Datuk Aznil Nawawi Kekal Awet Muda Di Usia 59, Makin Ligat Berniaga

Siapa yang tak kenal dengan Datuk Aznil Nawawi. Rancangan Pop Kuiz telah melonjakkan nama lelaki ini di sebagai pengacara berkaliber di tanah air.

Masakan tidak, Datuk Aznil Nawawi telah meraih kejayaan sebagai pemenang 10 kali kategori Pengacara TV Lelaki Popular sejak 2003 hingga 2010 itu. Bukan calang-calang ya!

Tanggal 6 November merupakan ulang tahun kelahiran yang ke-59. Nampak macam tak percaya Datuk Aznil bakal menginjak ke usia 60 setahun lagi. Wajah dan perwatakannya nampak muda daripada usia sebenar.

Foto: Instagram @aznilnawawihm

Melihat perkongsian lelaki yang mesra disapa Pak Nil ini di laman media sosial miliknya, kelihatan pengacara dan personaliti popular tanah air menjaga pemakanannya.

“Jom amalkan makan secara sihat dengan Pinggan Sihat. Apa tu Pinggan Sihat? Separuh pinggan dengan sayur dan buah. Suku pinggan dengan nasi atau sumber karbohidrat yang lain, dan suku pinggan dengan ikan atau sumber protein yang lain. Oh ye jangan lupa minum air kosong ye!” tulis Datuk Aznil.

Foto: Instagram @aznilnawawihm
Foto: Instagram @aznilnawawihm

Datuk Aznil juga sekarang semakin ligat berniaga Balado Pak Nil. Seronok melihat bagaimana Datuk Aznil menjenamakan produknya itu. Dalam pada itu, rezeki Datuk Aznil bertambah apabila dilantik duta produk kesihatan, Eskayvie.

“Ketika PKP pertama, saya sendiri rasa hidup macam gelap. Kerja seni yang sudah dipersetujui pun ditunda malah ada yang dibatalkan. Tapi saya beroleh rezeki sebagai duta jenama produk itu.

Foto: Instagram @aznilnawawihm

“Malah ada rangkaian produknya yang mempunyai testimoni sebagai penguat daya ketahanan diri selain alternatif melawan pelbagai virus termasuk COVID-19,” kata Datuk Aznil.

Datuk Aznil juga bersemangat menaikkan semangat pelajar sekolah selaras dengan statusnya sebagai Ikon Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Sebagai Ikon Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya sendiri teruja nak pusing sekolah bertemu mereka sambil bercakap soal perlindungan diri, ilmu dan menekankan kepentingan pengambilan vitamin C dan D,” katanya.

Penyanyi lagu Apo itu juga berharap, usaha memupuk kembali minat golongan pelajar ke sekolah dalam membiasakan norma baharu tidak dicemari atau ditakuti dengan perkara tidak perlu.

Foto: Instagram @aznilnawawihm

“Kita tak mahu wujud lagi golongan pendidik yang membiasakan lawak lucah termasuk yang ‘double meaning’ hingga menggalakkan perbuatan tak bermoral membabitkan guru dan pelajar. Baru baru ini ada dakwaan pula masih ada amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan di sekolah.

Saya harap pihak berwajib dan KPM ambil tindakan tegas kepada golongan guru yang bersikap sebegitu. Sudahlah pelajar ini sejak sekian lama tidak ke sekolah dan membiasakan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Sekolah itu bukan satu tempat yang ditakuti.

Foto: Instagram @aznilnawawihm

Sebaliknya peringkat awal ini, ia patut dianggap lokasi seperti taman permainan untuk menarik minat semula selepas lama ‘bercuti’. Kemudian lama lama diterapkan pembelajaran yang menjadi nadi persekolahan,” katanya yang ditemui di sidang media pelancaran rangkaian produk Diffenz Junior.

IKLAN
Share