DATO’ RIZALMAN IBRAHIM DEMAM DENGGI, RAJA PERMAISURI AGONG Menziarah Bawa ‘UBAT ISTIMEWA’

Cuaca yang tidak menentu sekarang ini memang mengundang nyamuk aedes. Akaun Instagram milik Dato Rizalman Ibrahim yang agak sepi rupa-rupanya disebabkan beliau dijangkiti demam denggi dan dimasukkan ke wad. Hanya doa dari mushaf keduanya berkumandang dalam IG Story terakhir.

Seperti yang ramai sedia maklum, hubungan persahabatan yang terjalin di antara Dato Rizalman dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah begitu akrab. Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli bertemu Dato Rizalman di hospital pada Ahad lalu.

Dato Rizalman yang baharu sahaja mempromosikan mushaf keduanya yang begitu istimewa inspirasi daripada Kiswah Kaabah beberapa hari lalu terpaksa berehat seketika daripada aktif dengan rutin hariannya.

Daripada video yang dikongsi Faizul, nyata layanan daripada Raja Permaisuri Agong penuh kasih sayang dan bersifat keibuan.

 

Dato Rizalman yang sudahpun bersara dari dunia fesyen kini menumpukan perhatian kepada perniagaan supplemen kesihatan, produk hijab, beg tangan dan giat mempromosikan kalam al-Quran terkini.

 

 

“Sudah lama saya pendamkan niat mengundur diri tetapi saya takut. Setiap kali membuat pertunjukan fesyen, saya sering terfikir kalaulah aku mati saat ini, apa yang aku akan jawab pada Allah nanti. Doa saya terjawab apabila Allah perkenalkan saya dengan orang yang betul dalam penghasilan supplemen T’Neeq.

 

T’Neeq lahir untuk membantu orang ramai di luar sana yang hidup dalam kesusahan. Saya hidupkan konsep ejen supaya lebih ramai usahawan dapat dilahirkan. Bayangkan, saya pernah menerima banyak DM dari Instagram luahan perasaan dan kedaifan hidup mereka.”

IKLAN
Share