Bagi yang meminati dunia masakan sudah pasti mengenali sosok tubuh selebriti chef yang anggun ini. Wanita yang diberi nama Diana Chan ini mula menempa nama setelah berjaya merangkul gelaran juara pertandingan MasterChef Australia musim ke-9.
Sekali gus melayakkan wanita yang dilahirkan di Sitiawan, Perak ini membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah AUD250,000 bersamaan dengan RM834,000.
Pertandingan yang berlangsung pada tahun 2017 itu telah melonjakkan nama wanita yang dibesarkan di Johor Bahru sejak usia tiga tahun ini untuk beraksi di rancangan masakan termasuk baru-baru ini Unplated with Diana Chan di SBS Food Channel. Terpegun melihat anak Malaysia ini menghidangkan sajian yang begitu istimewa.
Diana Chan mula berpindah ke Australia di usia 18 tahun untuk menyambung pelajaran di Deakin University dalam jurusan perdagangan. Selepas menamatkan pengajian Diana Chan telah bekerja di sana sebagai akauntan.
Wanita yang berusia 32 tahun ini mendapat inspirasi untuk memasak dari masakan Peranakan Baba-Nyonya yang diwarisi dari ibu dan bapanya. Semoga Diana Chan terus bersemangat membawa masakan Malaysia ke persada dunia dan terus mencipta nama dalam dunia masakan.
Kasih sayang seorang isteri terhadap suami memang tiada sempadan. Tugas seorang isteri melayan suami tetap menjadi keutamaan walau setinggi mana sekalipun pangkat seorang isteri. Kan syurga isteri di bawah tapak kaki suami!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar telah ‘mencuri’ hati setiap wanita yang bergelar isteri baru-baru ini apabila menyediakan sarapan untuk suaminya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam keadaan sedang kuarantin.
Titah Raja Permaisuri Agong, “Siapa pun kita, jika sudah berkahwin tetap seorang isteri,” Tunku Azizah pakai topeng muka dan sarung tangan buat sarapan untuk YDP Agong.
“Setiap pagi, saya siapkan sarapan untuk Tuanku Agong. Nasib baik lah Tuanku memang santap hanya telur setengah masak untuk breakfast,”.
“Setiap hari juga caterer akan hantar nasi lemak atau mee goreng atau beehoon atau kuay teow. Beginilah setiap hari kami self quarantined dan distancing, saya akan pakai mask dan gloves untuk masak sendiri untuk Tuanku Agong.
No matter who you are, who you are married to, regardless of race, wealth, religion or creed, you are still a wife. It is our duty to serve our husband and family, and I rather quite enjoy it! Serve with love,” titah Raja Permaisuri Agong.
Menyelami fasa kehidupan Rosmawati Zainal atau lebih mesra di sapan Ummi Rose yang hidup bergelumang dengan ceritera penghuni remaja puteri Raudhatus Sakinah sangat menyentuh hati. Bergetar tangkai hati penulis saat melihat raut wajah setiap penghuni di sana. Tiada sifat ramah hanya tertunduk sambil jari memintal biku tudung yang tersarung. Mata semakin sarat tidak terbendung hingga tertumpah mengenang apa yang telah mereka lalui.
Jiwa murni wanita yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Raudhatus Sakinah ini begitu luhur. Sanggup berkorban masa dan tenaga demi melihat nasib remaja terus terbela. “Ada banyak pengalaman yang sentiasa menjadi ingatan. Antaranya adalah menerima kehadiran seorang ibu dan anak remaja yang membawa sebuah bagasi yang berisi seorang bayi yang baru dilahirkan ke pejabat kami.
Ada ibu bapa yang sanggup berselindung membantu anak mereka menggugurkan kandungan pertama dan apabila mengandung kali kedua baru berusaha mendapatkan bantuan. Kemudian ada seorang bapa yang baru keluar Pusat Serenti datang menggoncang pagar rumah ini meminta cucunya. Akhirnya kami dapat tahu bahawa dia mempunyai niat untuk menjual cucunya demi mendapatkan dadah.
Di kalangan anak-anak kami ini ada juga yang pernah terlibat dengan ilmu hitam sehingga mereka merana sendirian. Pernah juga dalam dewan bersalin, anak kami yang begitu sukar untuk bersalin dan apabila kami putuskan untuk menelefon ibunya supaya dia dapat bercakap dan memohon keampunan dari ibunya, akhirnya dipermudahkan Allah untuk dia melahirkan. Subhanallah! Menambahkan keyakinan kami terhadap keizinan dan ketentuanNya,” ujar Ummi Rose.
Raudhatus Sakinah merupakan pusat bimbingan dan perlindungan remaja puteri yang berusaha membantu memulihkan remaja mangsa gejala sosial dan tersasar jauh daripada landasan agama. Dengan modul bimbingan yang komprehensif meliputi pendidikan rohani dan kemahiran fizikal, mereka dibantu meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang menghayati Islam dalam kehidupan.
Sejak beroperasi sehingga kini, Raudhatus Sakinah telah membimbing lebih 1000 orang remaja puteri di tiga buah pusat perlindungan remaja yang beroperasi di Selangor, Pulau Pinang dan Melaka. 80 peratus daripada mereka telah berjaya menjadi individu yang berguna kepada keluarga dan masyarakat. Di samping itu, kami juga sedang giat melaksanakan program-program kesedaran tentang bahaya zina ke seluruh pelusuk Malaysia sebagai usaha pencegahan dan kesedaran demi memartabatkan maruah agama, remaja belia dan masyarakat.
Jom beramal sambil ketawa besar dan menjamu selera dengan persembahan Harith Iskander, Mark Adam, Nabil, Kumpulan Zero, Elly Mazlein serta penyanyi R&B terkemuka Dayang Nurfaizah di Showcase Amal Raikan Wanita.
Sebahagian kutipan jualan meja untuk acara ini akan disalurkan kepada pusat kebajikan wanita Raudatus Sakinah dan Rumah Kita. Tempah meja anda dengan kami sekarang, PLATINUM, GOLD dan SILVER sebelum penuh. Details harga seperti di bawah. Berminat sila PM sekarang!
Harga:
Platinum : RM4,499/per table
Gold: RM3,499/per table
Silver: RM2,499/per table
***********
Platinum: RM449.90/per head
Gold: RM349.90/per head
Silver: RM249.90/per head
Sebarang pertanyaan hubungi 019 675 3057 (secretariat)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecantikan Tengku Permaisuri Selangor sentiasa menjadi bualan dan diperkatakan rakyat jelata. Sebagai wanita, ramai memuji gayanya yang sederhana tapi tetap menawan dan memaku mata memandang.
Nona sendiri terpegun melihat kejelitaan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin ketika keberangkatannya ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor Kali ke-29 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam. Subhanallah, sempurnanya ciptaan Allah!
Dengan sepasang kebaya biru yang tersarung kemas di tubuhnya, gaya Tengku Permaisuri yang kelihatan mesra melayan ahli-ahli Pandu Puteri membuktikan betapa baginda amat disenangi ramai. Wah, untungnya dapat bersalam dan bertentang mata macam ni!
Well, wanita yang pernah menganggotai Pandu Puteri zaman sekolah dulu tentu terkenang banyak kenangan manis. Contohnya berkhemah dan ikut rombongan ke muzium. Memang berkobar-kobar nak buat pelbagai aktiviti, ingat lagi tak?
Baginda yang juga Penaung Diraja kepada persatuan itu turut berkenan menyampaikan sijil dan anugerah kepada ahli-ahli Pandu Puteri yang tampil dengan prestasi memberangsangkan sepanjang tahun.
Hadir sama pada majlis ini, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor, YAM Tunku Irinah binti Almarhum Tuanku Jaafar dan Mantan Penaung Diraja, YAM Tengku Puan Panglima Perlis Tengku Puteri Nor Zehan binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Sumber: Instagram @selangorroyalofficial
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!