Tumpang bangga dengan kejayaan anak Malaysia yang melakar sejarah tersendiri dalam apa jua bidang sekaligus mengharumkan nama negara di mata dunia.

Seperti mana Zul Hakim Zulhaimi dari Purdue University, West Lafayette, Indiana yang berjaya meraih ijazah double major, Mechatronics Engineering Technology dan Automation & Systems Integration Engineering Technology.

Dari Sastera Ke Kejuruteraan, Zul Hakim Zulhaimi Raih Anugerah Akademik Tertinggi Di Universiti Purdue, Amerika Syarikat
Kredit Foto: Facebook MARA USA

Zul Hakim Zulhaimi juga berjaya menamatkan pengajiannya lebih awal iaitu pada semester Spring 2025 berbanding semester Fall 2025 seperti yang ditawarkan oleh MARA.

Kurang Cemerlang Dalam SPM

Bermula sebagai pelajar aliran sastera dengan hanya memperoleh 2A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semua permohonannya untuk menyambung pengajian ke universiti awam tidak berjaya.

Akhirnya Zul Hakim Zulhaimi mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di German-Malaysian Institute (GMI) pada 2018.

Ads

Walaupun datang dari latar belakang bukan aliran sains, Zul Hakim Zulhaimi nekad untuk mencabar diri dengan mengambil Diploma Kejuruteraan Teknologi Mekatronik, satu bidang yang cukup mencabar.

Usaha gigih itu membuahkan hasil apabila Zul Hakim Zulhaimi berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang pada 2021.

BACA JUGA: “So Proud of My Firstborn” DYNAS MOKHTAR Luah Syukur Anak Sulung Raih Anugerah Kecemerlangan Sekolah

Zul Hakim Zulhaimi menerima tajaan MARA untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Zul Hakim Zulhaimi memilih Universiti Purdue, Amerika Syarikat yang merupakan sebuah universiti terkemuka dalam bidang kejuruteraan.

Ads

Dengan fasiliti bertaraf dunia dan tenaga pengajar yang hebat, anak muda ini yakin inilah tempat terbaik untuk mengembangkan lagi potensi diri.

Sepanjang pengajian di universiti tersebut, Zul Hakim Zulhaimi turut aktif dalam pelbagai projek berimpak tinggi seperti pembangunan prototaip exoskeleton pintar yang dilengkapi sensor daya dan sudut untuk tujuan pembelajaran dan aplikasi industri.

Dari Sastera Ke Kejuruteraan, Zul Hakim Zulhaimi Raih Anugerah Akademik Tertinggi Di Universiti Purdue, Amerika Syarikat
Kredit Foto: Facebook MARA USA

Zul Hakim Zulhaimi juga menjadi pembantu pengajar (Teaching Assistant) untuk kursus Lean Six Sigma, serta mewakili kumpulan dalam Tech Expo Purdue bagi membentangkan hasil inovasi kepada pihak industri dan akademik.

Tamat Pengajian Lebih Awal

Zul Hakim Zulhaimi berjaya menamatkan pengajiannya lebih awal pada semester Spring 2025 dan dianugerahkan Golden Honor Cord, satu anugerah yang menjadi lambang kecemerlangan akademik tertinggi.

Ads
Dari Sastera Ke Kejuruteraan, Zul Hakim Zulhaimi Raih Anugerah Akademik Tertinggi Di Universiti Purdue, Amerika Syarikat
Kredit Foto: Facebook MARA USA

Kisah Zul Hakim Zulhaimi ini membuktikan permulaan yang sederhana bukan penghalang untuk mencapai kejayaan luar biasa. Dengan semangat, kesungguhan, dan keyakinan diri yang tinggi segalanya tidak mustahil.

Tahniah Zul Hakim Zulhaimi! Semoga terus sukses pada masa akan datang.

Sumber: Facebook MARA USA

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI