Pelakon cantik, Mia Ahmad yang suatu ketika dulu popular dengan drama ‘Hati Perempuan’ kini bahagia dengan kehidupan peribadinya sebagai isteri dan ibu.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun bersama suami tercinta, Izham Tarmizi Roslan yang merupakan bekas penjaga gol skuad kebangsaan mereka kini dikurniakan empat cahaya mata.
Walaupun tidak lagi aktif dalam dunia lakonan, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi aktif berkongsi rutin kehidupannya bersama keluarga di media sosial.
Mia kelihatan sangat gembira melayani karenah anak-anak kecilnya setiap hari.
Biarpun kepenatan sudah menjadi perkara biasa bagi Mia tetapi dia bersyukur kerana dapat mendidik serta menguruskan sendiri anak-anak bersama suami.
Perkongsiannya itu bukan niat untuk menunjuk-nunjuk kebaikan. Sebaliknya, dia ingin memberi inspirasi buat semua untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan.
Kagum dengan semangat Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan yang komited menyuarakan isu berkaitan kesihatan mental. 11 Disember lepas, Tengku Puteri Iman Afzan yang merupakan puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilantik sebagai Perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tidak hanya dikagumi ramai kerana kecantikan yang dimiliki bahkan Tengku Puteri Iman yang juga seorang ibu menjadi sumber inspirasi memandangkan sikapnya yang sentiasa menyebar aura positif.
Pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan ini sekaligus dapat membawa dan membantu usaha Malaysia ke arah meningkatkan kesedaran kesihatan mental, rawatan serta cabaran dasar.
“Saya telah berpeluang bekerjasama dengan pihak berkepentingan kesihatan mental tradisional dan bukan tradisional. Saya telah melihat bagaimana usaha itu telah menerima sokongan hebat dengan idea-idea baharu dan pandangan tentang cara untuk memecahkan halangan dan mendorong agenda itu di negara kita. Saya tidak sabar untuk menyampaikan kisah Malaysia di PBB.
Menjadi Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 ketika pandemik Covid-19 satu penghormatan. Kesihatan mental tidak boleh diperjuangkan sendirian, ia memerlukan segala input dan saya menantikan 2022 yang amat memberangsangkan.”
Tengku Puteri Iman Afzan akan ditauliah di Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB di New York. Pelantikannya turut disokong Presiden WFMH, Setiausaha Agung, Presiden Dipilih dan Naib Presiden Serantau untuk Amerika Utara dan Caribbean.
Penugasan itu berikutan pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan sebagai Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia dari 10 Oktober 2020 hingga 10 Oktober 2021.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketua Pegawai Operasi rangkaian produk tenusu Farm Fresh ini semakin glamor sejak menjadi penaja utama program Gegar Vaganza (GV) 6. Ramai yang memuji sikap Azmi Zainal yang lebih popular dengan nama ‘Boss Susu’ ini sewaktu mempromosikan barangan produknya. Lebih terkesan apabila beliau sendiri pergi mencari penyanyi-penyanyi lama untuk segmen Kongsi Rezeki.
Namun, rupanya ‘Boss Susu’ ini mempunyai kisah menarik untuk dikongsikan kala mula bertatih dalam perniagaan sehingga tercetusnya program CSR ini. Kongsinya, “Mungkin tidak ramai yang tahu kisah saya dan Loi memulakan bisnes kecil kami sehingga berjaya ke tahap ini. Kami bermula dengan 60 ekor lembu dan membeli susu dari penternak.
Kami hantar susu-susu tu naik bas ekspres kerana tiada lori yang nak heran pun setakat nak hantar susu 10-20 kotak ke Kuala Lumpur (KL). Saya tunggu bas ekspres di Petronas Sungai Besi. Kami jual di kedai-kedai kecil dahulu sebelum masuk ke supermarket.
Bila petang saya akan jual sendiri di pasar malam dan pasar tani. Kami rasa perit dan susah bukan hanya air mata saja yang mengalir, maruah juga diinjak-injak.
Kami tidak pernah kenal erti tewas dan ramai yang mentertawakan kami. Malah competitor kami kata pada buyer supermarket, “Biarlah itu company kecik, kita tak payah usik. Nanti dia sendiri mati,”.
Kami simpan itu sebagai semangat dan dengan ‘dendam kesumat’. Bila nak cari promoter pulak, ramai promoter yang ketawakan saya. “Betul ke kau boleh bayar gaji ni, kau pun pakai selipar je,”. Kami telan semua itu dan kami terus berusaha dan berdoa. Kami tahu bagaimana perasaannya menjadi orang susah yang memerlukan dan atas dasar keinsafan dan sedar asal-usul kami. Kami tidak pernah lupa dan sentiasa ingat hari-hari kami bermula dulu dan sebab itu lah kami buat GV Farm Fresh CSR ini,” kata Azmi Zainal.
Jenama Farm Fresh yang dikendali ‘Boss Susu’ bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Loi Tuan Ee kini memiliki jualan ratusan juta ringgit setahun dan ada beribu ekar ladang di Malaysia serta Australia. Malah punya kilang tercantik dan tercanggih dalam bidang penternakan lembu. Team ladang terdiri daripada anak-anak lepasan universiti tempatan yang dilatih.
Walaupun kini ‘Boss Susu’ dikenali ramai tetapi tidak mahu mendongak ke langit, “Setiap kali berhenti R&R mesti ada yang tegur ‘Boss Susu’. Tapi saya selalu ingatkan diri sendiri supaya tak hanyut dan ini cumalah kerja tambahan selain daripada tugas utama sebagai ketua dan leader untuk Team Farm Fresh.
Jangan bila ada kerja lain kita tinggalkan kerja utama kita, itu tak akan menambah apa-apa dalam bisnes kita jangan jadi ‘Nakhoda buluh kasap dapat hujung pangkal lesap’,” coret Azmi Zainal di laman Facebooknya.
16 April lalu menandakan bertambah lagi angka usianya, Mamazie atau Fauziah Sarman kini mencecah 55 tahun. Di sebalik senyuman serta sambutan ulang tahun yang dianjurkan keluarga dan teman, ketabahan ibu kepada selebriti Shila dan Syada Amzah ini mengundang sebak.
Seorang yang sentiasa tersenyum dan menjaga tutur katanya, kehadiran Mamazie bagaikan seorang ibu yang menyenangkan.
Kini meskipun wanita ini sedang hebat diuji dugaan perkahwinan, pasangan kepada penyanyi dan pelakon 80-an, Datuk ND Lala tabah melaluinya meskipun terlihat beraya tanpa lelaki bernama suami di sisi.
“Awal Syawal rai kemenangan, Umat Islam saling berkunjungan, Tahmid bertukar erti ketenangan, Selamat menyambut hari lebaran.
Dalam masa 3 minggu berat badan turun 8kg. Taktau nak rasa sedih atau happy, saya pilih rasa syukur. Alhamdulillah.” Mamazie
Kata-kata tersebut jelas mengundang sebak di hati pengikut Mamazie yang memahami situasi ribut dalam rumah tangganya.
Paling terkesan, sebuah hantaran pada pagi Syawal lalu ditemani Syada Amzah dan Caca di dalam sebuah kereta meruntun jiwa.
Dalam rasa sedih mengenangkan masalah keluarga, Mamazie masih mampu tersenyum sebelum terlihat bercucuran air mata dengan anak-anak tersayang. Tiada lagi bahu tempat berpaut, mujur ada anak-anak merawat luka!
Syada Amzah turut berkongsi keadaan sebenar ibunya sepanjang Hari Raya ini menerusi IG Story.
“Dari first day raya feeling inferior tengok orang lain ada full family, berpasangan (but of course I’m happy for them). Semalam i macam rasa sebak betul!
Finally get to sambut raya dengan adik-beradik lengkap. Don’t get me wrong, beraya berdua dengan my mum pun best, dia layan je i beraya, tema warna raya tahun ni i yang pilih, and dia ikut je apa i nak makan.
Tapi i kesian tengok dia sebab mesti sambil beraya tu dia tengok je orang lain dengan ibu bapa, suami dan anak anak. It broke me.
Belum dengan i need to jaga her from terdengar lagu raya sedih, before dia start nangis, i dah nangiskan dulu dah. She’s yatim piatu, if my grandparents were still here, i bet it would’ve make her happier.
Semalam at the very least her sisters were there for her, thank you Makngah & Maklang for coming! Cucu sedara penuh satu rumah.
I keep her busy sampai semalam bila balik rumah, we both terus K.O! i love you Mak.” Syada Amzah
TENANG
Apa pun, kagum dengan cara beliau mengendalikan keadaan sampai tenang. Memilih tema pink dan hitam putih sempena sambutan Hari Raya, Mamazie memilih untuk menyerahkan segalanya pada Tuhan.
Biar waktu menyembuhkan… Dan lebih bahagia tatkala melihat ahli keluarga mereka sentiasa bersama.
Adik Shila Amzah, Syada sebelum ini pernah tampil dengan surat terbuka kepada bapanya melalui laman Instagram kerana gagal menghubungi bapa selepas berkahwin lain.
Dalam perkongsian itu, Syada anak ketiga daripada empat adik beradik menitip ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-62 dan Selamat Hari Raya kepada bapanya.
“Ayah, tiada lagi gambar ayah pada hari ini. Saya menulis surat terbuka sebab tiada sesiapa ada akses untuk bercakap dengan ayah.” Syada
Doa yang baik-baik buat keluarga kesayangan ramai ini. Semoga segalanya berakhir dengan adil dan aman damai.
.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.