
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke majlis Menghadap dan Pelantikan Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara, semalam.
Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Dato’ Jeyadhevi Subramaniam, Mantan Ketua Pesuruhjaya Cik Hajah Normala Baharuddin dan Puan Hajah Fatimah Muhammad serta Mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Puan Hajah Hasnah Saad.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong merupakan Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) bermula dengan penubuhan pasukan Pandu Puteri pertama di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur pada tahun 1916.

Pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat Pentadbiran PPPM telah terpindah dari Singapura ke Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur pada tahun 1957 dan PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dalam tahun 1958.

Sehingga kini, PPPM mempunyai 18 cawangan di seluruh negara dengan bilangan ahli melebihi 130,000 orang. PPPM adalah sebuah persatuan yang bebas, tidak terlibat dengan parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, malah bercorak memberikan Pendidikan tidak formal untuk anak gadis dan wanita remaja.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bukan Pakar Dalam Perkahwinan, Tapi…” MIZZ NINA Kongsi Keterujaan Rai Ulangtahun Perkahwinan Ibu Bapa Yang Ke-60

Siapa yang tidak mengenali Mizz Nina atau nama sebenarnya, Syazrina Azman, seorang yang dahulunya penyanyi dan kini merupakan seorang aktivis kemanusiaan yang cukup aktif. Baru-baru ini, Mizz Nina berkongsi rasa rasa keterujaannya meraikan ulang tahun perkahwinan ibubapanya, Tan Sri Azman Hashim dan YM Tunku Arishah Tunku Maamor yang ke-60.

Menerusi hantaran di Instagram tersebut, Mizz Nina dilihat berkongsikan foto ibu dan bapanya yang sedang memotong kek ulang tahun perkahwinan. Malah Mizz Nina sempat menitipkan ucapan istimewa meraikan usia perkahwinan kedua-dua insan yang cukup disayanginya yang memasuki tahun ke 60 malam tadi.
“Alhamdulillah kami meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapa saya beberapa hari yang lalu, saya tak pasti jika saya harus post pasal ini, tetapi saya rasa ia terlalu istimewa untuk tidak berbuat demikian 🙈.
“60 tahun cinta dan perkahwinan adalah anugerah yang ajaib dan indah dari Allah, apabila saya renungkan, ia memerlukan banyak keimanan, keberanian, kasih sayang, kesabaran, pengorbanan, sentiasa fikirkan yang manis-manis & kerja berpasukan untuk melaluinya.”- tulis Mizz Nina.

Mengakui dirinya turut diduga dengan cabaran dalam soal perkahwinan, Mizz Nina menjelaskan dirinya bukanlah seorang yang pakar dalam perkahwinan, namun Mizz Nina menyatakan jika seseorang itu telah ditakdirkan untuk anda, seperti yang dirancang oleh Allah, dia pasti sentiasa ditakdirkan untuk anda.
Untuk rekap, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, dan Mizz Nina mengesahkan sudah bercerai sekitar Ogos tahun lepas.
Noh, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 37 dan Mizz Nina, 43 mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Mereka turut mempunyai anak angkat sekitar April lalu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
The ‘Enchanted Night NONA’ Rai Kejayaan Wanita & Dikagumi Dalam Pelbagai Bidang

Penganjuran majlis “The Enchanted Night” ini adalah untuk meraikan golongan wanita yang pernah diiktiraf dalam Nona Superwoman Award 2018 – 2022.
Acara Nona Superwoman Award pernah diadakan sebanyak tiga kali pada tahun 2018, 2020 dan 2022 untuk memperkasakan golongan wanita di dalam pelbagai bidang, sekaligus menjadi inspirasi kepada wanita lain.

Nona merupakan portal yang mengangkat dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi sekalipun politik.
Sinonim dengan motonya iaitu “Realiti Impian Wanita”, setiap Wanita mempunyai impian dan keinginan kerana dengan mencapainya mereka bahagia dan berjaya.

Perkembangan dunia pada masa kini dengan jelas menunjukkan bahawa wanita tidak hanya memainkan peranan utama dalam membentuk generasi akan datang, malah menjadi salah satu pendorong utama bagi kemajuan negara.
Oleh karena itu, kejayaan, pencapaian, dan sumbangan wanita dalam berbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan sosial sangat penting untuk mencapai kesejahteraan, kemajuan, dan kemakmuran negara yang lebih baik.
Majlis ini diadakan diadakan bukan sahaja untuk mengangkat kaum wanita yang berjaya dalam pelbagai bidang, malah ianya bertujuan menyuntik semangat kepada mereka yang ingin berjaya dan mengikut contoh idola mereka di mana Nona menjadi sumber rujukan kepada mereka ini.
Nona percaya, wanita mampu menggalas tanggungjawabnya dengan cara tersendiri yang tidak terjangka, cuma ianya sering terselindung di sebalik lelaki.
Majlis yang diadakan di Zebra Square Kuala Lumpur ini juga bakal menyaksikan pelancaran rasmi kempen Nona No. 1 Inspirasi Wanita.

Kempen Nona No.1 Inspirasi Wanita ini bertujuan untuk menjadikan Nona sebagai pemangkin kepada wanita wanita untuk berjaya dalam bidang masing-masing.
Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd berkata, “Kuasa Wanita pada hari ini tidak dapat disangkal lagi, buktinya ramai daripada golongan wanita menjadi usahawan yang berjaya dan mereka ini mula menguasai bidang yang dulunya didominasi oleh kaum lelaki iaitu, politik, sukan, media, keusahawanan dan banyak lagi”.

Tambah Syamil lagi, “wanita yang berjaya ini, akan menjadi sumber inspirasi dan perangsang kepada wanita lain untuk lebih berjaya. Golongan ini juga mampu menjana ekonomi setempat di samping dapat meningkatkan keterampilan, pengetahuan dan kesejahteraan.
Majlis The Enchanted Night yang ini diserikan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan di kalangan wanita-wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing seperti Datin Amyera, Nur Amirah, Datin Za Glow Glowing, Liza Hanim, Fouziah Gous, Ifa Raziah, Bellapark, Puan Sri Syazara Aisha, Mawar Rashid, Dato’ Seri Vida dan Cik B, Dr. Soo Wincci, Rizman Ruzaini, Datin Ayu Roslan Bokitta dan ramai lagi.



Head of Business (Women) Kiffy Razak berkata, “Majlis ini diadakan sebagai usaha menyatukan wanita-wanita hebat daripada pelbagai bidang di Malaysia. Dengan adanya hubungan ini, Majalah Nona sebagai satu platform penanda aras wanita sukses dan media gaya hidup yang dipercayai dapat saling membantu satu sama lain serta membantu masyarakat melalui pelbagai program CSR.
Tambah Kiffy lagi, “Menyedari tiada lagi mana-mana platform wanita yang kukuh memperjuangkan pelbagai sisi positif wanita, tiga portal Nu Ideaktiv iaitu Nona, Mingguan Wanita dan Hijabista kini bergabung di bawah satu payung yang dikenali Segmen Wanita. Di sinilah tempatnya wanita dapat meluahkan perasaan, berkongsi kejayaan dan bergembira”.

Selain itu, Portal Majalah Bintang Kecil di bawah Nu Ideaktiv bakal menganjurkan salah sebuah program terkemukanya iaitu Bintang Kecil Mini Fest yang akan diadakan pada 19 dan 20 Ogos 2023 di Plaza Masalam, Shah Alam.
Program yang bakal berlansung selama dua hari ini menghimpunkan kanak-kanak sekolah rendah yang berumur dari 7 – 12 tahun mempunyai pelbagai bakat, hobi, dan minat.
Pelbagai aktiviti telah diaturkan antaranya, pertandingan Dewi Cilik, pertandingan bercerita dan mewarna, pertunjukan fesyen, seni mempertahankan diri dan pelbagai acara menarik lagi.
Program ini dimeriahkan lagi dengan persembahan artis jemputan iaitu Mark Adam, Danial Chuer dan ramai lagi. Bintang Kecil Mini Fest ini dijayakan oleh PTPTN dan juga KARIHOME selaku penaja.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Industri Bollywood Toksik Punca PRIYANKA CHOPRA Bawa Diri Ke Hollywood “Saya Ditolak Ke Satu Sudut Ketika Itu..”

Pelakon terkenal Priyanka Chopra Jonas akhirnya membuka mulut berkongsi kisah dengan orang ramai penyebab kenapa dia meninggalkan industri Bollywood. Memetik CNN, Chopra Jonas menyifatkan kehadirannya dalam industri Bollywood seolah ‘ditolak’ ke satu sudut ketika itu.
Dalam sebuah temubual di podcast “Armchair Expert”, aktres berusia 41 tahun itu ‘penat’ dengan permainan politik industri Bollywood.

Bintang “Matrix Resurrections” dan juga merupakan isteri kepada penyanyi dan pelakon Nick Jonas itu juga berasa kecewa dengan penerimaan penggiat industri yang tidak memberinya peluang uji bakat malah ada segelintir pihak seolah tidak senang dengan kehadirannya.
“Saya tidak pernah kongsikan hal ini sebelum ini,” katanya.
Mengaku lelah dengan keadaan, isteri kepada Nick Jonas ini mengambil peluang terbang ke Amerika dan bekerja dengan beberapa penggiat industri muzik terkenal sehingga berjaya menandatangani perjanjian dengan Interscope Records sebagai penyanyi pada awal 2010.

Namun selepas bekerja dengan beberapa penyanyi rap antaranya Pitbull dan Will.i.Am, Chopra Jonas berkata dia menyedari bahawa dia lebih sesuai untuk menjadi pelakon.
Dia mula mengejar peranan di Hollywood kerana berasa berdepan dengan masalah mendapat peluang membawa watak diidamkan di India.
Selepas pertemuan dengan eksekutif pencarian pelakon stesen televisyen ABC, Chopra Jonas mengikuti uji bakat untuk rancangan drama bertema perisik berjudul, “Quantico.”
“Saya membaca skrip supaya saya tahu apa rentak drama itu malah saya bekerja dengan jurulatih lakonan,” katanya yang membawa watak sebagai Alex Parrish.
Chopra Jonas mendapat peranan dan membintangi drama bersiri “Quantico” sebagai FBI untuk tiga musim drama bersiri itu dari 2015 dan 2018.
Sumber: Astro Awani
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


