Datin Fouziah Gous Tunjuk Skil Masak, Dari Minuman ‘Bird Nest’ Kini Tambah Produk Minyak Cili!

Wow, makin berkembang maju perniagaan Datin Fouziah Gous! Kalau dulu namanya cukup sinonim dengan produk minuman kesihatan sarang burung jenama FG Walet, isteri Datuk Md Zhafran Md Yusof ini melebarkan sayap perniagaan dengan mengeluarkan produk terbaharu, minyak cili menerusi FG Food pula.

Terbaharu, Datin Fouziah dan suami tercinta menyertai Absolut Food Fest x Coca Cola Malaysia Memasak 2023 di Bukit Jalil selama empat hari iaitu dari 31 Ogos hingga 3 September lalu.

Di gerai jualan Chefou At Work by Fouziah Gous, pengacara televisyen ini menarik perhatian pengunjung dengan kemahirannya memasak. Memang kecur tengok sajian air tangan jelitawan berkenaan.

Kredit Instagram @fouziahgous
Kredit Instagram @fouziahgous
Kredit Instagram @fouziahgous
Kredit Instagram @fouziahgous
Kredit Instagram @fouziahgous

Berkongsi suasana di festival tersebut, ibu dua cahaya mata ini teruja bertemu pelanggan dan peminat yang berkunjung ke gerai jualan. “Sekali cuba, makan setiap hari mesti nak lagi. Pastinya kali ni saya membawa kelainan buat anda semua!

Sebelum ni hanya FG Walet je kali ni kami membuat sedikit kelainan iaitu bawakan khas pengenalan istimewa our new baby iaitu FG Chili Oil by FG Food. Syukur alhamdulillah.

Terima kasih kepada anda yang sudi hadir dan rasai sendiri masakan saya secara live. Hopefully

anda semua enjoy and happy.”

Menariknya, penyertaan Datin Fouziah dalam festival itu turut mendapat sokongan padu Datuk Md Zhafran. Bertungkus-lumus tengok pasangan ini melayan permintaan pelanggan.

Kredit Instagram @fouziahgous
Kredit Instagram @fouziahgous
Kredit Instagram @fouziahgous
Kredit Instagram @fouziahgous

Menelusuri perjalanan FG Walet, perniagaan ini diasaskan pada tahun 2013 dan pembuatan produknya mendapat sijil perakuan antaranya Good Manufacturing Practise (GMP), Hazard Analysis and Critical Point (HACCP), Halal dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI).

Selepas berjaya melancarkan mesin inovasi minuman kesihatan pertama di Malaysia, Datin Fouziah turut meluaskan empayar niaga melalui kerjasama dengan Circle K Vietnam iaitu rangkaian kedai serbaneka terkenal yang mempunyai ratusan outlet

di seluruh dunia sekitar bulan November 2019.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/rindu-ketuk-ketuk-ramadan-sheila-rusly-kongsi-video-masakan-ikan-belimbing-berlado-tempoyak-daun-kayu/

IKLAN
Share