Tekad untuk mendapatkan rupa paras baru selepas melalui episod kanser payudara yang memeritkan, kisah wanita Texas bernama Claudia Sierra, 42, ini sesungguhnya cukup dramatik.
Meskipun telah disahkan bebas kanser, namun kesakitan menghidap penyakit pembunuh wanita itu masih lagi tersisa.
Gara-gara sudah lali dengan tusukan jarum serta pisau pembedahan, dia mengambil keputusan drastik untuk mengubah rupa parasnya bagi melupakan masalah emosi yang dihadapi.
Foto: Evonews
Kata Claudia, dia selalu dibuli kerana rupa yang kurang menarik sejak muda. Peristiwa paling menyakitkan hati, adalah selepas bekas teman lelakinya tergamak meminta lesen memandu kerana dia kelihatan terlalu ‘tua’ daripada usia sebenar. Claudia berusia 41 tahun ketika itu.
Ads
Berbekalkan kos sebanyak $50,000, akhirnya Claudia melakukan transformasi drastik melibatkan 8 sesi pembedahan tummy tuck, rhinoplasty, liposuction, ab sculpt, Brazilian Butt Lift, pembesaran payudara, membentuk hidung dan ‘mengangkat’ kelopak mata.
Foto: Daily Mirror
Dia juga membuat perawatan memanjangkan rambut, membetulkan gigi, memakai kanta lekap biru, menggelapkan kulit atau tanning serta berlatih dengan jurulatih peribadi untuk mengekalkan bentuk badan ‘barunya’.
Ads
Perubahan diri Claudia mengejutkan keluarganya namun mereka turut teruja melihat diri wanita ini yang lebih gembira.
Foto: The Sun UK
Claudia percaya bahawa kini dia kelihatan persis Wanita Pertama Amerika Syarikat, Melania Trump. “Saya mahu kelihatan glamor sepertinya,” ujar Claudia kepada The Daily Mail.
Ads
Tidak mahu lagi dilihat sebagai ‘the soccer mom’, Claudia kembali yakin dan teruja melihat refleksi dirinya di depan cermin. “Saya suka perubahan payudara saya dan senyuman ‘baru’ ini.”
Foto: Caters News Agency
Menurut pakar pembedahan plastik, Dr. Franklin Rose yang bertanggungjawab memberi rupa paras ‘baru’ kepada Claudia, trend untuk menyerupai Melania Trump kini sedang mendapat permintaan tinggi di Amerika Syarikat.
“Selepas trend Ivanka Trump, kini semakin ramai yang mahukan makeover persis Melania. Mereka menganggap kecantikan First Lady itu sebagai sesuatu yang sempurna dan hebat!” ulasnya. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekejap saja masa berlalu. Diam tak diam, permata hati Wany Hasrita iaitu Aishah Al Iman kini menginjak usia setahun. Sejak kehadiran cahaya mata sulung pada 8 Julai 2023, makin bertambah seri rumah tangga pelantun lagu Menahan Rindu ini bersama suami tercinta.
Terbuka berkongsi wajah anak perempuan di media sosial miliknya, Wany yang hadir dengan single terbaharu ‘Madu Dua’ meraikan ulang tahun kelahiran anak tersayang.
Bulan Julai pastinya menjadi momen indah buat selebriti ini kerana selain menyambut hari lahir anak, ia juga merupakan bulan ulang tahun perkahwinan Wany dan Mohd Al-Adib Fahmi.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerusi perkongsian di media sosial baru-baru ini memuat naik foto bersama Aishah yang kian membesar sihat dan comel!
Ujarnya, “Alhamdulillah malam tadi sempat buat small celebration dengan close family untuk Aishah. Macam ni rasanya celebrate birthday anak sendiri.”
Teruja dan syukur melihat anak tersayang membesar di depan mata, dedah Wany, “Aishah Al Iman sayang, rasa macam baru semalam awak masih bau baby. Sekarang ni macam ada masam sikit tapi still wangi.
Rasa macam baru semalam awak masih baby dengan mata terkebil-kebil tengok siling. Sekarang laju awak tolak walker awak tu. Cinta hati ibu dan bapak, moga sihat selalu, membesar dengan baik, nak. Semoga menjadi pencinta ilmu, berbudi bahasa dan berakhlak.”
Tak dinafikan, perkembangan dan wajah terkini Aishah Al Iman meraih perhatian peminat setia ibunya.
Kecomelan Aishah dikatakan mewarisi raut wajah kedua-dua ibu bapa. Malah, telatah ceria dan kehadirannya menjadi pelengkap rumah tangga Wany dan Mohd Al-Adib.
Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH 31) ini berkahwin dengan jejaka kelahiran Sarawak iaitu Mohd Al-Adib Fahmi pada 22 Julai 2022 selepas kedua-duanya saling mengenali sejak tahun 2010.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang benar buat delima antara buah yang boleh membantu mengekalkan keanjalan kulit kerana kaya dengan vitamin C. Vitamin C berguna untuk membantu menghasilkan kolagen kulit yang sihat. Zat antioksida pula melindungi kulit daripada terkesan dengan pencemaran dan mencegah penuaan kulit serta kanser kulit. Di samping itu, buah delima berupaya membantu proses pembaharuan kulit, menghilangkan sel-sel kulit mati dan mencegah kulit kusam.
Sumber asid folat dan antioksida dapat merangsang, membuang toksik dan meningkatkan kecantikan kulit secara semula jadi. Kandungan gula dalam buah delima mampu bertindak sebagai skrub untuk menyingkirkan sel kulit yang mati.
Tip memilih buah delima
Ketika memilih buah delima pastikan memilih buah yang berat dan berkulit bersih. Jangan pilih jika kulit buah delima sudah merkah. Buah delima tahan disimpan sehingga enam bulan jika disimpan di dalam peti sejuk.
Xtra!
Buah delima kaya dengan antioksida tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah, beri biru, kranberi, dan oren. Antioksida berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam tubuh.
Manfaat buah delima
Mencegah kanser
Buah delima memang terkenal dengan kekayaan antioksida. Di samping itu juga memiliki jumlah zat vitamin A, vitamin C dan zat besi yang tinggi. Nutrisi ini penting untuk menentang radikal bebas dan membantutkan kerosakan sel dalam tubuh dan seterusnya mencegah kanser menyerang terutama kanser prostat, kanser payudara dan kanser paru-paru.
Mencegah penyakit jantung
Keutamaan buah yang kaya dengan antioksida adalah kerana mampu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Buah delima adalah di antara buah yang kaya dengan antioksida yang secara tidak langsung boleh meningkatkan aliran darah ke jantung yang sihat.
Meningkatkan kekebalan tubuh
Buah delima yang kaya dengan vitamin C ini sepatutnya menjadi buah yang wajib dimakan setiap hari. Ini kerana buah delima mengandungi hampir 15 peratus vitamin C yang diperlukan oleh tubuh. seperti yang diketahui vitamin C penting untuk meningkatkan kekebalan tubuh agar tidak mudah dijangkiti penyakit terutama demam selesema.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang dikurniakan rezeki kesihatan, ketenangan, wang ringgit dan ada juga ‘murah’ rezeki dari segi zuriat. Mensyukuri nikmat hari ini, Uyaina Arshad tidak ketinggalan meluahkan rasa syukur atas segala rezeki dan kesenangan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sekeluarga.
Tanggal 16 November lalu merupakan ulang tahun kelahiran personaliti televisyen ini yang ke-33. Lebih istimewa, sambutan hari lahir Uyaina tahun ini sangat bermakna kerana dia sedang hamil anak ketiga.
Bersempena ulang tahun hari kelahiran, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad diraikan suami tercinta iaitu Raja Syahiran di sebuah restoran mewah berlatarbelakangkan bangunan ikonik Menara Petronas.
Uyaina menerusi perkongsian di media sosial memuat naik momen romantis tersebut sambil menitipkan rasa syukur.
“Blessed, happy & grateful. Never imagined my 33 will look this beautiful. Allah is so kind to me. Alhamdullilah Allahumma Bariik.
Di usia yang makin bertambah ni, cuma nak mintak satu benda je dari kalian semua, boleh? Nak minta doa yang baik-baik sahaja untuk Uyaina dan keluarga kecil saya.
Untung Uyaina Arshad kerana sering dikelilingi dengan orang tersayang. Tidak kira dalam suka mahupun duka.
Keluarga Bahagia Uyaina Arshad
Duta jenama muslimah terkenal, Ariani ini sah bergelar isteri kepada penyanyi, Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Raja Urhan dan Raja Urayyan.
Walau sudah berkeluarga namun populariti Uyaina tetap utuh dan menerima banyak tawaran dari segi pengacaraan mahupun kempen produk.
Difahamkan, Uyaina kini aktif dalam pembikinan sebuah filem bertajuk Ragging.
Kalau memang dah berbakat, pergi ke mana-mana pun tetap bersinar. Apatah lagi, Uyaina seorang personaliti yang bijak, memiliki kelulusan undang-undang dan keperibadian yang baik.
Tak hairanlah rezeki jelitawan ini tidak pernah putus.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.