
Sejak rakyat Amerika Syarikat menerima Presiden yang ke-46, seluruh kehidupan keluarga Joe Biden menjadi tumpuan dunia termasuk anak perempuannya, Ashley Blazer Biden. Sekali imbas, wajah dan penampilan Ashley Biden ini persis isteri kesayangan kepada Putera Harry iaitu Meghan Markle.

Wanita yang berusia 39 tahun ini merupakan satu-satunya anak hasil perkongsian hidup di antara Presiden Amerika Syarikat dan First Lady of the United States ini melalui perkahwinan kedua masing-masing. Ashley Biden mempunyai dua adik-beradik tiri iaitu Beau dan Hunter.


Ashley Biden merupakan graduan Tulane University dengan lulusan Antropologi. Mengikut jejak langkah ibunya yang mengasaskan badan kebajikan ‘Biden Breast Health Initiative’ dan pengasas bersama Book Buddies program, Ashley juga mempunyai minat yang sama. Wanita yang lahir pada 8 June 1981 ini pernah bekerja di Pusat Kebajikan Kanak-kanak dan kemudian beralih ke Deleware Department of Social Services.


Pada tahun 2012 Ashley Biden telah mengikat ikatan perkahwinan dengan seorang Doktor, Howard Krein. Pasangan sama cantik dan sama padan ini telah diperkenalkan oleh mendiang abang tirinya, Beau Biden.
Wanita dan fesyen memang tak dapat dipisahkan. Selain memiliki wajah yang cantik, Ashley juga mempunyai cita rasa yang tinggi dalam fesyen. Wanita ini mempunyai jenama pakaian sendiri iaitu Livelihood.

Walaupun Ashley Biden ini sering menemani kedua ibu dan bapanya berkempen dan menjalankan tugas sebagai seorang presiden namun, wanita yang dilahirkan di Willmington, Delaware ini tidak mendedahkan kehidupannya di media sosial. “Media sosial sangat kejam dan kerana itu saya mengekalkan akaun Instagram kepada peribadi (private),” kata Ashley Biden kepada NBC dalam sebuah temu bualnya.
Seronoknya pilih barangan penjagaan diri di sini.
Terhibur Gelagat 3 Sahabat Selebriti Ini, Dah Berjaya & Ada Keluarga Masih Pergi Cuti Bersama!

Seronok tengok keakraban dan hubungan tiga sahabat selebriti iaitu Sheila Rusly, Maria Tunku Sabri dan Sharifah Shahora. Dalam usia mencecah 50an, mereka sentiasa tampil ceria dan menghargai persahabatan yang terjalin.
Malah, walau ketiga-tiganya sudah pun berkeluarga, popular dan berjaya namun tetap pergi bercuti bersama dan menyokong di antara satu sama lain.
Menjengah media sosial Maria Tunku Sabri, bekas personaliti TV3 tersebut baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-53 pada awal Ogos lalu.
Seperti kebiasaan, penerbit popular iaitu Sheila Rusly dan aktres Sharifah Shahora meraikan hari lahir sahabat tersayang.


Maria yang sinonim dengan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) memuat naik video mereka meraikan hari lahir tersebut sambil berkaraoke. Kongsinya, “You guys never fail to entertain me every time girls (kami feeling remaja). Love you both with all my heart.
Kawan masuk air dua orang ni, kawan bercerita dua orang ni, kawan cerita bab agama yang kiri, kawan kaki buat lawak yang kanan, kawan kaki provoke yang kanan. Saya? Semua di atas kecuali provoke itu profesion SS.”
Bahkan pada bulan Ramadan lepas, mereka berkumpul berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih berjemaah di samping keluarga masing-masing.




Melihat kemesraan dan hubungan rapat Sheila, Shahora dan Maria ini pasti menggamit momen bersama sahabat karib sewaktu zaman remaja.
Beruntung ada sahabat yang ada bersama-sama pada waktu susah mahupun senang.
18 September nanti, Sheila Rusly cecah usia 52 tahun. Manakala Sharifah Shahora pula menginjak umur 48 tahun pada 21 September depan.
Moga hubungan baik yang terjalin di antara tiga sahabat selebriti popular ini berkekalan hingga ke syurga.
“Terima Kasih Allah Atas Bahagia Ini,” Sheera Iskandar Makin Jelita & Syukur Dikurnia Anak!

Tumpang gembira tengok rumah tangga Sheera Iskandar. Makin diulit bahagia di samping suami tercinta, perkahwinan yang dibina dua tahun lalu lebih bermakna sejak kehadiran zuriat perempuan sulung iaitu Puteri Long Harissa. MasyaAllah, comel sangat anak Shera.
Memiliki sepasang mata bundar dan hidung mancung, ramai memuji kecomelan anak selebriti ini. Makin membesar sihat dan aktif, bayi perempuan ini genap berusia setahun pada 22 Mei lalu.
Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra selamat melahirkan cahaya mata perempuan tersebut pada usia 37 tahun pada 22 Mei 2022 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Difahamkan, bayi Sheera dan suaminya iaitu Mohd Halim Abdul Gani ini pernah ditahan di wad hospital hampir sebulan atas faktor kesihatan. Namun kini Harissa makin sihat dan manja. Alhamdulillah!





Sejak berkahwin dan bergelar ibu, tidak dinafikan anak kepada pelakon jelita veteran, Aznah Hamid ini kian matang dan makin berseri-seri.
Berkongsi aktiviti terkini dan momen indah bersama keluarga di media sosial, Sheera meluahkan rasa bahagia dan syukur dikurniakan seorang suami yang baik serta anak sebagai penyeri rumah tangga.
“Terima kasih Allah atas bahagia ini,” tulisnya.
Difahamkan Sheera turut dalam perancangan baharu produk kecantikan miliknya iaitu ‘Tomasoap’. Bagaimana pun butiran lanjut mengenai produk berkenaan belum dikongsikan kepada umum.





Dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulul, Sheera memberitahu dia kini mementingkan kesihatan diri apatah lagi dengan usia yang kian meningkat.
Dedahnya, dia pernah menjalani pembedahan membuang cyst di ovari. Hasil pembedahan itu doktor mendapati Sheera turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS.
“Doktor kata faktor penyakit ini adalah daripada keturunan dan genetik diabetic. Bila dah berumah tangga ni, lagi saya kena jaga. Sebelum bedah, bahagian yang ada cyst tu timbul tapi sekarang dah susut.




Waktu saya kena bedah kalau tak silap tahun 2015. Masa tu saja pergi buat medical check up memandangkan umur pun dah lebih 30 tahun.
Start dari situ, saya jaga pemakanan dan elakkan makanan yang boleh aktifkan cyst tu balik. Alhamdulillah, kahwin ada rezeki dapat mengandung semula jadi tanpa apa-apa rawatan kesuburan.
Yang penting kena tahu keadaan badan macam mana. Jaga pemakanan itu penting. Sebelum kahwin lagi memang saya dah amalkan pengambilan folic acid dan fish oil.”
Semoga rumah tangga Sheera dan suami sentiasa berada dalam lindunganNya serta berjaya dalam kerjaya yang diceburi.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/pejam-celik-dah-2-tahun-sheera-iskandar-rai-anniversary-rumah-tangga-lebih-bermakna-kehadiran-anak/
Was-was Sumber Rezeki, Halal Atau Tidak? Ini Caranya Lupuskan Wang Yang Meragukan

Kelekaan umat Islam kini dalam mencari pendapatan, memungkinkan wujudnya percampuran rezeki daripada sumber yang halal dan haram. Kebanyakan sumber tersebut pula tidak dipastikan statusnya dengan jelas. Semuanya demi matlamat bagi memberi sesuap nasi kepada anak dan isteri.
Benarlah firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu) dan di sisi Allah pahala yang besar.” (Surah Al-Taghabun: 15)
Oleh kerana itu, pengenalpastian ke atas status sesuatu pendapatan dan sikap berhati-hati dalam memperolehi harta secara halal adalah sangat-sangat dituntut.
Wang Tidak Patuh Syariah
Menurut pandangan Imam Al-Syafie, syariah telah melarang lapan perkara pokok iaitu riba, gharar, perjudian, penipuan, rampasan, ihtikar (monopoli barangan), rasuah dan perniagaan yang tidak patuh syariah serta mendatangkan kemudaratan (seperti arak, babi, bangkai, makanan yang memudaratkan, pendapatan daripada pelacuran dan seumpamanya).
Prof. Dr. Muhammad Nabil Ghanayim, Profesor di Kuliyyah Syariah Universiti Kaherah pula telah mentakrifkan wang atau harta tidak patuh syariah sebagai harta haram yang diperolehi melalui jalan-jalan yang tidak syarie iaitu mengambil harta yang terdapat larangan ke atasnya atau terdapat balasan (had) ke atas pelakunya, atau terdapat janji buruk berkaitannya, atau yang dinamakan sebagai batil oleh Allah S.W.T.
Manakala kebanyakan fuqaha’ mutakhir ini mentakrifkan harta tidak patuh syariah ialah harta yang dimiliki dan diperolehi melalui wasilah yang tidak diiktiraf oleh syarak seperti rompakan, rampasan, hasil jualan barang curi, rasuah, perjudian, loteri, transaksi riba, perlindungan insurans konvensional, keuntungan pelaburan di dalam sekuriti tidak patuh syariah dan seumpamanya.
Menurut Suruhanjaya Sekuriti, sesuatu perniagaan diklasifikasikan sebagai tidak patuh syariah sekiranya perniagaan itu menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan syariah seperti berikut:
- Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah).
- Perjudian dan pertaruhan.
- Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan.
- Insurans konvensional.
- Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan syariah.
- Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan.
- Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh syariah.
- Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan syariah.
Fatwa Wang Tidak Patuh Syariah
Di Malaysia, ketetapan berkenaan penyaluran wang-wang haram telah diputuskan sejak dahulu lagi iaitu melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Kali Ke-3 pada 21hb. Jun 1971 yang telah memutuskan:
i. Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan yang dibuat oleh institusi Islam atau perniagaan atau badan kebajikan yang dianggotai oleh orang-orang Islam dalam mana-mana bank harus diterima oleh badan-badan itu atas alasan kecemasan ekonomi orang-orang Islam pada masa ini; dan
ii. Faedah yang diperolehi daripada wang simpanan seseorang Muslim dalam mana-mana bank harus diterima olehnya atas alasan kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan maslahah umum.
Manakala melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaaan bagi Hal Ehwal Islam pada 23-25 Jun 2009, telah dinyatakan iaitu:
“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:
i. Diserahkan kepada baitulmal untuk maslahah maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
ii. Diserahkan kepada golongan fakir miskin; atau
iii. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada baitulmal”.
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
Melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil. 1/2009 pada 18hb. Mac 2009 yang menyatakan:
i. Wang tidak patuh syariah yang diperolehi boleh dijadikan sumber baitulmal dan harus dimasukkan ke dalam akaun baitulmal.
ii. Penggunaan wang tidak patuh syariah harus untuk kegunaan menjalankan operasi perjalanan kerja di MAIS seperti pembinaan, penyelenggaraan bangunan, emolumen, pendidikan, pertanian, penyelidikan, perubatan, kemudahan asas seperti pembinaan dewan, tandas, jambatan dan lain-lain untuk kegunaan umum.
Bagaimanakah peranan Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor ke atas Wang Tidak Patuh Syariah?
Sebagai sebuah entiti tunggal yang mentadbir harta umat Islam, Baitulmal berperanan penting dalam mendakwah masyarakat terutamanya mengurus harta secara bijaksana berdasarkan hukum syarak.
Hal ini selaras sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu, “Maka hendaklah menjadi kewajipan majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam negeri Selangor selaras dengan hukum syarak.”
Kebanyakan masyarakat mengetahui kewajipan membayar zakat sebagai wadah penyucian harta umat Islam. Kewajipan ini bagaimanapun terhad kepada syarat-syarat kelayakan harta yang dizakatkan dan asnaf-asnaf yang telah ditentukan.
Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat juga kurang arif akan perihal harta-harta yang diperolehi dengan jalan yang tidak betul. Unsur-unsur tidak halal ke atas harta dan juga keraguan yang timbul sering kali dipandang enteng oleh sebilangan masyarakat mutakhir ini. Dengan kepesatan ekonomi kini, seringkali menjauhkan masyarakat daripada menitik beratkan aspek hasil atau rezeki yang dikurniakan Allah ke atas hambanya.
Oleh yang demikian, Baitulmal MAIS ingin mengambil peluang ini mengajak umat Islam untuk sama-sama membersihkan harta yang diperolehi agar kehidupan yang dilalui penuh keberkatan dan sentiasa berlandaskan hukum syarak.
Sebagai sebuah organisasi ulung yang bertanggungjawab mentadbir dan memegang amanah harta-harta orang Islam, MAIS berperanan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada seluruh umat Islam berkenaan peri pentingnya mengurus harta secara bijaksana sebagaimana yang dituntut oleh hukum syarak.
Penyerahan kepada Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor merupakan pilihan cara pelupusan yang utama, selamat dan meyakinkan serta mampu menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi umat Islam sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003: “Maka hendaklah menjadi kewajipan majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam negeri Selangor selaras dengan hukum syarak.”