“Dia Superhuman, Makan Apa Saja Tetap Nampak 20-An..” Ben Affleck Dedah Diet Magis JENNIFER LOPEZ Tak Semua Tahu

Siapa yang tak mengenali pasangan Hollywood sensasi, Jennifer Lopez dan Ben Affleck yang baru saja mendirikan rumahtangga tahun lepas.

Dikenali sebagai seorang selebriti yang cukup rajin bekerja dan sangat disiplin terutama sekali bab menjaga kesihatan dan penampilan, Ben Affleck mendedahkan sesuatu yang ‘mengejutkan’ tentang pola diet isteri kesayangannya.

Menerusi satu sesi tembual virtual dalam rancangan “The Drew Barrymore Show”, Ben berkongsi rutin diet Jennifer yang dianggap ‘pelik’ kepada Drew apabila disoalnya. Ujar Ben, dari segi pemakanan isterinya itu akan makan apa saja tanpa perlu berjaga-jaga.

“Jennifer seperti seorang superhero. Jennifer makan apa sahaja yang dia mahu; biskut, aiskrim, semuanya. Dia bersenam. Maksud saya, saya juga bersenam, tetapi saya langsung tak nampak seperti 20 tahun, anda tahu maksud saya?

Jennifer sememangnya cukup disiplin bila berkaitan etika kerja. “Etika kerja dan disiplinya sangat ketara. Dia wanita paling cantik di dunia, dia seorang yang sangat hebat.”

Sebagai tindak balas kepada pujian manis Affleck terhadap isterinya, Drew Barrymore kelihatan terpinga-pinga di kerusinya. “Inilah contoh lelaki yang menghargai wanita,” katanya.

Jennifer dilaporkan mempunyai dua orang jurulatih peribadi – yang memastikan dia mengikuti rutin senaman yang sesuai dengan gaya hidupnya yang sibuk. “Jennifer banyak melakukan senaman jalan kaki platipus juga dikenali sebagai sumo walking squat

. Ia bagus untuk bahagian dalam paha dan punggungnya.

 

IKLAN
Share