Haluan fesyen global banyak beranjak sejak pandemik COVID-19. Banyak gedung pakaian ditutup, acara pertunjukan fesyen dibatalkan, stok melambak dan keperluan untuk mereka, menghasilkan serta mempersembahkan koleksi musim baru dikaji semula.

Lebih merisaukan, situasi ekonomi yang ‘terapung’ menjejaskan kuasa membeli golongan milennial dan Gen-Z. Akibat kesan tawaran kerja yang terhad, menyebabkan sebilangannya hilang pekerjaan atau dipotong gaji. Survival hidup pasca COVID-19 ini menjadikan industri fesyen semakin tenat.

Perubahan radikal ini turut mendorong rumah fesyen antarabangsa sehebat Saint Laurent untuk menukar landskap bisnes mereka.

IKLAN

Walau bagaimanapun, berkat usaha, strategi dan tawakal rezeki yang dijanjikan Allah SWT, kebanyakan pengusaha fesyen negara masih mampu mengaut untung sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa. Nona bersama Miss Larney atau Zuhurah Zaibidi, pemilik label Larney bercerita soal anjakan fesyen Malaysia selepas gelombang Coronavirus.

 

Nona: Hai, anda pernah beli pakaian preloved?

Miss Larney: Hai Nona! Jujurnya belum pernah lagi.

 

Nona: Sebagai orang fesyen, apakah nasihat anda untuk mereka yang suka membeli pakaian preloved?

Miss Larney: Sebenarnya bukan semua pakaian preloved itu murah dan berkualiti. Ada yang beli sebab terpedaya dengan visual atau gambarnya yang cantik dan ada juga kerana melihat populariti pemilik asal pakaian itu. Kalau dah preloved, bermaksud harganya pasti murah. Mungkin kalau potongan 70% baru berbaloi.

Dilema Pereka Fesyen Di Ambang COVID-19, “Wanita Tak Melaram Bila Tiada Majlis Keramaian” Larney
Echenta dan Miss Larney

Nona: Bagaimana anda melihat COVID-19 mengubah habit membeli-belah masyarakat?

Miss Larney: Kita dapat lihat orang ramai cenderung membeli-belah secara online. Tak kira melalui laman web, Instagram atau sekadar menggunakan platform WhatsApp. Ia secara tak langsung menjadikan individu yang dahulunya cenderung membeli secara tradisional, kini tiada pilihan untuk membuat pembelian secara digital.

Ia juga secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan yang baru. Contoh paling dekat, industri pembungkusan dan penghantaran. Cepat atau lambat sesuatu perkhidmatan, itulah yang akan diukur oleh setiap pembeli.

 

Nona: Apabila showcase atau fashion show yang membabitkan ramai jemputan tidak dibenarkan, bagaimana caranya pereka fesyen dapat memperkenalkan koleksi pada masyarakat?

Miss Larney: Pastinya secara online. Seperti Larney, kami banyak berurusan secara online, terutama sekali Instagram. Malah sejak dari awal lagi, strategi pemasaran kami adalah menggunakan platform digital kerana kebanyakan pelanggan Larney adalah celik digital.

Dilema Pereka Fesyen Di Ambang COVID-19, “Wanita Tak Melaram Bila Tiada Majlis Keramaian” Larney

Dilema Pereka Fesyen Di Ambang COVID-19, “Wanita Tak Melaram Bila Tiada Majlis Keramaian” Larney
Nisha Ezzati dalam persalinan Larney Raya 2020

Nona: Adakah teknik pemasaran pereka fesyen juga bakal berubah selepas ini?

Miss Larney: Teknik pemasaran fesyen tempatan sebenarnya sudah lama berubah sesuai dengan perkembangan teknologi yang pesat. Cuma mungkin masih tidak ramai lagi yang mempraktikkannya.

Daripada pemerhatian saya, dulu memang ramai yang membuat perniagaan secara offline atau menerusi butik fizikal, tetapi sekarang sudah ramai yang mengukuhkan perniagaan secara online.

Malah sudah banyak pihak yang meganjurkan kelas latihan atau seminar bagi memperkasakan teknik pemasaran online. Tak percaya? Cuba tengok di Instagram atau Google, pasti jumpa!

Dilema Pereka Fesyen Di Ambang COVID-19, “Wanita Tak Melaram Bila Tiada Majlis Keramaian” Larney

Nona: Hubungan sesama pereka fesyen sepanjang PKP tempoh hari, ceritakan pengalaman anda.

Miss Larney: Saya akui, PKP sebenarnya telah berjaya menyatukan hubungan baik antara pereka fesyen. Malah saya lihat ada satu persatuan pereka fesyen yang telah bersatu hati untuk sama-sama melahirkan persalinan Personal Protective Equipment atau PPE. Saya kagum dengan semangat yang sebegini.

Pihak Larney juga tidak ketinggalan menyiapkan persalinan PPE untuk kakitangan hospital. Kami juga  sentiasa berhubung dengan pereka fesyen yang lain dan memberikan sokongan moral serta saling bertukar pendapat.

Apatah lagi kami perlu bertukar pendapat tentang isu semasa dan berbincang tentang cara terbaik memasar dan menjual produk kami sepanjang PKP ini.

Dilema Pereka Fesyen Di Ambang COVID-19, “Wanita Tak Melaram Bila Tiada Majlis Keramaian” Larney

IKLAN

Dilema Pereka Fesyen Di Ambang COVID-19, “Wanita Tak Melaram Bila Tiada Majlis Keramaian” Larney

Nona: Dengan siapa anda pernah berbual secara serius tentang fesyen? 

Miss Larney: Ada beberapa individu dan pereka fesyen antaranya Christy Ng, Shukri dari jenama Locka dan juga Datuk Radzuan Radziwill.

Berborak dengan Christy Ng, beliau seorang pereka kasut yang tak pernah lokek dengan ilmu. Apatah lagi beliau banyak mengajar saya supaya menyimpan cita-cita yang besar dalam perniagaan fesyen.

Manakala bersama Shukri, kami banyak bertukar pendapat  bagaimana untuk membuat sistem pemasaran secara online yang lebih berkesan mengikut situasi semasa. Bagaimana berhadapan dengan pesaing dan memajukan perniagaan.

Sementara itu, bersama dengan Datuk Radzuan Radziwill, beliau sebenarnya seorang pereka fesyen senior yang sangat merendah diri. Banyak juga Datuk berkongsikan situasi industri fesyen dahulu dan kini serta bagaimana untuk kekal relevan di dalam industri.

Dilema Pereka Fesyen Di Ambang COVID-19, “Wanita Tak Melaram Bila Tiada Majlis Keramaian” Larney

Nona: Pendapat anda tentang masa depan industri fesyen tempatan selepas COVID-19.

Miss Larney: Industri fesyen akan berjalan seperti biasa. Sebagaimana fesyen yang mengikut trend, begitu juga dengan situasinya selepas COVID-19. Cuma cabarannya bagaimana untuk meyakinkan pelanggan untuk terus menyokong sesebuah jenama.

Kerana di Malaysia, orang yang membeli fesyen kebanyakannya untuk menghadiri acara atau majlis. Jadi apabila kawalan pergerakan semakin ketat dan acara keramaian sudah tiada, jadi permintaan daripada pelanggan untuk melaram, juga akan berkurangan. Make sense kan?

IKLAN

Dari segi rekaan pula, saya tidak boleh terlalu syok sendiri kerana saya perlu tahu apa yang pelanggan mahukan sesuai dengan terjemahan konsep setiap koleksi mahupun rekaan di Larney.

InsyaAllah, apabila permintaan dan pengeluaran seimbang serta saling memerlukan, maka saya yakin industri fesyen kita boleh bertahan dan kekal.

Dilema Pereka Fesyen Di Ambang COVID-19, “Wanita Tak Melaram Bila Tiada Majlis Keramaian” Larney

Nona: Pasaran baju raya sepanjang PKP ini, bagaimana sambutan daripada pelanggan? 

Miss Larney: Alhamdulillah, sambutan di luar jangkaan. Ini mungkin kerana ramai golongan wanita dan peminat Larney yang duduk di rumah atau Work From Home suka membeli-belah secara online.

Larney baru sahaja melancarkan koleksi sempena lebaran iaitu Larney Raya 2020. InsyaAllah, selepas ini Larney akan hadir bersama koleksi kasual yang pastinya akan mendapat perhatian ramai.

Kebanyakan pelanggan kami ialah ibu muda berkerjaya yang inginkan sesuatu rekaan bersifat feminin, sofistikated dan berketerampilan. Rata-ratanya membeli di website Larney sendiri iaitu www.larney.com.my.

Dilema Pereka Fesyen Di Ambang COVID-19, “Wanita Tak Melaram Bila Tiada Majlis Keramaian” Larney

Dilema Pereka Fesyen Di Ambang COVID-19, “Wanita Tak Melaram Bila Tiada Majlis Keramaian” Larney

Nona: Tiga barangan perlindungan diri yang wajib anda bawa selain face mask dan hand sanitizer.

Miss Larney: Biasanya ini kewajipan saya selain dua di atas…

  • Anti-bacterial wet tissue untuk lap apa juga permukaan licin terutama telefon bimbit dan cermin mata.
  • Lipbalm bagi menyegarkan bibir saya.
  • Essential oil yang selalunya saya akan letak di mask supaya sentiasa rasa segar dan bertenaga.

 

Mengakhiri temu bual ini, Miss Larney sempat berkongsi harapan beliau terhadap jenama yang dibina sejak lima tahun lepas itu.

“Sudah tentu saya ingin melihat perniagaan saya berkembang maju. Saya yakin terdapat banyak ruang dan peluang yang boleh diisi serta dikembangkan oleh pengusaha fesyen seperti saya. Banyak yang belum dicungkil dan insyaAllah sooner or later satu persatu pembaharuan yang bakal Larney tampilkan.

Saya juga menanam satu misi bagi peminat Larney di Malaysia untuk melihat lebih ramai kelompok yang menghargai fesyen modest untuk lebih bergaya, tidak kira ketika waktu formal ke tempat kerja atau santai. Larney juga bercita-cita untuk menjadi sebuah hab gaya hidup untuk wanita di negara ini,” akhirinya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI