap merendah diri dan nergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan. Baginda merupakan Presiden Bhutan Red Cross Society dan Duta United Nations Environment Program Ozone.
Jetsun Pema juga telah dilantik sebagai Patron untuk National Environment Commission, Royal Society for Protection of Nature and Clean Bhutan. Jetsun Pema juga dekat di hati rakyat terutama mereka yang kurang upaya. Selain itu Jetsun Pema begitu mengambil berat tentang pendidikan dan kesihatan kanak-kanak di Bhutan.
Baginda juga telah melancarkan projek One Gewog One Product (OGOP) untuk membantu petani menjana pendapatan dengan memasarkan produk dengan lebih berkualiti lagi.
Dengarnya apa jer yang di cari ada kat sini betul ke?