Walaupun Ayu Raudhah dan suami sudah pun mempunyai tiga orang anak sebelum ini, namun pengalaman melahirkan cahaya mata keempat pada 14 Februari lepas nyata mengundang 1001 perasaan bagi ibu muda ini. Mana tidaknya, jika sebelum ini proses kelahiran anak-anak mendapat bantuan epidural untuk tahan sakit… kali ini, Ayu bersyukur kerana diberi nikmat sakit bersalin semula jadi tanpa epidural.
Ads
Kongsi adik perempuan Rozita Che Wan ini, “Syukur Ayu telah selamat melahirkan anak ke-4.. it’s a boy! Alhamdulillah… setiap anak ada rezekinya dan pengalaman setiap anak lain-lain. Rezeki sekejap je sakit dah bersalin tak sempat doktor nak sambut.
Kali ni betul-betul rasa turun tanda, pecah ketuban, dan contraction. Bukaan 3 cm – 10 cm 1 jam lebih je. Maybe dah anak ke-4. Sebelum ni baby girl memanglah senang, sebelum tu 2 boys dengan epidurals so tak sempat nak rasa sakit. Suami kalau boleh semua anak dia nak suruh ambil epidural, dia tak sanggup tengok Ayu sakit.
Kali ni Allah bagi rasa dan menikmati experience bersalin betul-betul, sama macam orang lain cuma cepat dan sakit sekejap bersama orang tersayang. Suami dan mama bergilir-gilir dekat labour room.”
Ads
Sambil menegaskan tidak pernah merancang soal anak, isteri Zaquan Adha ini sedia menerima rezeki anak dari Allah dengan tangan terbuka. Memasuki usia lebih seminggu, anak keempat Zaquan dan Ayu diberi nama yang cukup indah iaitu Muhammad Aisy Al Khaliq.
Sementara itu, menerusi posting Zaquan pula… kembar kepada Aidil Zafuan ini berkesempatan mendedahkan maksud tersirat nama anaknya. “Alhamdulillah, baby dah cukur rambut. MUHAMMAD AISY AL KHALIQ bin MOHAMAD ZAQUAN ADHA. Muhammad – Yang terpuji, dirahmati.. Aisy – Mewah, kaya-raya, kemakmuran hidup.. Al Khaliq – Pencipta (Asma Ul Husna).”
Ads
Zaquan dan Ayu sah bergelar suami isteri pada tahun 2011. Hasil perkahwinan yang dibina, pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.
Kredit: Instagram Ayu Raudhah & Zaquan Adha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Barangan mekap selalu dianggap sebagai teman baik wanita. Selain harganya yang mahal di pasaran, mekap-mekap berjenama juga bermutu tinggi dan dijamin menonjolkan kesan terbaik pada wajah.
Maka tidak hairanlah mengapa gedung-gedung mekap terkemuka sering menjadi tumpuan wanita di bandar raya besar. Tapi awas, jangan sesekali biarkan anak berlari bebas tanpa pengawasan di situ kerana takut berulang peristiwa di bawah!
Pengalaman yang dikongsi oleh jurusolek artis, Brittney Nelson ketika membeli-belah di Sephora antara yang sedang tular sekarang dan mengejutkan ramai orang.
Bayangkan ketika melintasi sebuah kaunter pembayang mata bernilai $1300, dia melihat set mekap di sana dirosakkan oleh seorang kanak-kanak yang tidak diawasi sesiapa. Ibunya didapati sedang sibuk membeli-belah mekap di bahagian lain.
Ketakutan dengan apa yang berlaku, Nelson terus berkongsi foto ini di media sosial dan mendapat banyak reaksi serta komen negatif.
Banyak netizen menyalahkan ibu kanak-kanak tersebut kerana gagal mengawasi si anak. Begitu juga yang mengeluh kerana kanak-kanak tidak sepatutnya dibawa ke kedai seperti ini.
Walau bagaimanapun, masih ada juga yang menyebelahi si ibu dengan mengatakan bahawa perangai kanak-kanak memang sukar diduga. Apa pun pendapatnya, the damage had already done. Kanak-kanak terbabit mungkin tidak wajar dipersalahkan kerana bagi mereka ia mungkin palet warna air untuk bermain. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama kaca mata, Bolon, menyatukan elemen kemahiran, seni dan fesyen dalam menyerlahkan lagi keanggunan rekaan untuk koleksinya yang terbaharu. Kali ini, koleksi ini meraikan keperibadian setiap individu yang memiliki personaliti serta stail tersendiri. Setiap koleksi menawarkan rekaan fesyen kontemporari yang cukup unik. Ia juga dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi dengan sentuhan teknik kemahiran terkini.
Koleksi musim ini diinspirasikan oleh Jewellike (inspirasi rekaan barang kemas), Wavy (inspirasi rekaan ukiran), Eiffel (inspirasi rekaan Menara Eiffel) serta Layers (inspirasi rekaan corak geometri).
Mula diperkenalkan pada tahun 2003, Bolon telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2016 dan jenama ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan di segenap rantau Asia Pasifik.
Bolon yang sentiasa mengikuti gaya fesyen terkini menawarkan ciri-ciri rekaan Itali yang elegan dan berkualiti tinggi serta penggunaan bahan-bahan kaca mata terbaik seperti Resin Asetat Premium Itali yang terkenal dengan pemilihan warna dan tekstur yang menarik. Juga, Resin Memori TR90 buatan Switzerland yang tahan lasak dan ringan.
Penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan penelitian inovatif merupakan kunci kepada rekaan kedua-dua koleksi kaca mata hitam dan kaca mata optik Bolon. Kombinasi rekaan kaca mata Bolon dengan teknik kemahiran terkini dapat menjamin keaslian produknya di samping memberi keselesaan penglihatan si pemakai.
Sejak pelancarannya, Bolon telah memenangi beberapa anugerah dan telah diiktiraf sebagai salah satu jenama kaca mata yang paling berpengaruh. Kaca mata Bolon merangkumi kaca mata hitam untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak selain menampilkan koleksi menarik optik untuk wanita dan lelaki. Salah satu keunikan jenama ini ialah koleksi Bolon kanak-kanak dengan gaya yang sepadan dengan kaca mata dewasa. Koleksi ini dikenali sebagai Mini-me.
Koleksi kaca mata hitam Bolon dilengkapi dengan kanta polarisasi yang berdefinisi tinggi agar si pemakai dapat menikmati pengalaman penglihatan terbaik dengan teknologi E-SPF (Faktor Perlindungan Cahaya Matahari untuk Mata) yang memastikan keselesaan dan perlindungan adalah pada tahap yang terunggul.
Kaca mata Bolon boleh didapati di semua butik optik A-Look, Proeyes dan Seen di Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Bolon 2017, sila layari www.boloneyewear.com.ROSMAHIDAYUABUSAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika ditanya filem seram apa yang popular di kalangan para peminat genre horror waktu ini sudah pastinya filem MEGAN yang diterbitkan oleh pengarah kelahiran Kuching Sarawak, James Wan yang kini semakin menempa nama di persada perfileman Hollywood. James Wan yang turut dikenali sebagai penulis dan sutradara itu memang tidak asing dengan filem-filem pecah panggung termasuk The Conjuring, Aqua Man dan Fast & Furious 7.
Selain karier dan bakatnya, turut mendapat perhatian adalah kisah rumahtangga, perkahwinannya bersama wanita istimewa yang dikahwininya pada tahun 2019. Ingrid merupakan gadis kacukan Jerman – Romania yang mampu bertutur dalam empat bahasa termasuk Inggeris, Perancis, Jerman dan Latin. Bibit-bibit perkenalan mereka bermula ketika kedua-duanya bekerjasama buat pertama kali dalam filem THE NUN di mana Ingrid melakonkan watak Sister Oana.
Ingrid sewaktu membawa watak Sister Oana dalam filem The Nun.Gambar sewaktu majlis perkahwinan James dan Ingrid.
Siapa menyangka, selain berbakat besar dalam bidang seni lakonan, Ingrid juga merupakan penulis dan penerbit bersama filem Malignant pada tahun 2022 yang turut diarahkan suaminya. Sebelum berkenalan dengan James Wan, Ingrid yang kini berumur 35 tahun turut dikenali menerusi penampilannya di dalam filem komedi drama, Toni Erdmann dimana filem tersebut menerima pencalonan di The Cannes Film Festival Palme d’Or pada tahun 2016 dan seterusnya Filem Bahasa Asing Terbaik pada acara Golden Globe Awards dan Academy Awards pada 2017.
Menjengah ke laman sosial Instagramnya, Ingrid juga seringkali hadir menemani suaminya James Wan ketika majlis pratonton filem serta acara-acara besar di Hollywood. Apatah lagi ramai yang memuji kecantikan Ingrid persis seperti seorang model antarabangsa. Walaupun belum dikurniakan cahaya mata, kedua-duanya dilihat cukup happy di samping kehadiran 2 ekor anjing peliharaan mereka. Selain itu, walaupun Ingrid dilihat lebih tinggi berbanding James Wan, namun pasangan ini dilihat cukup serasi sekali.
NONA pun suka tengok keakraban pasangan sama cantik sama padan ini yang dilihat cukup bahagia melayari perkahwinan mereka. Semoga ada rezeki untuk menimang cahaya mata pula nanti.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Nurhaliza, ikon muzik Malaysia yang tidak asing lagi, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila kelihatan semakin ramping dan bertenaga.Penampilannya yang menawan dan fit...