Wow, makin berkembang maju perniagaan Datin Fouziah Gous! Kalau dulu namanya cukup sinonim dengan produk minuman kesihatan sarang burung jenama FG Walet, isteri Datuk Md Zhafran Md Yusof ini melebarkan sayap perniagaan dengan mengeluarkan produk terbaharu, minyak cili menerusi FG Food pula.
Terbaharu, Datin Fouziah dan suami tercinta menyertai Absolut Food Fest x Coca Cola Malaysia Memasak 2023 di Bukit Jalil selama empat hari iaitu dari 31 Ogos hingga 3 September lalu.
Di gerai jualan Chefou At Work by Fouziah Gous, pengacara televisyen ini menarik perhatian pengunjung dengan kemahirannya memasak. Memang kecur tengok sajian air tangan jelitawan berkenaan.
Berkongsi suasana di festival tersebut, ibu dua cahaya mata ini teruja bertemu pelanggan dan peminat yang berkunjung ke gerai jualan. “Sekali cuba, makan setiap hari mesti nak lagi. Pastinya kali ni saya membawa kelainan buat anda semua!
Sebelum ni hanya FG Walet je kali ni kami membuat sedikit kelainan iaitu bawakan khas pengenalan istimewa our new baby iaitu FG Chili Oil by FG Food. Syukur alhamdulillah.
Terima kasih kepada anda yang sudi hadir dan rasai sendiri masakan saya secara live. Hopefully anda semua enjoy and happy.”
Ads
Menariknya, penyertaan Datin Fouziah dalam festival itu turut mendapat sokongan padu Datuk Md Zhafran. Bertungkus-lumus tengok pasangan ini melayan permintaan pelanggan.
Menelusuri perjalanan FG Walet, perniagaan ini diasaskan pada tahun 2013 dan pembuatan produknya mendapat sijil perakuan antaranya Good Manufacturing Practise (GMP), Hazard Analysis and Critical Point (HACCP), Halal dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI).
Selepas berjaya melancarkan mesin inovasi minuman kesihatan pertama di Malaysia, Datin Fouziah turut meluaskan empayar niaga melalui kerjasama dengan Circle K Vietnam iaitu rangkaian kedai serbaneka terkenal yang mempunyai ratusan outlet di seluruh dunia sekitar bulan November 2019.
Guru kimia Anuthra Sirisena Sinnyore diumumkan sebagai pemenang pertama Malaysia Teacher Prize 2022, sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000. Beliau bertugas di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Tenom, Sabah.
Beliau mengintegrasikan teknologi dan gamifikasi dalam bilik darjah yang menyumbang kepada kejayaan sekolahnya berada dalam kedudukan 10 sekolah terbaik untuk subjek Kimia Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara konsisten di negeri itu.
Selain itu, beliau juga merupakan pengasas bersama Tenom Innovation Centre (TIC), sebuah pusat yang telah melatih lebih daripada 2,000 guru dan murid dari sekolah luar bandar dalam bidang robotik dan pengaturcaraan.
“Di Tenom, kita bahagikan kepada lima bahagian buat sekolah rendah, sebagai contoh zon yang terdapat di kawasan bukit dan di bawahnya.
“Jadi di setiap zon, mungkin terdapat lima ke 10 sekolah dan sudah ada sekolah yang bergiat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
“Dengan pendekatan yang dilakukan, kita dapat mengenal pasti ekosistem sekolah, guru, pemimpin sekolah yang akan menjadi wakil mereka di tempat inovasi ini.
“Kita akan membuka peluang melalui ruang ini. Justeru kita bukan sahaja akan mendidik murid-murid, tetapi ibu-bapa juga. Yang mana kita tahu golongan ini kurang pendedahan terhadap pendidikan STEM,” katanya pada Jumaat.
Anugerah itu ditampilkan buat pertama kalinya dengan kerjasama PEMIMPIN Global School Leaders (GSL) danYTL Foundation.
Bersama-sama Anuthra, empat orang guru lagi telah diumumkan sebagai lima finalis oleh Yang Amat Mulia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Majlis Penganugerahan Malaysia Teacher Prize, yang mana masing-masing menerima RM5,000.
“Ini bukan anugerah yang mana kita hanya berikan wang dan anugerah semata-mata, tetapi mempunyai mesej disebaliknya yang mana kita mahu memperkasakan lagi golongan guru di Malaysia untuk memenuhi potensi mereka dalam bidang yang mereka minati.
“Sekiranya kita dapat mencari lebih banyak individu seperti ini, kita dapat meningkatkan lagi kualiti bidang perguruan dan juga pendidikan di negara ini secara amnya,” kata Pengarah PEMIMPIN GSL, Samuel Isaiah.
Anugerah berkenaan merupakan edisi tempatan yang diinspirasikan dari Global Teacher Prize, Varkey Foundation yang mana bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian luar biasa guru khususnya dalam menginovasi kaedah pengajaran dan usaha berterusan dalam mendidik anak bangsa.
Pemilihan finalis dibuat berdasarkan amalan bilik darjah yang inovatif, sumbangan terhadap profesion perguruan dan komuniti di samping kisah sebagai pendidik.
Turut hadir dalam majlis penganugerahan itu, Pengarah Program YTL, Datuk Kathleen Chew serta Ketua Pegawai Eksekutif PEMIMPIN GSL, Cheryl Ann Fernando
Terdahulu, Malaysia Teacher Prize membuka penyertaan bermula 10 Mei 2022 dan tamat pada 30 Jun 2022 sebelum diteruskan dengan penilaian penyertaan guru di seluruh Malaysia yang telah mendaftar.
Lebih 800 permohonan diterima oleh YTL Foundation sejak penyertaan dibuka dengan proses pemilihan bagi senarai pendek dilakukan panel juri termasuk dalam kalangan ahli akademik dan pegawai Kementerian Pendidikan
Zaman kegemilangan Edika Yusof merupakan suatu fenomena yang diingati oleh semua peminatnya. Meninggalkan dunia glamor kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada perniagaan adalah punca kelibat pelakon Maria Mariana ini hilang dari radar industri seni.
Sinar kehidupan Edika semakin bersinar setelah menamatkan zaman bujang bersama pilihan hati, Nor Hidayah Yusri, 16 tahun yang lalu. Sebagai pasangan berkahwin, pasti mengimpikan hidup bahagia kekal hingga hujung nyawa.
Kebahagiaan yang diimpi hanya 2 tahun, mereka kemudian diuji hanya dalam sekelip mata. Ketabahan Edika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lumpuh ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua.
“Saya beruntung memperisterikan Nor kerana dia seorang yang berdikari dan bercita-cita tinggi. Kami sama-sama merancang untuk membina empayar perniagaan dan ujian mula melanda selepas melahirkan anak kedua kami.
5 hari selepas bersalin Nor diserang demam panas. Doktor yang merawat mencadangkan saya membawa Nor ke hospital kerana itu bukan demam biasa.
Semasa dalam perjalanan ke hospital, dia sudah menunjukkan tanda sakit yang amat sangat. Setibanya saya di labour room pula, saya terdengar suara wanita menjerit-jerit kesakitan. Setelah dijengah, rupa-rupanya itu suara isteri saya.
Dari kejauhan, saya melihat dia sudah nyawa-nyawa ikan kerana jangkitan kuman sudah sampai ke kepala. Tiada apa yang boleh dilakukan ketika itu, saya terduduk sambil mengadu kesedihan pada Yang Maha Esa.
Setelah dibawa pulang, keadaan isteri ketika itu berubah 360 darjah. Dari seorang yang aktif dan periang, sudah bertukar lumpuh terbaring di atas katil.
Saya perlu mengangkat Nor untuk ke bilik air dan membantu menguruskan segala keperluannya. Lebih parah lagi ketika itu hampir semua memorinya hilang. Mujur dia masih mengingati saya dan ahli keluarga rapat.
Saya dah janji dengan isteri, walau apa yang berlaku, saya akan jaga dia dengan baik. Apa yang sering saya bayangkan tentang dia adalah apa yang saya bayangkan jika berlaku kepada saya pula.
Saya terbayang, bagaimana perasaan saya yang sedang sakit jika isteri abaikan tanggungjawab dan tinggalkan saya sendirian,” ujar Edika yang pernah berkhidmat sebagai pramugara di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) selama lima tahun.
Sebak Dengan Pengorbanan
“Memang dengan apa cara sekalipun saya tidak akan dapat membalas budi dan pengorbanan yang telah Edika lakukan. Ketika terlantar sakit sampailah sekarang, saya telah ditatang umpama seorang bayi yang masih kecil. No words can describe apa yang saya rasa, memang susah nak terangkan,” terdengar getar pada hujung suara Nor Hidayah saat memulakan bicara.
Dalam mengatur perjalanan hidup ini kami perlu berada dalam satu team. Kalau hanya Edika sahaja atau satu pihak yang bagi komitmen, of course akan sampai masa yang dia akan fed up.
Jadi bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bukan senang nak kekalkan rumah tangga lebih-lebih lagi dalam keadaan macam saya ini dan bersuamikan lelaki yang bernama Edika Yusof. It’s not an easy journey. Tapi alhamdulillah dan insyaAllah, we can do this,” ucap Nor yang berjiwa kental.
Senyuman yang terukir di bibirnya tidaklah selebar mana tetapi nampak jelas Nor berusaha menerima hakikat kehidupan. “Saya selalu reda, tawakal dan yakin pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya bukan jenis yang suka duduk termenung, meratapi nasib dan fikir kenapa aku yang terpilih untuk mengharungi semua ini.
Bercerita tentang perkembangan kesihatan wanita yang berusia 41 tahun ini, “Tahap kesihatan kalau nak banding dengan hari pertama sakit 12 tahun lepas, memang ada banyak perbezaan. Sebab masa mula-mula dahulu saya betul-betul lumpuh dari dada hingga ke hujung kaki.
Masa itu saya memang betul-betul lemah, tangan memang tak kuat nak bergerak. Memang kira terlantar sahaja. Telinga tak dapat dengar selama enam bulan dan suara pun tak boleh keluar. Semua komunikasi kena bertulis di atas kertas.
Anak mata tidak berada di tempat yang sepatutnya dan muka sebelah kiri strok. Pada masa itu, makan pun tak ada selera langsung. Memang kurus sangat-sangat tinggal tulang untuk tiga tahun pertama selepas jatuh sakit.
Lepas tu beransur-ansur ambil suplemen baru ada tenaga untuk buat fisioterapi dan senaman sendiri di rumah. Sehingga kini saya masih sihat tetapi, pergerakan dari dada hingga ke hujung kaki masih sama, tidak boleh bergerak.
Perasaan bangga dan bersyukur! Itulah gambaran perasaan Datuk Aaron Aziz dan Datin Diyana Halik tatkala berkunjung ke Jepun untuk menghadiri majlis graduasi anak mereka, Danish Anaqi.
Biarpun berat melepaskan anak sulung menyambung pembelajaran di luar negara ketika dunia ‘berperang’ dengan COVID-19 pada tahun 2020, Datuk Aaron Aziz, reda dengan pilihan Danish Anaqi, 16 untuk mengejar cita-citanya di Jepun. Danish berada di Jepun mengambil kursus pra diploma di sebuah sekolah selama tiga tahun.
Menurut perkongsian Datuk Aaron Aziz di laman Instagram miliknya, dia tidak menyangka tiga tahun sudah berlalu dengan begitu pantas. Danish berlepas ke Jepun pada tahun 2020 ketika COVID-19 masih berada pada tahap membimbangkan dan ketidaktentuan.
“Alhamdulillah Danish berjaya melepasi pelbagai halangan sepanjang tiga tahun ini. Berhadapan dengan Covid, kehilangan Oma, masalah keretakan tulang kaki, berhadapan dengan gempa bumi di bumi Jepun dan sudah semestinya liku-liku dalam pengajian IB program. Tetapi semuanya berjaya ditempuhinya, syukur Alhamdulillah.”
Danish mengambil kursus pra-diploma dalam jurusan Politik Global. Pada majlis graduasi tersebut, Danish segak mengenakan sepasang Baju Melayu serba hitam dan keluarganya turut hadir mengenakan busana kebangsaan tatkala menghadiri majlis istimewa tersebut.
Datin Diyana Halik turut merakamkan penghargaan buat suami tersayang yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan anak-anak.
“Pesan saya cuma satu. Jangan tinggal solat dan jangan lupa jasa dan pengorbanan daddy dalam setiap perkara yang dilakukan oleh Danish dan adik-adiknya,” ujar Datin Diyana Halik yang ternyata amat berbangga dengan pencapaian satu-satunya anak lelaki sulungnya itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!