Siapa yang tak kenal dengan pelakon terkenal dan hebat Bollywood, Shah Rukh Khan. Filem-filem lakonannya dari dahulu hingga kini kekal malar segar dan menjadi kegemaran, baik peminat dari usia muda hinggalah tua. Dan baru-baru ini, Shah Rukh Khan menjadi buah mulut netizen apabila melihat gambar dia menayang otot badannya sehingga menyebabkan ramai orang terutamanya peminat tidak keruan.
Apatah lagi melihat usianya yang sudah 57 tahun, suami kepada Gauri Khan ini kekal tampak muda dan masih mampu untuk menayang fizikalnnya untuk tatapan umum. Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Shah Rukh Khan di laman Instagramnya, kelihatan dia sedang duduk di sebuah sofa tanpa berbaju telah meraih perhatian netizen.
Ads
Gambar yang tular ini dipercayai material pemasaran untuk filem terbarunya, Jawan yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan yang turun dibintangi Deepika Padukone. Namun, menurut sumber, Shah Rukh Khan mengakui tidak begitu selesa dengan penampilannya seperti itu dan terpaksa melakukannya atas sebab urusan kerja.
Ads
Ads
Pun begitu, perkongsian hantaran tersebut mendapat pujian daripada netizen dan rakan artis mengagumi komitmen bintang legenda itu yang sememangnya seorang yang sentiasa menjaga kesihatan meskipun usianya sudah 56 tahun dan walaupun tidak terlibat dengan mana-mana projek.
Untuk makluman, Shah Rukh Khan dan isteri Gauri Khan sudah mendirikan rumahtangga selama 31 tahun, dan mereka sudah memiliki 3 anak iaitu Aryan, Suhana dan AbRam Khan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dengan sekali lafaz, pelakon, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, 36, sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated, Ahmed Faris Amir, 34, pada majlis tertutup di sebuah premis acara kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara merangkap Penolong Pendaftar Nikah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee berwalikan bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.
Pada majlis berkonsep rona putih dihadiri 200 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.
Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Antara rakan yang hadir adalah Vanidah Imran, Bront Palarae, Iedil Dzuhrie Alaudin, Nadia Aqilah, Nadiya Nisaa, Sherry Alhadad dan Sangeeta Krishnasamy.
Anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Tangsi Tujuh dan ditata rias adik bongsu, Sharifah Aryana, Sharifah Amani yang mesra disapa Nani, bersyukur perancangan hari bahagia sejak beberapa bulan lalu, lancar.
“Alhamdulillah, di sebalik ujian pandemik COVID-19 melanda dunia sejak dua tahun lalu, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.
“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah.
“Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami. Insya-Allah,” kata anak kepada pelakon dan guru lakon, Fatimah Abu Bakar ini.
Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini mula bertemu tiga tahun lalu ketika Sharifah Amani memikul tugas sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah organisasi diketuai Ahmed Faris.
“Bagaimanapun, tiga tahun lalu, kami bekerja atas paksi profesional. Belum ada rasa cinta.
“Dipendekkan cerita, selepas COVID-19, masing-masing solo. Cinta bertandang tanpa diduga hingga akhirnya kami diizinkan bertemu jodoh,” katanya.
Mengenai peribadi suami, Sharifah Amani tertawan dengan kebijaksanaan Ahmed Faris.
“Suami tangkas dalam setiap gerak-geri. Dia pandai dan bijak mengambil hati saya.
“Malah, pada masa sama, suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur. Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang ‘sempoi’ dan terbaik,” katanya.
Mengenai bulan madu, pasangan ini belum merancang dan ditanya soal zuriat, Sharifah Amani dan suami tidak menolak rezeki andai dikurniakan cahaya mata pengikat kasih.
“Kami hendak selesaikan proses berpindah rumah selepas berkahwin. Kemudian, baik saya mahu pun suami, masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.
“Mungkin apabila selesai kerja dan suami dapat cuti, kami boleh fikir perancangan spontan menghabiskan masa berdua. Kalau okay pun, mungkin akhir tahun ini,” katanya.
Sementara itu, Ahmed Faris cukup menyenangi peribadi dan karakter isterinya.
“Isteri sangat baik hati, pemurah dan penyayang,” katanya.
Malam ini, Ahmed Faris dan Sharifah Amani diraikan pada majlis resepsi di lokasi sama.
Jun lalu, Sharifah Amani yang meraih trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-19 melalui filem Gubra pada 2006, bertunang dengan Ahmed Faris.
Melalui hantaran Instagram (IG), Sharifah Amani berkongsi foto memaparkan cincin di jari manis dan kelibat jejaka dipercayai tunang di belakang.
Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan sampai syurga!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengambil latar kehidupan penghuni rumah pangsa yang sebenar dan realiti anak rantau bekerja di negeri orang, Nu Ideaktiv memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini dengan sebuah filem pendek Raya berjudul PANGSA buat julung kalinya.
Dengan membawa mesej utama mengenai kepentingan silaturahim di dalam komuniti walau berbeza budaya, bangsa dan agama, topik ini jujurnya begitu dekat dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Filem pendek Raya ini mengisahkan bagaimana Amir yang berasal dari Sarawak, hidup di perantauan dan menyewa di sebuah unit rumah ‘PANGSA’, di Semenanjung Malaysia.
PANGSA, bermaksud petak, atau bahagian bahagian di dalam buah buahan, atau ruang kediaman, boleh membawa pelbagai interpretasi mengikut naratif yang mahu diceritakan.
Watak Amir yang dibintangi oleh Ideen Azman, menceritakan bagaimana seorang pemuda yang pendiam, dan sentiasa bersendirian, tinggal di rumah pangsa yang dihuni oleh sebuah komuniti majmuk yang mengambil berat tentang satu sama lain, dengan cara dan keunikan sifat yang tersendiri.
Mula ditayangkan pada 14 April 2023 lalu, tonton filem PANGSA di bawah ni…
Di pengakhiran filem pendek ini, Amir akhirnya sedar akan kepentingan untuk ber-Silaturahim, dan merapatkan jurang di dalam komuniti.
Menurut Ketua Unit Penyelidikan, Pembangunan dan Kandungan Strategik Nu Ideaktiv Sdn Bhd, yang juga merupakan Pengarah Lakonlayar PANGSA, jalan cerita filem pendek ini tampak mudah dan selari, namun ianya tidaklah selurus yang disangka.
“PANGSA membawa segumpal rasa yang mempunyai banyak percikan warna dan emosi di dalamnya. Bagaimana di dalam sebuah ruang, terdapat banyak rasa yang terkumpul dan bagaimana pula di celahan keriuhan itu, wujud sifat emosi yang bungkam, yang hanya mahu teruskan kehidupan berseorangan, dan kalau boleh, tidak mahu ber-Silaturahim, namun, tetap diraikan.
Filem pendek ini juga memaparkan isu yang begitu dekat dengan generasi muda kini, terutamanya setelah kita melalui fasa COVID-19. Ramai orang lebih memilih untuk bersendiri dan tidak berkongsi rasa dan kesukaran hidup dengan orang lain dan sejurus itu membawa kepada pelbagai masalah kesihatan mental yang lain.
Selain itu, kami juga sebaik mungkin cuba lakarkan kecantikan dan kehalusan peribadi budaya kaum lain yang sudah lama hidup harmoni dan penuh dengan sifat toleransi bersama sama. Saya berharap agar penonton dapat mengupas nilai-nilai murni yang kami terapkan di dalam filem pendek ini.” Che’ Az
PANGSA turut menyentuh isu dalaman individu yang berpotensi untuk membawa kepada masalah kesihatan mental lain seperti, kemurungan, keresahan (anxiety), dan kejanggalan untuk bergaul dengan masyarakat.
“Di dalam filem pendek ini, kita tonjolkan karakter Amir sebagai seorang yang introvert iaitu pendiam, pemalu dan tidak bergaul dengan jiran tetangganya. Amir cuba untuk menghadkan pergaulan dan perbualannya dengan jiran jiran lain, dan hanya buat hal sendiri sahaja.
Namun, tanpa Amir sedari, sebenarnya mereka ini (jiran tetangga), amat prihatin akan keadaan Amir yang berjauhan dari keluarga dan cuba untuk mengisi kekosongan itu. Menariknya di dalam filem ini, kita boleh lihat bagaimana kepentingan Silaturahim dapat mewarnai kehidupan Amir yang dulunya sunyi dan sentiasa bersendirian.
Saya juga ingin menekankan bahawa inilah yang menjadi tunjang kami di Nu Ideaktiv, kami ingin memberi inspirasi yang membina komuniti melalui program, mahupun kandungan portal yang positif dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat, meliputi seluruh Nusantara.” Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohamed Fahim
Filem pendek arahan bersama, Zuhdee Zaid dan Che’AZ ini, secara keseluruhannya digarap dengan menyelitkan nilai-nilai murni yang sarat dengan emosi yang menterjemahkan kepentingan cakna dengan keadaan sekeliling dan betapa pentingnya menjaga dan mengeratkan silaturahim di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Silaturahim itu mendekatkan yang jauh, menumbuhkan rasa kecintaan di dalam hati, bertamu di mata, dan selamanya di jiwa. Jangan lupa tonton dan rasai sendiri kehangatan emosi di dalam filem pendek Raya PANGSA ini.
*************** Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
***************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syukur alhamdulillah, tanggal 15 Februari 2022 merakam satu lagi sejarah indah buat ‘The Pocket Rocketman’, Datuk Muhammad Azizulhasni Awang apabila selamat menyambut kelahiran anak ketiganya.
Berita tersebut disampaikan sendiri oleh jaguh berbasikal trek negara itu melalui media sosialnya, sejurus kelahiran si comel.
Turut dikongsikan status kesihatan isteri tercinta, Datin Athiah Ilyana Abd Samat yang dalam keadaan sihat selepas melahirkan.
14 Rejab 1443H 15 February 2022
Alhamdulillah syukur.
Isteri saya selamat melahirkan cahaya mata ketiga kami pada awal siang tadi. Kedua-dua ibu dan bayi sihat walafiat dan berada di dalam keadaan yang terbaik.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.
Sehingga kini Datuk Azizul belum lagi berkongsi nama dan jantina bayi.
Terdahulu pada 30 Januari 2022 lalu, pasangan ini juga baru menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12.
Berusia 34 tahun, lelaki kebanggaan Malaysia yang sedang menetap di Melbourne, Australia itu kerap mengemas kini perkembangan diri serta latihannya di sana.
Hasil perkongsian hidup Datuk Azizul dan isteri, mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata termasuk dua anak perempuan, Amna Maryam dan Amna Khadeeja.
Antara pencapaian terkini wira sukan kelahiran Dungun, Terengganu itu adalah meraih pingat perak Olimpik dalam acara Keirin di Tokyo 2020.
Tahniah Datuk Azizul dan Datin Tya! Semoga kehidupan bertambah seri dengan kelahiran anak ketiga!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.