Siapa yang tak mengenali pasangan Hollywood sensasi, Jennifer Lopez dan Ben Affleck yang baru saja mendirikan rumahtangga tahun lepas.
Dikenali sebagai seorang selebriti yang cukup rajin bekerja dan sangat disiplin terutama sekali bab menjaga kesihatan dan penampilan, Ben Affleck mendedahkan sesuatu yang ‘mengejutkan’ tentang pola diet isteri kesayangannya.
Menerusi satu sesi tembual virtual dalam rancangan “The Drew Barrymore Show”, Ben berkongsi rutin diet Jennifer yang dianggap ‘pelik’ kepada Drew apabila disoalnya. Ujar Ben, dari segi pemakanan isterinya itu akan makan apa saja tanpa perlu berjaga-jaga.
Ads
“Jennifer seperti seorang superhero. Jennifer makan apa sahaja yang dia mahu; biskut, aiskrim, semuanya. Dia bersenam. Maksud saya, saya juga bersenam, tetapi saya langsung tak nampak seperti 20 tahun, anda tahu maksud saya?
Jennifer sememangnya cukup disiplin bila berkaitan etika kerja. “Etika kerja dan disiplinya sangat ketara. Dia wanita paling cantik di dunia, dia seorang yang sangat hebat.”
Ads
Ads
Sebagai tindak balas kepada pujian manis Affleck terhadap isterinya, Drew Barrymore kelihatan terpinga-pinga di kerusinya. “Inilah contoh lelaki yang menghargai wanita,” katanya.
Jennifer dilaporkan mempunyai dua orang jurulatih peribadi – yang memastikan dia mengikuti rutin senaman yang sesuai dengan gaya hidupnya yang sibuk. “Jennifer banyak melakukan senaman jalan kaki platipus juga dikenali sebagai sumo walking squat. Ia bagus untuk bahagian dalam paha dan punggungnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
19 April depan, genap setahun usia perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra di samping isteri tercinta, Yang Amat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson. Mengimbas kembali detik bersejarah tersebut, pasangan diraja ini telah melangsungkan majlis pernikahan pada Jumaat malam, 19 April 2019 dalam suasana ringkas tetapi meriah yang diadakan secara tertutup di Istana Balai Besar Kota Bahru, Kelantan.
Che Puan Sofie meskipun bukan berasal dari Malaysia dan menjalani perbezaan budaya sebelum bergelar suri hati kepada YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, namun beliau dilihat bijak menyesuaikan diri. Malah, biarpun belum sampai setahun menjadi keluarga diraja… penampilan dan kemunculan Che Puan Sofie telah disedari ramai bukan hanya dalam kalangan rakyat Kelantan bahkan seluruh rakyat Malaysia.
Ini kerana penampilan yang digayakan Che Puan Sofie cukup sopan dan manis dipandang. Masih terbayang kelibat wanita kelahiran Sweden ini yang muncul di khalayak buat pertama kalinya ketika mengikuti Tengku Muhammad Fa-iz Petra mengunjungi rakyat Kelantan yang terlantar sakit dan kurang bernasib baik. Waktu itu, Che Puan Sofie baru empat hari bergelar isteri. Lebih manis, penampilan sopannya menggayakan persalinan tradisional baju kurung biru dan berselendang polos warna senada berjaya mencuri perhatian ramai.
Begitu juga ketika Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang menyaksikan Che Puan Sofie hadir bersama Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Setia berada di sisi suami tercinta, beliau kelihatan cukup anggun dalam persalinan kebaya labuh songket dan selendang kuning. Pada sebelah malam pula ketika Majlis Santapan Diraja, Che Puan Sofie menggayakan baju kurung emerald green yang digandingkan dengan selendang rona senada.
Apa yang pasti, Che Puan Sofie bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik semata-mata. Sebaliknya, beliau juga seorang wanita yang tidak kekok bertemu masyarakat, aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, ligat di dapur, gemar berbasikal dan pandai menjahit. Wah, memang beruntung Tengku Mahkota Kelantan!
Menerusi perkongsian Che Puan Sofie di laman media sosial miliknya, terserlah bakat menjahit beliau. Istimewanya, mesin jahit yang digunakan adalah pemberian Raja Perempuan Kelantan, YMM Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid.
Pada bulan Ramadan lalu pula, Che Puan Sofie menyantuni orang ramai semasa jualan amal ‘meat ball’ dan ‘cinnamon bun’ hasil air tangannya sendiri di bazar Ramadan di Kota Bharu. Difahamkan beliau menggunakan sebanyak 7 kilogram daging untuk jualan ‘meat ball’ berkenaan selain tidak melepaskan peluang menyediakan juadah berbuka buat suami tercinta.
Sekitar Februari lalu, Che Puan Sofie mengenakan persalinan kurung moden berwarna biru ketika membuat kunjungan ke Sabah dan melawat Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Di sana, beliau berkesempatan melawat kelas pengajian Al-Quran bagi golongan kanak-kanak istimewa. Selain itu, Che Puan Sofie turut melawat Muzium Sabah dan mempelajari budaya serta sosioekonomi masyarakat di Negeri Di Bawah Bayu. Awal Mac lepas, beliau membuat kunjungan ke tempat pembuatan songket dan wau di Kelantan.
Semoga Allah SWT memelihara rumah tangga Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Sofie menjelang ulang tahun perkahwinan pertama tidak lama lagi.
Sumber: Instagram Che Puan Sofie Louise Johansson
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru 10 minit bersenam, dah terus makan nasi lemak atau roti canai dengan teh tarik. Lagi sedap makan kalau makan dengan geng sekepala. Akhirnya masing-masing pun timbullah rasa bersalah kerana makan selepas penat berhempas pulas bersenam.
Persoalannya, adakah benar makan setelah bersenam akan membuat tubuh bertambah gemuk dan senaman menjadi sia-sia?
Sebenarnya makan setelah bersenam amat penting kerana dapat membantu tubuh menerima nutrien yang betul dan membantu menghasilkan otot protein dan penyimpanan glikogen. Sumber nutrisi ini juga membantu merangsang penghasilan otot baru.
Pentingnya makan selepas bersenam
Selepas bersenam, tubuh boleh mengalami keletihan dan gula dalam darah menurun. Tanpa kemasukan nutrisi juga menghalang proses pembaikan otot dalam badan. Jika secara rutin mengelak makan selepas melakukan senaman, ia akan menjadi lebih sukar untuk mencapai matlamat kecergasan tubuh badan anda.
Berikut adalah tip pemakanan selepas bersenam
(a) Pastikan anda makan sesuatu
Badan anda baru saja menggunakan tenaga yang diperlukan untuk mencapai kapasiti yang maksimum. Seeloknya, ambil snek dalam masa 20 minit sebelum daripada latihan senaman dan kemudian makan makanan yang seimbang 3 jam hingga 4 jam selepas senaman.
(b) Tambahkan dengan karbohidrat dan protein
Semasa bersenam, tenaga telah digunakan daripada glikogen dan memberi kesan kepada otot. Oleh itu, hidangan selepas senaman adalah penting dan anda perlu mengambil makanan yang tinggi dalam karbohidrat kompleks seperti roti bijirin penuh, oat, quinoa dan ditambahkan dengan protein yang sihat seperti tofu, ikan dan sebagainya.
(c) Jangan berlebihan
Pengambilan snek selepas bersenam adalah sangat mudah tetapi perlu berhati-hati dengan kandungan kalori makanan tersebut. Ini kerana kemungkinan kalori makanan tersebut adalah lebih tinggi daripada kalori yang telah dibakar melalui senaman. Cuba untuk menyimpan snek selepas latihan anda sekitar 150 kalori seperti 1 gelas jus epal, dan makan pasca kerja anda di bawah 500 kalori seperti sandwic tuna.
(d) Hidrasi dengan segera
Minum air secukupnya selepas bersenam. Mendapatkan air secukupnya selepas latihan bergantung kepada banyak faktor, iaitu panjang dan intensiti latihan, keadaan persekitaran, dan fisiologi individu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan artis wanita era 80an Azian Mazwan Sapuwan yang popular dengan lagu berjudul Rumah Kecil Tiang Seribu dan Erti Budi. Wanita yang memiliki susuk tubuh persis anak dara ini sebenarnya ibu kepada 7 orang anak dan berusia 46 tahun.
Selain mengekalkan bentuk badan, Azian yang berketinggian 154 cm ini juga berjaya memiliki saiz pinggang idaman ramai wanita iaitu 27 inci dengan berat 49 kg. Mempunyai berat badan yang sukar naik juga adalah satu kelebihan buat Azian. Kagumnya!
Ketika penulis berbual santai bersama Azian dalam satu sesi fotografi, Azian sempat berkongsi 10 rahsia cantik dan sihat yang diamalkan. Mudah rupanya! Tapi syaratnya perlu konsisten ya.
10 RAHSIA CANTIK & SIHAT AZIAN MAZWAN SAPUWAN
Selain bergelar penyanyi, Azian juga kini merupakan Penolong Akauntan di Jabatan Akauntan Negara sejak 10 tahun lalu. Sebelum ini Azian pernah bertugas dalam sektor swasta selama 13 tahun dalam bidang yang sama. Minatnya terhadap bidang nyanyian adalah sejak usia 11 tahun dan mula serius selepas menyertai pertandingan Bintang RTM 1986.
Kredit Foto: Instagram Azian Mazwan Sapuwan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.