Ketika menerima Ijazah Kehormat, bekas anggota kumpulan Spice Girls, Geri Halliwell-Horner menekankan betapa pendidikan adalah sangat penting dan mempunyai impak yang sangat besar dalam kehidupan seseorang.
Terkenal dengan panggilan Ginger Spice, dia yang kini bergelar Dr Halliwell-Horner menerima ijazah tersebut pada majlis graduasi Universiti Sheffield Hallam baru-baru ini.
“Saya suka belajar, satu perasaan yang sangat hebat berada di sini,” katanya ketika berucap di hadapan ratusan graduan. Halliwell kini berusia 50 tahun.
Ads
Universiti Sheffield Hallam memaklumkan, pemilihan Halliwell adalah sebagai mengiktiraf komitmennya yang menjadi inspirasi kepada kanak-kanak serta golongan muda di samping memperjuangkan hak wanita. Halliwell juga sukses dan cemerlang dalam industri muzik sejak 25 tahun lalu.
“Universiti Sheffield Hallam adalah sebuah institusi yang menakjubkan dan inklusif.
Ads
“Apabila mereka menawarkan Ijazah Kehormat ini, saya rasa sangat berbesar hati dan berterima kasih,” kongsi Halliwell.
Halliwell turut menjelaskan biarpun tidak melanjutkan pelajaran ke universiti tetapi dia sangat meminati subjek kesusasteraan Inggeris semasa di peringkat A-Level sebelum memilih untuk memulakan karier seninya bersama Spice Girls.
Untuk info penyanyi, penulis lagu, pengarang buku serta pelakon ini mula menempa nama dalam industri muzik sekitar era 90an bersama kumpulan terkenal Spice Girls.
Halliwell bagaimanapun mengundur diri daripada Spice Girls pada tahun 1999 untuk memulakan kerjaya solonya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin kewibawaan seorang wanita sebagai pemimpin sebuah negara agak diragui. Namun, ibu anak satu dari negara Finland ini berjaya membuktikan kuasa wanita mampu seiring dan berdaya saing dengan dengan lelaki.
Sanna Marin telah mencipta sejarah dunia apabila dilantik menjadi Perdana Menteri sekali gus menjadi Perdana Menteri Termuda di dunia apabila menggalas tugas memimpin kerajaan Finland di usia 34 tahun.
Mungkin sudah tertulis rezekinya, 6 hari sebelum menyambut hari jadi ke-34, ibu anak satu ini telah dilantik menjadi Perdana Menteri dan menjadi hadiah hari jadi terindah buat isteri kepada Markus Räikkönen ini.
Tanggal 10 Disember 2019 telah mencipta sejarah dalam hidup wanita yang diberi Sanna Marin ini apabila telah diberi tanggungjawab oleh rakyat Finland untuk memegang tampuk kerajaan.
Wanita ini telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu menggantikan Antti Rinne yang telah meletakkan jawatan.
Kini berusia 36 tahun, Sanna Marin berjaya mendapat kepercayaan rakyat Finland yang mempunyai populasi penduduk seramai 5.5 million. Selama dua tahun memegang tampuk negara, nampaknya rakyat negara Finland telah membuat keputusan yang betul memilihnya menerajui negara itu.
Bukan sahaja mmepunyai Perdana Menteri wanita yang muda, negara Finland juga mempunyai barisan menteri yang terdiri daripada golongan wanita.
Wanita yang mempunyai pendidikan Sarjana Sains Pentadbiran dari University of Tampere ini mula menceburkan diri dalam politik Finland pada tahun 2006 menerusi Parti Demokratik Sosial dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pengangkutan & Komunikasi pada Jun lalu.
Sebagai mewakili ahli politik generasi muda, Sanna Marin juga tidak terkecuali mempunyai akaun di media sosial. Mempunyai jumlah pengikut seramai 636 ribu orang, Sanna Marin sering berkongsi aktiviti sosialnya di laman Instagram.
Ibu kepada Emma Amalia Marin ini telah berkongsi perjalanan proses kehamilannya termasuk berkongsi foto sewaktu menyusukan anak.
Mungkin ahli politik generasi muda ini mahu menunjukkan bahawa sebagai seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu tidak perlu ‘kalah’ dengan tanggungjawab di rumah. Setiap wanita mempunyai peluang untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.
Kagum dengan semangat nenek Mira Filzah yang digelarnya sebagai Opah. Wanita yang berusia umur 81 itu telah menyuntik inspirasi kepada wanita lain bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan sesuatu. Mira Filzah begitu bangga berkongsi foto kek perkahwinannya hasil sentuhan opah tersayang atau nama penuhnya, Yun Abdul Rahman.
Dikhabarkan opah Mira Filzah telah pun ‘bersara’ daripada membuat kek tetapi telah mengambil inisiatif untuk membuat 2 jenis kek bagi meraikan hari bahagia Mira Filzah bersama suaminya, Wan Emir Astar yang merupakan anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.
Baru-baru ini Mira Filzah telah berkongsi aktiviti hujung minggunya dengan belajar membuat kek. Seronok melihat Mira Filzah mengadun Kek Pandan Gula Anau dan membuat sendiri dekorasi kek yang telah dipelajarinya. Mesti sedapnya rasanya, kan? Tentu suami tersayang beri pujian yang melambung.
Nampaknya kecintaan Mira Filzah terhadap makanan mengiyakan perkongsian yang telah diucapkan oleh ibunya di majlis resepsi keduanya. Majlis resepsi kedua ini mencuri perhatian apabila tampil cantik dalam persalinan baby blue rekaan pereka fesyen The Rico Rinaldi. Kongsi ibu Mira Filzah, “Mira memang suka makan tapi dia control makan,”. Selalu juga tengok perkongsian Mira Filzah ‘membakar’ kalori di media sosialnya.
Majlis perkahwinan Mira Filzah masih lagi menjadi bualan dan pelakon terkenal ini memilih pereka terkenal RizmanRuzaini, FiziWoo dan Rico Rinaldi sebagai pereka fesyen pilihannya. RizmanRuzaini mengambil masa 200 jam untuk menyiapkan busana pernikahan, FiziWoo pula mengambil masa selama 500 jam untuk majlis resepsi pertama, The Rico Rinaldi pula mengambil masa 130 jam untuk resepsi kedua. Maka jumlah keseluruhan untuk menyiapkan wedding of the year ini ialah 830 JAM.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah pasti hati Datin Azrene sering berbunga-bunga apabila suami sanggup membuang perasaan takut tinggi atau FOBIA kepada ketinggian semata-mata memenuhi impiannya untuk mendaki Gunung Kinabalu sempena hari lahir yang ke-40. Kongsi Dato’ Fazley Yaakob di laman Instagramnya;
“Bismillah! Hadiah hari jadi Adik Sayang (Datin Azrene Ahmad) dari saya, saya akan cuba untuk mendaki Gunung Kinabalu bagi menyempurnakan impian beliau sempena ulang tahun ke-40!
Buat yang tak tahu, saya ni seorang yang gayat sangat, segan kepada ketinggian! Bila naik lift pun saya cuak, berdiri di balcony bangunan 3 tingkat pun macam nak tercabut nyawa rasa, tetapi demi isteri tersayang, saya gagahkan juga untuk MENCUBA mendaki hari ni. Doakan kami berdua dan team kami juga ya!,” kongsi Dato’ Fazley.
Seronok melihat kebahagiaan pasangan ini apabila saling melengkapi. Namun, Datin Azrene dan Dato’ Fazley telah diuji dengan hujan lebat apabila dalam perjalanan turun dari Gunung Kinabalu.
Kongsinya, “Semalam sewaktu turun dari Gunung Kinabalu bersama Azrene, kami berpisah kerana hujan terlalu lebat dan saya terlalu gayat bila jalan perlahan. Jadi Azrene turun bersama malim kami Alex dan saya diminta untuk terus turun dahulu memandang kan saya gak pantas mendaki dan turun gunung.
Namun saya sampai pukul 5.00 petang selepas mendaki turun dimulakan pada jam 12.00 tengahari. Namun saya berdebar menunggu Azrene sebab dah pukul 7.00 malam kelibat Azrene dan malimnya belum kelihatan.
Sampai renjer hutan mengarahkan seorang malim gunung masuk semula di dalam hutan yang gelap gelita untuk memastikan mereka ok. Tak lama lepas tu Azrene akhirnya sampai. Sebak kami berdua. Tentunya pengalaman hari ulangtahun Azrene ke-40 yang terindah. Terima kasih semua yang menyokong dan memberi semangat!!,” coret Dato’ Fazley.
Penampilan Datin Azrene kini kelihatan jauh berbeza daripada sebelum ini. Susuk tubuhnya kelihatan lebih langsing lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak bongsunya. Ketika mengatur pertemuan dengan wanita yang kaya dengan senyuman ini sewaktu sesi fotografi, ucapnya, “Memang benar, saya sudah kehilangan 30kg sebelum ini.
Sejujurnya, selama mengandungkan Alayna saya sangat aktif bersukan. Apabila Alayna lahir awal, saya tidak berpantang kerana terikat dengan tuntutan kerja.
Namun, saya amalkan pemakanan sihat dengan makan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan berlemak. Saya langsung tidak selera makan nasi ketika itu dan jika teringin hanya boleh makan dalam 3 hingga 4 sudu kecil dengan lauk sahaja.
Selain itu, saya juga bersukan seperti biasa dan mengikuti kelas spinning di Aloha Cycle Club. Merekalah yang bertanggungjawab atas kehilangan 30kg pada kadar yang sihat,” jelas Datin Azrene yang kini aktif hiking.
Datin Azrene juga mengamalkan Paleo diet atau juga dikenali dengan nama diet manusia purba (caveman diet) adalah diet yang mengadaptasi cara makan nenek moyang pada zaman dulu. Seperti namanya paleo, diet ini mengikuti kebiasaan diet orang pada masa Paleolitik (sekitar 2,5 juta sampai 10.000 tahun lalu).
Tujuan dari diet ini adalah mengembalikan kebiasaan makan manusia seperti manusia zaman dulu. Paleo diet yakin bahawa tubuh manusia lebih sesuai dengan diet seperti orang-orang zaman dulu jika dibandingkan dengan diet moden, apabila terjadi perubahan pada sistem pertanian yang lebih canggih.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!