Hiburan

Devil Wears Prada Era Moden, Gaya Segar Anne Hathaway Macam Tak Dimamah Waktu, Sama 19 Tahun Dulu!

Bakal kembali dalam filem Devil Wears Prada era moden, gaya segar Anne Hathaway macam tak dimamah waktu, kekal sama 19 tahun dulu!

Anne Hathaway mencuri perhatian dunia apabila disahkan kembali memegang watak ikonik Andrea Sachs dalam sekuel filem fesyen paling berpengaruh abad ini Devil Wears Prada 2.

Pada usia 43 tahun penampilan Anne masih kekal elegan dan menawan malah ramai peminat mengakui wajahnya seolah-olah tidak dimamah usia sejak filem pertama ditayangkan pada tahun 2006.

Kemunculan semulanya dalam sekuel ini bukan sahaja membangkitkan nostalgia tetapi juga memperlihatkan evolusi seorang wanita moden yang kini tampil lebih dewasa berkeyakinan dan matang.

Instagram @annehathaway
Instagram @annehathaway

Fuhhh, glowing betul wajah Anne Hathaway, rupanya dia rajin manjakan muka dengan set ni >>>

http://bit.ly/4o5eduL

 

PELAKON VERSATIL

Sebelum membawa semula watak ini, Anne Hathaway sudah lama dikenali sebagai salah satu figura pelakon paling versatil di Hollywood. Dari era The Princess Diaries hingga Les Misérables dan Interstellar setiap watak yang dibawanya meninggalkan kesan mendalam pada penonton.

Pada waktu filem Devil Wears Prada pertama dilancarkan Anne baru berusia 24 tahun namun kini dua dekad kemudian beliau bukan hanya pelakon tetapi ikon gaya dan suara feminisme moden yang halus dan berkelas.

Di luar layar perak Anne menjalani kehidupan yang tenang sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata. Beliau berkahwin dengan Adam Shulman pada tahun 2012 dan sejak itu kehidupan peribadinya lebih tertutup dan jauh dari sensasi.

Namun setiap kali muncul Anne sering mempamerkan keseimbangan indah antara kemewahan bintang filem dan kehangatan seorang ibu. Aura keibuan yang terpancar darinya bukan semata-mata pada cara berpakaian tetapi juga dalam tutur kata dan pembawaannya yang makin matang serta bersahaja.

Instagram @annehathaway
Instagram @annehathaway
Instagram @annehathaway

Sekuel Devil Wears Prada bukan sahaja mempertemukan semula Anne dengan karakter Andy Sachs tetapi juga menjadi simbol kepada transformasi wanita dalam dunia sebenar.

Andy yang dahulu hanya seorang pembantu kini dijangka kembali dengan status dan kekuatan baharu mewakili wanita-wanita moden yang bukan sahaja bergaya tetapi juga bijaksana berpendirian dan memiliki ruang sendiri dalam dunia yang kompetitif.

Anne Hathaway hari ini bukan sekadar membawa nostalgia tetapi juga ilham buat generasi baru. Dari seorang gadis muda yang teragak-agak melangkah ke pejabat Miranda Priestly kini dia muncul sebagai wanita lengkap dengan gaya karisma dan jiwa yang diperkaya oleh pengalaman hidup.

Devil Wears Prada 2 bukan sekadar sekuel tetapi juga surat cinta kepada evolusi seorang wanita dan Anne Hathaway adalah wajah yang sempurna untuk membawanya. Tak sabar nak tunggu kemunculan filem ini, terasa macam menggamit memori zaman remaja!

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/lindsay-lohan-makin-jelita-selepas-jadi-ibu-isteri-bukti-wanita-di-tangan-lelaki-yang-tepat/

Share
Published by
Norzalina