Tahu-tahu dah bertunang! Penyanyi Shila Amzah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama lelaki pihannya, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup pada Sabtu.
Shila dan Ubai, 25, yang juga merupakan pempengaruh media sosial masing-masing berkongsi berita tersebut dengan memuat naik beberapa keping fotonya bersama Shila yang sedondon mengenakan persalinan ungu pada majlis tersebut.
Berita tersebut sekali gus menidakkan spekulasi yang mengatakan hubungan mereka berdua telah putus selepas Shila, 33, membuat satu hantaran yang seolah-olah memberi gambaran sudah berpisah dengan kekasihnya itu pada Rabu lalu.
Ads
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat senang dengan berita tersebut dan memberikan ucapan tahniah serta doa agar pasangan itu kekal hingga ke jinjang pelamin.
Difahamkan penyanyi Patah Seribu itu mula menjalinkan hubungan cinta dengan Ubai sekitar lima bulan lalu.
Ads
Shila sebelum ini pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, sebelum bercerai pada Februari 2022. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.
Sumber: SINAR Plus | Kredit foto: Instagram @shilaamzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semalam, berlangsungnya majlis pernikahan dan persandingan adik perempuan kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Siti Nursairah Tarudin. Menggunakan khidmat perunding perkahwinan, Villa Busainna dan dekorasi dari Wedding Galore Sdn Bhd, perkahwinan Sairah bersama Mohd Sharidan Johari ini juga diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan beberapa rakan artis terdekat.
Selain tarikan majlis yang serba indah dan meriah, telatah comel anak-anak Sairah turut menarik perhatian. Paling mencuri tumpuan adalah anak sulung Sairah yang kini berusia 7 tahun iaitu Ummi Umairah atau Umai. Anak kecil ini kian menjadi bualan ramai apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut memuat naik gambar bersama Umai yang jelas menunjukkan kemiripan wajah mereka berdua.
Dua orang lagi anak Sairah ialah Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy. Masing-masing berumur lingkungan 6 dan 4 tahun.
Mengimbas kembali momen Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama Umai, kanak-kanak perempuan ini juga pernah muncul dalam sebuah program TV bersama ibu saudaranya itu sekitar empat tahun lalu.
Malah, kalau mengikuti Instagram penyanyi nombor satu negara ini pasti anda sedar minat Umai yang gemar berdandan dan pandai menyanyi. Barangkali kerana darah seni yang mengalir dalam dirinya. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Mungkinkah puteri Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang bakal lahir Mac ini ada iras wajah Umai? Sama-sama kita nantikan.
Sumber foto: Instagram @ctdk, @sitisairahtarudin & @zaramizsdnbhd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiba-tiba tercetusnya kenyataan individu berbadan besar melebihi 60kg, tak payah la datang fashion show… Maka sentaplah insan-insan yang terasa dengan kenyataan itu. Luahan pedas pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain nampaknya memakan diri apabila dia dibidas oleh selebriti, penggiat dan pereka fesyen tempatan. Menurut Sis Zai, beliau mengakui kenyataan baris pertama ayatnya di sosial media itu adalah kesilapan penulisannya yang telah disalah ertikan.
“Saya mohon maaf, cara tulisan ayat saya dibaris pertama itu kenyataannya tidak sesuai di dengar. Saya mengaku, saya bukanlah seorang wartawan yang baik dalam bidang penulisan dan kenyataan itu telah disalah ertikan. Secara peribadi saya bukanlah seorang yang bersikap judgemental. Saya berkongsi keluhan saya di Facebook dan berkongsi kepada kenalan rapat sahaja. Malangnya status itu disalahertikan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Jelas Zaihani lagi, berat badan 60 kg itu hanyalah anggaran bagi lelaki yang duduk bersebelahan dengannya dalam acara tersebut. “Saya tidak pasti berat badan sebenar lelaki itu, 60 kg sekadar anggaran saja. Jadi, 60 kg itu sebenarnya satu penjelasan betapa besarnya saiz badan dia berbanding saya yang hanya 50 kg. At that event, the guy who was seated next to me dah makan kawasan kerusi I. So I shift la nak elakkan paha bergesel tapi dia buat dek, didn’t make any effort to give me some space. Lelaki itu duduk terkangkang sehingga mengganggu ruang duduk saya, menyebabkan saya rasa kurang selesa.
So bergesel lah sampai habis show. I’m so small, bayangkan. Untuk menegurnya pada waktu itu saya rasa kurang sesuai. Lagipun saya tidak kenal lelaki tersebut. Jadi, saya berkongsi keluhan itu di Facebook sahaja. Tidak sangka pula status itu disalah ertikan dan menjadi viral.” Malah katanya, dia sering kali menghadapi situasi yang sama ketika menghadiri acara pertunjukan fesyen yang mana tetamu sepatutnya duduk dengan lebih tertib tanpa mengganggu keselesaan tetamu lain, itulah sebenarnya yang ingin diluahkan oleh Sis Zai.
Status Sis Zai terbaru telah menjelaskan mohon maaf beliau kepada semua, “Bukan niat saya untuk menghina (body shame) sesiapa – ahli keluarga, kawan-kawan atau pun followers tetapi status FB saya tempoh hari adalah luahan hati mengenai situasi (manspreading) yang saya alami baru ini. Sepanjang kerjaya saya sebagai ketua stylist selama hampir 3 dekad, saya tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab saya jika saya bersikap judgemental. Oleh itu sekiranya status saya telah menyinggung perasaan mana-mana ahli keluarga, kawan-kawan dan followers, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. From the bottom of my heart.”
Kesilapan pada ayat pertama di sosial media beliau itu telah mencetus kontroversi dan Sis Zai pun telah meminta maaf. Kadang-kadang orang yang hebat pun membuat salah bukan kerana mereka teruk tetapi mereka juga adalah MANUSIA, tiada yang sempurna. Melakukan kesalahan adalah biasa dan semangnya sifat manusia. Mengakui kesalahan adalah manusia berani. Memperbaiki kesalahan adalah manusia bijaksana. Memaafkan kesalahan adalah manusia SUPER hebat!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
11 Januari pastinya menjadi tarikh yang diingati oleh setiap peminat seni tanah air kerana ia merupakan tarikh kelahiran penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin. Setiap kali menjelang tanggal 11 Januari saban tahun, isteri kepada Dato’ Sri Khalid Mohd Jiwa ini bukan hanya diraikan oleh kaum keluarga dan peminat tersayang malah stesen radio tempatan juga mengambil peluang ini untuk memutarkan lagu-lagu popular dendangan Dato’ Sri Siti sebagai menghargai karier anak seni berbakat besar tersebut.
Antara stesen radio terlibat yang turut meraikan hari lahir Dato’ Sri Siti hari ini termasuk Hot FM, THR Gegar, Kool FM, ERA FM, Suria FM, Sinar FM dan Best FM. Wah, bertuahnya insan bernama Dato’ Sri Siti Nurhaliza!
Tulis Dato’ Sri Siti dalam Instagram @ctdk, “Saya terharu apabila pihak radio-radio ini (saya yakin stesen lain juga mendukung perjalanan karier saya dengan cara tersendiri) mengadakan segmen khas sempena ulangtahun kelahiran saya adalah satu penghormatan yang tidak pernah saya jangka.
Kerjasama di antara penyanyi dan stesen radio ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan dan mendukung di antara satu sama lain. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua stesen radio yang mengadakan slot istimewa pada 11 Januari 2018. Ini adalah sesuatu yang amat kami hargai dan tentunya menjadi hadiah yang bermakna buat saya.”
Tidak cukup dengan itu, pada hari yang cukup bermakna ini juga Dato’ Sri Siti Nurhaliza akhirnya terbuka untuk berkongsi jantina bayi yang bakal dilahirkan pada Mac nanti.
Tahniah, Dato’ Sri Siti dan suami. Moga bayi perempuan yang dilahirkan kelak membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna kepada agama dan masyarakat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.