Ads

Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Pengembangan, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Cergas Usia 74 & Jadi Inspirasi!

Dato' Dr Fadzilah Kamsah, Pakar Motivasi Terkenal
Dato' Dr Fadzilah Kamsah, Pakar Motivasi Terkenal

Lama tak dengar khabar pakar motivasi popular ini. Nama Dato’ Dr Fadzilah Kamsah tidak lagi asing dalam dunia motivasi. Kepetahan dan ilmu figura ini menyampaikan ceramah dengan gaya tersendiri sekitar era 90an masih ‘melekat’ di jiwa penonton hingga ke hari ini.

Orangnya bukan saja berpendidikan tinggi, tetapi juga kaya dengan senyuman. Tak dinafikan, Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah antara individu terawal menceburi arena ini sebelum kemunculan ‘sifu’ atau penceramah motivasi sekarang.

Artikel https://www.nona.my/kembali-jadi-penuntut-universiti-datuk-shalin-zulkifli-ikuti-program-dream-together-master-di-seoul/

Aura Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Pengembangan, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Cergas Usia 74 & Jadi Inspirasi! Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Pengembangan, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Cergas Usia 74 & Jadi Inspirasi! Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Pengembangan, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Cergas Usia 74 & Jadi Inspirasi!

Sekitar tahun 90an, wajah personaliti ini sering menghiasi segmen motivasi di kaca televisyen, radio dan di dada akhbar.

Ads

Ke mana saja pergi, ramai yang mengenali Dato’ Dr Fadzilah yang sinonim dengan kata-kata semangat dan positif khususnya berkaitan kehidupan. Antaranya mengenai pembelajaran, kekeluargaan, keibubapaan, penceraian, perkahwinan, kerjaya dan anak-anak. Dia juga merupakan seorang penulis.

Menerusi perkongsian anak lelakinya iaitu Syakir, Dato’ Dr Fadzilah menerima pengiktirafan akademik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada November tahun lalu.

Kongsi Syakir, “Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Tahniah abah atas anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Pengembangan daripada Universiti Putra Malaysia. You are forever our hero. We’re proud of you.”

Ads

Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Pengembangan, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Cergas Usia 74 & Jadi Inspirasi! Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Pengembangan, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Cergas Usia 74 & Jadi Inspirasi! Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Pengembangan, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Cergas Usia 74 & Jadi Inspirasi!

Berkongsi momen itu, Dato’ Dr Fadzilah yang mengenakan jubah warna hijau menerima penganugerahan itu daripada Canselor UPM iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Meniti Usia 75 Tahun

16 Julai nanti, Dato’ Dr Fadzilah bakal mencecah usia 75 tahun. Menginjak usia emas, dia yang dilahirkan di Klang, Selangor bersyukur kerana dikurniakan kesihatan
yang baik dan minda yang cerdas.

Ads

Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Pengembangan, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Cergas Usia 74 & Jadi Inspirasi! Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Pengembangan, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Cergas Usia 74 & Jadi Inspirasi! Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Pengembangan, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Cergas Usia 74 & Jadi Inspirasi! Dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Pengembangan, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Cergas Usia 74 & Jadi Inspirasi!

Individu berpengaruh ini dilaporkan turut memiliki pendidikan Doktor Falsafah Organization Communication dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat; Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartananan; Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian di Universiti Malaya dan pelajar tebaik Fakulti Sains Universiti Malaya (UM).

Bekas pensyarah ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Dr Sharifah Md Nor dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurhidayah, Muhammad Syakir dan Muhammad Shazwan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Genervie Kam Bahagia 9 Tahun Jadi Isteri Hazama

Genervie Kam Belajar Rendahkan Ego Dalam Perkahwinan, Akui Bahagia & Tolak...

Bukan mudah bagi seorang wanita yang memiliki personaliti ‘kuat’, berdikari dan terbiasa menjadi pemimpin untuk merendahkan ego mereka apabila sudah berumah tangga. Namun Genervie Kam membuktikan tindakan itu tersebut tidak sia-sia dan lebih manis, usaha berkenaan membuatkan perkahwinan yang dibina bersama Hazama bertambah harmoni dan bahagia.