
Isi Kandungan
TogglePenyanyi Datin Alyah yang kini tampil dengan figura ideal dan lebih segar tidak menafikan sebelum ini dia mengalami masalah gastrik sehingga ada ketika menjadi kekangan buatnya untuk membuat persembahan.
Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini menambah, berat badannya juga pernah mencecah hingga 68 kilogram.
Berat Alyah Pernah Cecah 68 Kilogram Hingga Hadapi Masalah Kesihatan!
“Saya tak nafikan ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kurus. Sebenarnya siapa yang mengikuti perkembangan saya pasti ada yang tahu berat badan saya pernah cecah hampir 70 kilogram.
“Ditambah pula saya ada alami masalah gastrik yang teruk hingga muntah-muntah. Malah pernah juga masuk hospital kerana masalah tersebut,” katanya.
“Jadi saya ambil keputusan untuk berjumpa pakar bedah gasteroenterologist Dr Mustafa Mohammed Taher. Saya terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan cadangan apa yang terbaik untuk kesihatan.
“Lalu saya jalani bariatric operation tahun lalu dan tiada rahsia untuk disembunyikan. Perkara itu saya ada kongsi di media sosial juga,” ujarnya.
Gemuk Salah, Kurus Pun Masih Di Cerca
Datin Alyah mengakui dirinya berasa bahagia dengan keputusan melakukan pembedahan bariatrik atas faktor kesihatan meskipun ada suara-suara sumbang mengecam dirinya sekarang kelihatan sangat kurus.
Malah, tegasnya tiada apa yang perlu dimalukan jika seseorang mengambil keputusan melakukan prosedur tersebut kerana hanya diri sendiri yang tahu betapa seksanya menanggung kesakitan.
“Bila orang nampak kita dah kurus, mereka hanya fikir, yelah nak menunjuk-nunjuk. Siapa yang nak fikir, kita pernah sakit sebelum ini? Tiada siapa peduli ya.
“Bila dah kurus pula, ada pula suara-suara berbunyi, kenapa kurus sangat, cengkung muka tu, saya nak awak yang dulu, sekarang kurus sangat,” tulis Alyah dalam sebuah perkongsian video menerusi Instagram.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
“Saya Hanyalah Anak Peneroka, Pernah Merasa Hidup Susah” SHAHILA Berjaya Miliki Aset Sebelum Usia 25 Tahun

Berpegang kepada niat dan semangat yang tinggi untuk bergelar usahawan hebat telah menjadikan siapa Shahila saat ini. Berkecimpung selama 13 tahun dalam dunia perniagaan, Shahila atau nama sebenarnya Norshahila Ahmad yang kini berusia 30an wajar dijadikan inspirasi.
Norshahila mula berjinak-jinak dalam perniagaan ketika usianya 22 tahun namun dalam tempoh dua tahun pengasas Birdnest Beauty Solution ini telah pun memiliki aset hasil titik peluhnya sendiri sekaligus berjaya membuktikan kepada ibu dan bapanya bahawa dia mampu berjaya.
“Pegangan saya yang paling kuat ialah restu dan doa daripada kedua ibu bapa terutama di saat saya merasa tertekan atau down. Saya hanyalah anak peneroka yang pernah merasa hidup susah. Mengadu kepada Allah SWT sudah semestinya di kala saya tidak berdaya dalam mengharungi dugaan dalam perniagaan.
Masa mula-mula berniaga memang ada tentangan daripada ibu bapa kerana mereka mengharapkan saya ada kerja tetap. Tapi sebaliknya saya memilih perniagaan sebagai sumber pendapatan.
Saya kuatkan semangat dan meminta tempoh dua tahun untuk membuktikan saya mampu berjaya. Waktu itu umur saya 22 tahun. Alhamdulilah, sebelum umur 25 tahun saya sudah pun memiliki aset seperti rumah, kereta dan kedai sendiri.
Secara tidak langsung ia telah membuka mata kedua ibu bapa saya bahawa berniaga pun boleh berjaya asalkan ada usaha. Mungkin selama ini semangat saya sangat kuat dan cita-cita pun tinggi untuk berjaya.
STRUGGLE & WORKAHOLIC
Selepas tamat pengajian dalam bidang pengurusan industri saya terus berniaga, tak pernah bekerja di bawah orang. Saya sertai kursus usahawan siswazah PKNS di mana program ini mencari siswazah yang berminat untuk memulakan perniagaan. Kursus ini dilaksanakan selama enam bulan dan kami diberikan elaun sebanyak RM500 sebulan.
Untuk latihan praktikal penganjur menyediakan booth untuk buat jualan. Selama enam bulan itu saya menjual produk-produk orang. Dalam masa yang sama saya turut menerima tawaran kerja sektor kerajaan. Disebabkan saya masih dalam kontrak kursus dan berbaki satu bulan lagi untuk tamat, saya terpaksa tolak tawaran kerja itu.
Dalam kursus usahawan itu saya berniaga secara kecil-kecilan seperti di pasar malam Uptown Kota Damansara. Waktu itu tahun 2007 dan saya baru berusia 22 tahun. Saya menjual produk-produk kosmetik dan ambil komisyen sahaja. Saya kumpul modal hasil daripada jualan dalam kursus tersebut. Saya menjadi top sale di mana jualan saya berjaya mencecah sekitar RM161 ribu.
Siang saya berniaga di PKNS, Bangi dan Shah Alam manakala malam pula di Uptown Kota Damansara. Waktu itu saya memang sangat struggle dan workaholic. Sampai satu tahap saya mula terfikir, sampai bila hendak jual barang orang. Sudah 10 tahun berniaga baru saya terfikir mahu menjual produk sendiri. Saya menjualnya sendiri kerana sudah memiliki kedai. Bermula dari situlah saya hanya menjual produk-produk sendiri. Alhamdulillah sambutan pun sangat baik.
KESAN PKP
Sejak Oktober 2019 saya memasarkan produk secara online. Ketika ini juga terciptanya Birdnest Beauty Solution yang bermula dengan produk sabun sahaja yang dijual pada harga mampu milik iaitu RM5 seunit. Saya jual pada team dahulu. Saya wujudkan sistem agen, stokis dan leader. Alhamdulillah produk sabun ini menjadi viral walaupun ketika itu jumlah sabun yang dikeluarkan hanya 120 ribu unit. Namun jumlah itu meningkat kepada dua kali ganda pada November 2019.
Apa yang penting produk Birdnest mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Salah satu sebab produk ini dijual pada harga yang murah adalah kerana faktor ekonomi lagi-lagi dalam keadaan sekarang. Ekonomi terjejas kerana penularan wabak COVID-19, dengan Perintah Kawalan Pergerakan pula dan ada yang hilang pekerjaan.
Atas faktor itulah ramai yang mahu menjana pendapatan tetapi dalam masa sama tidak mahu modal yang besar. Mereka mahukan modal yang mampu milik. Modal saya yang paling rendah ialah RM40 sahaja, dapat 10 biji sabun. Saya fokuskan jualan secara online. Selepas sabun, Birdnest mengeluarkan pula produk baharu iaitu serum. Setiap produk baharu dikeluarkan secara berperingkat-peringkat setiap dua bulan. Tujuannya agar team saya sentiasa ada income.
KULIT PERNAH BREAKOUT TERUK
Tagline kami ialah ‘Bahan mewah harga murah’. Ramai sudah tahu kualiti bahannya yang kaya dengan antioksidan. Walaupun bahannya mahal tetapi semua orang mampu beli. Tambahan pula dengan adanya kelulusan daripada KKM itu lebih meyakinkan.
Saya sendiri pun sebenarnya trauma dengan bahan-bahan kimia kerana pernah mengalami masalah kulit wajah yang sangat serius akibat menggunakan produk kosmetik yang salah. Di awal pemakaian kulit wajah memang nampak cantik tetapi cantik yang sementara. Apabila saya berhenti mulalah kulit bermasalah yang sangat kronik. Munculnya jerawat batu yang banyak dan membengkak teruk.
Mujurlah doktor sahkan saya belum sampai tahap kanser kulit. Sampailah saya nekad untuk bertukar kepada produk organik sahaja. Ketika itulah terlintas di fikiran, kalau suatu hari nanti saya hendak buat produk pastikan ia natural.
Niat saya yang pertama ialah membantu orang ramai menjana pendapatan. Kedua, berkongsi manfaat termasuk memberi kesedaran tentang pentingnya menggunakan produk natural berbanding produk yang menjanjikan kesan yang cepat tetapi berisiko seperti kanser kulit.
Memandangkan saya bermula dari bawah maka saya tahu apa permintaan pengguna. Ramai di luar sana yang hendak cantik tetapi tidak mampu. Jadi, saya amalkan konsep biar keuntungan sedikit tetapi berpanjangan. Permintaan sentiasa ada dan produk pun selamat digunakan.
Dari segi testimoni, bukan golongan dewasa sahaja boleh guna bahkan kanak-kanak dan bayi juga sesuai. Contohnya membantu menghilang masalah ekzema atau gatal-gatal yang dialami oleh bayi. Apabila orang pakai dan berkesan syukur alhamdulillah.
SOKONGAN
Suami banyak memberi sokongan kepada saya selama ini. Selain itu, team dan agen-agen juga adalah sahabat saya. Kami memang rapat dan sering berhubung melalui Whatsapp, Live Facebook, group coaching dan Telegram. Masa saya memang banyak di online.
Selepas ini mungkin saya akan kembangkan lagi perniagaan ke pasaran global. Sekarang ini saya sudah pun mempunyai agen di seluruh negeri termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Insya-Allah Januari 2021 kami bakal melancarkan produk baru iaitu set penjagaan kulit 4 dalam 1. Semuanya sudah melalui proses R&D.
Nasihat saya buat wanita-wanita yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan pertamanya niat. Kalau niat nak bantu orang, bantu betul-betul. Seterusnya jangan mudah putus asa. Kalau tiba-tiba rasa down carilah rakan-rakan yang ada dalam positive circle kerana merekalah yang akan memberi semangat kepada kita semula.”
Kredit Foto: Instagram @birdnestbeautyhq
Patutlah Rambut ANZALNA NASIR Hitam, Lebat & Nampak BERMAYA. Rahsia Inilah Yang DISEMBUNYIKAN!

Semakin hari, semakin berseri-seri wanita kecil molek Anzalna Nasir, lebih-lebih lagi selepas bergelar ibu. Sedari dulu lagi Anzalna adalah antara selebriti yang menjadi tumpuan dek kerana kecantikan semula jadinya. Apa agaknya rahsia yang disimpan Anzalna untuk terus kelihatan menawan biarpun sibuk menguruskan si kecil. Hanya klik untuk dapatkan rahsia rambut cantik Anzalna!
Bagaimana anda menjaga rutin kecantikan, lebih-lebih lagi selepas berkahwin dan mempunyai anak?
Sangat ringkas dan mudah. Saya akan pastikan kulit wajah dicuci dengan menggunakan Loreal Revitalift Essence dan pelembap. Walau sesibuk mana pun, saya akan pentingkan penjagaan kulit muka kerana kulit saya begitu sensitif. Sangat mudah disinggahi jerawat jika tidak dibersihkan.
Adakah anda seorang yang ‘ikut trend’ dalam soal pemilihan produk?
Tidak! Apabila kita tahu kulit wajah kita sensitif, kita akan lebih berhati-hati untuk memilih produk kerana tidak semuanya sesuai dengan kulit wajah. sangat penting untuk kita ‘belajar’ mengenali kulit sendiri kerana dapat memudahkan kita mencari produk apa yang sesuai dengan kulit.
Jika ada tidak mempunyai masa, rutin paling wajib yang akan dilakukan untuk menjaga kulit wajah dan badan?
Rasanya tidak ada alasan untuk kita culas menjaga kecantikan kulit. Sesibuk mana pun jadual harian, saya tetap akan pastikan regimen kecantikan itu berada dalam ketetapannya. Nak tak nak, saya akan cari masa untuk menjaga kulit wajah dan badan. Tambahan pula bila sudah berkahwin, lagi perlu jaga kecantikan. Perlu extra juga!
Apakah ‘me time’ anda?
Peluang untuk ke spa sangatlah mengujakan. Ia merupakan ‘me-time’ terbaik untuk saya kerana suasana di spa yang tenang dan bersih. Rawatannya juga adalah daripada permintaan kita sendiri jadi kita rasa seperti dimanjakan sangat.
Bagaimana anda menjaga kecantikan rambut memandangkan Anzalna antara artis yang memiliki rambut yang sangat cantik.
Rahsia saya adalah dengan penggunaan produk dari Anzel Hair. Hampir enam tahun saya menggunakan produk ini dan jujurnya saya tidak pernah ada masalah rambut. Walaupun selepas melahirkan Edrees, rambut saya masih lebat.
Keguguran rambut itu masalah biasa tetapi tidak banyak dan merisaukan. Biasanya, saya akan semburkan tonik rambut pada kulit kepala dan ramas dengan Marula Oil Anzel Hair. Oh, ini bukanlah rahsia Anzalna lagi!
Apakah masalah kulit paling teruk pernah anda alami? Dan apa yang anda lakukan untuk menyelesaikannya?
Jerawat! Macam-macam produk pernah saya cuba tetapi tidak berkesan. Mungkin kerana saya tidak menjaga kulit dengan betul kot. Dan saya perasan, apabila saya tidak menjaga pemakanan dan mengambil terlalu banyak makanan atau minuman manis, jerawat mulai tumbuh. Jadi solusinya, saya kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis.
The best product yang anda paling suka dan mengapa?
Tentulah Loreal Micro Essence kerana ia sangat sesuai dengan kulit saya!
Kredit foto: IG Anzalna Nasir
Sekecil-Kecil Janji Kalau Dimungkiri Boleh Jadi KESILAPAN BESAR Dalam Perkahwinan. Amalkan 5 IKHTIAR Ini Untuk Pulihkan Konflik

Perkahwinan mana yang bebas masalah? Hakikatnya ramai yang berhadapan dengan sengketa perkahwinan. Antara masalah paling kerap berlaku ialah melibatkan kewangan, tiada masa bersama, masalah komunikasi, perbezaan pendapat dan pasangan kurang romantik.
Berikut teknik-teknik yang boleh diikhtiarkan bagi membantu menyelesaikan kemelut rumahtangga.
JANGAN MENGUNGKIT
Tak kiralah apa jua masalah yang berlaku dalam perkahwinan, penting untuk anda dan pasangan berbincang serta menyelesaikannya secara bertolak-ansur. Perselisihan pendapat mungkin akan terjadi namun harus berlaku dalam keadaan terkawal. Tak perlu bersikap terlalu mempertahankan diri. Jangan sesekali ungkit kesilapan pasangan. Fokus dan bincang isu yang sedang berlaku saja, bukan isu-isu lama yang diungkit semula.
SELESAIKAN DENGAN BIJAK
Perbezaan pendapat kadangkala bagus untuk menjadikan perkahwinan lebih baik dan matang. Tapi, berselisih pendapat dalam keadaan yang tidak adil atau mengikut nafsu amarah hanya membawa perasaan negatif terhadap pasangan. Apabila berbincang dengan aman dan adil, komunikasi antara pasangan lebih terbuka seterusnya masing-masing sedar akan kesilapan.
MEMAAFKAN & TERBUKA
Ketika berselisih faham berusahalah untuk menyelesaikan, memaafkan dan melupakan masalah itu. Bincangkan masalah semasa saja, bukan terbawa-bawa dengan masalah lampau. Saling berfikiran terbuka semasa berbincang. Setelah penyelesaian dipersetujui, lupakan masalah itu dan bermaafanlah.
JANGAN MUNGKIR JANJI
Mungkir janji adalah satu kesilapan besar. Jika tak ditangani dengan betul masalah ini akan mengganggu kesejahteraan perkahwinan. Maka, penting untuk menepati janji walaupun sekadar berjanji untuk keluar makan bersama. Ingat, janji-janji kecil yang tak ditepati boleh mengakibatkan kemusnahan hubungan.
ATUR TEMU JANJI
Jadikannya seperti pertemuan pertama. Teknik ini akan mengimbas semula kenangan anda berdua ketika mula-mula jatuh cinta. Anda akan ingat bagaimana rasanya detik-detik pertemuan pertama. Selalulah bercakap tentang kegembiraan, kebahagiaan, kehidupan dan masa depan keluarga. Ia pasti akan memberi perubahan besar dalam perkahwinan.