Sekian lama berhadapan dengan isu diciplak, jenama minyak wangi nombor satu di Malaysia, De’Xandra mengambil langkah lebih selamat dan proaktif dengan memperkenalkan aplikasi Fastentix.
Seperti dikongsi oleh pengasas De’Xandra, Ernayanee Nur Julaimi atau Erna, mereka mengambil tempoh dua tahun untuk membangunkan aplikasi tersebut yang berkonsepkan marketplace.
Dengan adanya aplikasi ini, ia memudahkan orang ramai termasuk reseller yang sah dan berdaaftar mendapatkan produk De’Xandra yang original dengan cara lebih bersistem.
“Semasa berhadapan dengan isu ciplak, kami agak kelam kabut sedikit. Kami ambil pendekatan dengan memberi kefahaman kepada team agar lebih tenang dan cari solusi yang terbaik.
“Isu sebegini memang tak dapat nak elak kerana ia akan tetap berlaku. Selalunya, fake product lebih murah harganya berbanding original.
“Sebab itu kami tak terlalu fokus dan tak mahu besar-besarkan sangat isu ini namun tetap berwaspada.
“Dalam tempoh dua tahun, kami bina satu sistem yang melibatkan seluruh distributor dari pelbagai peringkat.
Ads
“Dengan adanya sistem ini kami juga dapat memantau dan mengawal semua reseller termasuk pengeluaran stok.
“Sistem ini memfokuskan kepada yang nak dapatkan produk original De’Xandra dari reseller yang sah termasuklah penghantaran pada hari yang sama.
“Pihak De’Xandra tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pembelian di mana-mana platform kecuali di Fastentix. Layari www.dexandra.com untuk membeli.”
Terkini, De’Xandra turut berkolaborasi dengan pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun. Kolaborasi ini menghasilkan koleksi minyak wangi yang berkonsepkan wangian ‘Islamik’. Ia bakal dilancarkan pada masa terdekat.
Ads
Untuk info, Ernayanee mula berniaga sejak usianya 21 tahun. Sebelum membangunkan De’Xandra, pelbagai kerja dan perniagaan dilakukan Ernayanee.
Pada 2013, barulah Ernayanee memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan minyak wangi.
Ketika itu, dia bergelar reseller dan pengedar sehinggalah dia mula terfikir untuk ada jenama minyak wangi sendiri. Maka, lahirlah De’Xandra yang kini menjadi legasi perniagaan keluarga.
INSPIRASI “Saya menginspirasikan cara berniaga Rasulullah SAW dan Siti Khadijah. Ketika awal-awal berniaga, saya banyak membaca tentang cara kedua-duanya berniaga.
“Setiap kali saya berhadapan dengan masalah dalam perniagaan, saya sering terfikir bagaimana Rasulullah SAW react kalau Baginda berada di tempat saya.
Ads
“Sedangkan kita sebagai insan biasa pun ada banyak masalah dalam berniaga. Lagi berkembangnya perniagaan, lagi banyaklah cabaran yang perlu dihadapi.
“Namun apa yang paling penting adalah hadapinya dengan rasional tanpa menjejaskan emosi. Barulah perniagaan dapat berkembang maju dan berdaya saing.”
Ernayanee merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Bapanya merupakan seorang anggota bomba manakala ibunya seorang jururawat.
Setelah tamat pendidikan menengah, Erna melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Matematik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Walau bagaimanapun, Erna meninggalkan pengajiannya itu demi mengejar impian untuk bergelar seorang usahawan.
Kredit Foto: Instagram Ernayanee
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, bangga bila kredibiliti kaum wanita sekali lagi diperakui dan diangkat menyandang jawatan tertinggi dalam institusi perundangan negara. Apa yang pasti pencapaian Tan Sri Zaharah Ibrahim ini mampu menjadi suntikan semangat buat para wanita terutamanya yang berkecimpung dalam bidang undang-undang untuk memasang impian menyandang jawatan sama suatu hari nanti.
Jujurnya, rasa terharu dan sebak saat menyaksikan upacara angkat sumpah tersebut yang berlangsung semalam. Kejayaan Tan Sri Zaharah membuktikan setiap wanita berpeluang menjadi individu penting dalam sesebuah organisasi asalkan mempunyai pemikiran yang tajam dan sarat dengan ilmu pengetahuan. Dengan selesainya upacara berkenaan, sekaligus menjadikan wanita berusia 66 tahun ini memegang jawatan ketiga tertinggi dalam institusi perundangan Malaysia. Bukan calang-calang tugas tu!
Tan Sri Zaharah menggantikan jawatan yang dipegang Tan Sri Ahmad Maarop yang kini dilantik Presiden Mahkamah Rayuan. Sebelum ini, Tan Sri Datuk Siti Norma Yaakob pernah diberi kepercayaan menggalas tugas Hakim Besar Malaya pada tahun 2005 hingga 2007 sekaligus menjadikan beliau wanita pertama menerima pengiktirafan besar itu.
Hadir menyaksikan majlis angkat sumpah berkenaan ialah Peguam Negara Tommy Thomas, wakil Bar Malaysia, Roger Chan dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop.
Tan Sri Zaharah dilahirkan di Johor Bahru pada 17 November 1952 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru. Beliau kemudian menyambung pengajian di Universiti Malaya dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang.
Kerjaya beliau dalam bidang perundangan bermula pada 26 April 1977 sebagai Pegawai Undang-undang (Sangkut) sebelum dilantik dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Majistret Melaka Tengah dan Majistret Litar di Alor Gajah, Jasin, Masjid Tanah dan Merlimau.
Selain itu beliau juga menjawat jawatan Penolong Kanan Penggubal Undang-undang Parlimen dari 1 Januari 1981 hingga 15 Februari 1992 di Seksyen Bahasa Melayu dan Bahasa Kebangsaan di Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.
Tan Sri Zaharah kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Jabatan Harta Intelek di Bahagian Harta Intelek Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 16 Februari hingga 15 Julai 1992. Beliau seterusnya menjadi Timbalan Penggubal Undang-undang Parlimen (ll) pada 16 Julai 1992 hingga 31 Mac 1994 sebelum dilantik Penasihat Undang-undang Negeri Selangor.
Sementara itu pada 1 Ogos 1996 beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya dan memulakan perkhidmatan sebagai hakim mahkamah atasan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam. Terdahulu, Tan Sri Zaharah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 14 April 2010 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 16 Februari 2015.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada 10 September baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita gembira apabila pelawak dan pengacara tersohor tanahair, Nabil Ahmad memuat naik status “Alhamdulillah, dah lekat.” di Instagram sekaligus mengesahkan isterinya, Zira Ayub hamil anak ketiga.
Pasangan bahagia ini sudah pun memiliki dua anak perempuan yang cukup comel iaitu Naera Mikayla (7 tahun) dan Leyla Medyna (4 tahun). Selain mengharapkan kandungan Zira sihat dan selamat, pastinya ramai yang mendoakan agar kali ini pasangan ini dikurniakan seorang hero pula.
“Alhamdulillah pengalaman hamil kali ini dipermudahkan seperti mana pengalaman mengandungkan Naera Mikayla dan Leyla Medyna sebelum ini. Trimester pertama pun berjaya dilalui dengan tanpa sebarang alergik.
Cuma pada trimester pertama hari tu saja saya alah kepada bau sabun. Masuk trimester kedua sekarang ini semuanya kembali normal. Bayi dalam kandungan pun baik-baik saja, alhamdulillah.
Sepanjang kehamilan juga saya sentiasa aktif dan hari-hari yang dilalui juga penuh dengan kegembiraan. Anak-anak sentiasa menceriakan saya dengan keletah mereka jika suami sibuk bekerja,” kongsi Zira yang juga pengasas kepada Zira Eye Kit.
TAK KISAH JANTINA
“Kami sebenarnya tak kisah jantina untuk anak kali ni. Apa yang penting sihat dan cukup sifatnya. Kalau boleh kami nak surprise kali ni. Saja untuk suka-suka. Boy or girl tak kisah janji sihat dan selamat kami dah bersyukur sangat-sangat.
Saya juga berharap agar detik kelahiran kelak pun akan dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.
Suami sekarang lebih alert dengan semua perkara. Lagi-lagi berkenaan dengan isu anak-anak. Jiwanya mudah sensitif. Semua perkara perlu dititikberatkan kalau berkaitan dengan anak-anak. Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab.
Kalau suami sibuk we always keep in touch sama ada melalui pesanan ringkas, video call atau berkongsi gambar anak-anak untuk mengubat rindu. Selepas pulang kerja barulah kami habiskan masa bersama antaranya menonton TV, bersembang tentang isu-isu semasa dan sebagainya,” ungkap Zira yang suatu ketika dulu pernah bertugas di awan biru.
RAHSIA BAHAGIA
“Kami sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain. Antaranya ialah banyak berbincang tentang masa depan keluarga. Plan something big for the family contohnya buat bisnes atau rumah bersama, atau mencari ruang waktu yang sesuai untuk pergi bercuti bersama.
Secara tak langsung hubungan suami isteri menjadi lebih intim. Bagi saya itu salah satu cara bagaimana saya dan Nabil dapat mengeratkan hubungan walaupun salah seorang sibuk dengan kerjaya. Banyakkan berbincang tentang perkara-perkara yang melibatkan hal bersama,” jelas Zira.
Kredit: Instagram Zira Ayub & Nabilzira
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sudah lama meninggalkan persada seni tanah air tetapi sebutir bintang yang bernama Mazuin Hamzah ini tetap meniti di bibir peminatnya. Kejelitaan penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M ini di zaman kegemilangannya menjadi bualan ramai.
Persahabatan di antara Mazuin Hamzah yang kini berusia 55 tahun dengan penyanyi Salwa Abd Rahman bukan suatu perkara baharu. Sahabat baik ini sudah mula kenal sejak mereka bergiat aktif di pentas Mekar Sejambak, program terbitan RTM yang popular suatu ketika dahulu.
Walaupun jarak memisahkan hubungan persahabatan Mazuin Hamzah dan Salwa namun bukan bermakna kedua-dua penyanyi jelita ini terputus hubungan.
Ketika ditanya bagaimana hubungan baik mereka berkekalan sehingga kini, jawab Salwa, “Kami masih berhubung. Kami berdua selalu jumpa bila saya ada undangan persembahan Diraja Brunei. Mazuin ada bersama anak-anaknya,” tutur Salwa yang kini berusia 54 tahun serta sering mendapat undangan nyanyian oleh keluarga Diraja Brunei.
Hubungan baik di antara sahabat sama juga seperti bercinta. Tentu ada ‘spark‘ yang membuatkan best friend forever ini boleh kekal sehingga puluhan tahun. Jawab Salwa, “Mazuin merupakan idola saya.
Saya suka dengan kecantikan dan aura yang ada pada Mazuin. Cara dia berpakaian, pergaulan dan sifatnya yang lemah lembut. Peminat akhirnya menjadi kawan,” jelas Salwa bila ditanya tentang keistimewaan hubungan mereka berdua.
Kalau dah nama sahabat mesti banyak perkara yang diketahui oleh Salwa tentang Mazuin Hamzah. Cuba mengorek petua awet muda Mazuin Hamzah melalui sahabat baiknya, Salwa, “Mazuin ni susah sikit. Dia bukan jenis yang suka bercerita. Dia sangat privacy!
Tapi saya tahu dia selalu exercise. Ada hari dia makan pulun habis, dalam seminggu. Ada hari dia swimming, badminton dan aktiviti lasak juga. Nampak je lembut tapi hati cekal. Semua demi anak-anak,” ungkap isteri kepada mantan pemain bola sepak negara, Subadron Abdul Aziz ini.
Menurut Salwa, Mazuin bahagia di samping tiga orang cahaya matanya. Beliau memiliki dua puteri dan seorang putera. Yang Amat Mulia Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raafiah Amalul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Khaaliq.
Foto: Koleksi Salwa Abd Rahman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!