Penampilan Datin Azrene kelihatan jauh berbeza daripada sebelum ini. Susuk tubuhnya kelihatan lebih langsing lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak bongsunya. Ketika mengatur pertemuan dengan wanita yang kaya dengan senyuman ini terdahulu, ucapnya, “Memang benar, saya sudah kehilangan 30kg sebelum ini.

Sejujurnya, selama mengandungkan Alayna saya sangat aktif bersukan. Apabila Alayna lahir awal, saya tidak berpantang kerana terikat dengan tuntutan kerja.

Datin Azrene Kelihatan Semakin Langsing, Kini Aktif Hiking & Amal Paleo Diet

Namun, saya amalkan pemakanan sihat dengan makan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan berlemak. Saya langsung tidak selera makan nasi ketika itu dan jika teringin hanya boleh makan dalam 3 hingga 4 sudu kecil dengan lauk sahaja.

Selain itu, saya juga bersukan seperti biasa dan mengikuti kelas spinning di Aloha Cycle Club. Merekalah yang bertanggungjawab atas kehilangan 30kg pada kadar yang sihat,” jelas Datin Azrene yang kini aktif hiking.

Datin Azrene Kelihatan Semakin Langsing, Kini Aktif Hiking & Amal Paleo Diet

Sudah pasti hati Datin Azrene sering berbunga-bunga apabila suami dan ibu mentua sering memuji tentang kehebatannya di dapur. “Sebenarnya saya tidak begitu pandai memasak seperti chef yang berkaliber tetapi saya pegang kepada pesanan arwah nenek iaitu seorang isteri walaupun seorang yang terpelajar, mesti turun juga ke dapur.

Saya memang tahu Dato’ suka makan dan saya study dari zaman berkawan lagi jenis- jenis makanan yang digemari Dato’. Boleh dikatakan dia menggemari masakan kampung tetapi kerana tuntutan kerja, dia sangat menjaga pemakanan dan sekarang saya ubahkan masakan saya menjurus lebih kepada paleo diet,” ujarnya merendah diri.

Datin Azrene Kelihatan Semakin Langsing, Kini Aktif Hiking & Amal Paleo Diet

Paleo diet atau juga dikenal dengan nama diet manusia purba (caveman diet) adalah diet yang mengadaptasi cara makan nenek moyang pada zaman dulu. Seperti namanya paleo, diet ini mengikuti kebiasaan diet orang-orang pada masa Paleolitik (sekitar 2,5 juta sampai 10.000 tahun lalu).

Tujuan dari diet ini adalah mengembalikan kebiasaan makan manusia seperti manusia zaman dulu. Paleo diet yakin bahawa tubuh manusia lebih sesuai dengan diet seperti orang-orang zaman dulu jika dibandingkan dengan diet moden, apabila terjadi perubahan pada sistem pertanian yang lebih canggih.

Datin Azrene Kelihatan Semakin Langsing, Kini Aktif Hiking & Amal Paleo Diet

Rupanya dalam diam Datin Azrene bersama suami Dato’ Fazley Yaakob telah menghasilkan baju di bawah label sendiri. Lebih menarik apabila rekaannya khusus buat mereka yang kelainan upaya. “Saya mendapat idea ini sejak empat tahun lepas ketika menghadiri pelbagai fashion show mempamerkan busana raya. Terdetik di fikiran bahawa rata-rata baju yang dipamerkan sesuai digayakan oleh model tinggi lampai sahaja.

Yang bertubuh normal mempunyai pelbagai masalah untuk menggayakannya jika tidak dibawa ke tukang jahit untuk alteration. Kanak-kanak pula cepat membesar dan industri fesyen di Asia lebih cenderung kepada konsep fast fashion. Kemudian apabila menjalani lebih kajian dan penyelidikan, memang tidak ada sesiapa yang menyediakan pakaian untuk golongan yang kelainan upaya.

Datin Azrene Kelihatan Semakin Langsing, Kini Aktif Hiking & Amal Paleo Diet

Saya memang berhasrat perniagaan ini diusahakan sebagai sebuah social entrepreneurship. Oleh itu, sambil berniaga lebih elok kita beramal sekali dengan menyenangkan kehidupan orang yang sudah sekian lama terpinggir. Dari situlah lahirnya Three Little Ahmads, sebuah perniagaan social entrepreneurship yang mengamalkan prinsip sustainable dan inclusive fashion,” ujarnya penuh semangat.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI