Hujung minggu sememangnya saat yang dinanti-nantikan khususnya oleh wanita-wanita yang berkerjaya. Inilah masanya untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Dan, berpeluang menghidangkan menu istimewa buat insan-insan tersayang.
Alangkah seronoknya jika dapat menikmati biskut Double Trouble Chocolate Chip ini bersama secawan kopi mahupun teh panas ketika minum petang. Lihat sahaja rupanya pun sudah menggiurkan. Nona kongsikan resipi Double Trouble Chocolate Chip istimewa daripada Coffee Jeans & Co.
Khas buat pembaca-pembaca Nona, pemiliknya iaitu Tania Zara sudi berkongsi resepi biskut Double Trouble Chocolate Chip ini yang sememangnya menjadi best seller di Coffee Jeans & Co. Jom cuba!
Ads
DOUBLE TROUBLE CHOCOLATE CHIP COOKIES
Bahan-bahan:
225gm cip coklat (dicairkan)
30gm salted butter (dicairkan)
¼ cawan tepung serba guna
½ camca teh serbuk penaik
2 biji telur
175gm gula
1 camca teh esen vanila
½ cawan cip coklat
Ads
Cara Membuat:
Pukul telur sehingga kembang. Kemudian masukkan gula dan vanila, gaul rata. Masukkan cip coklat dan mentega yang telah dicairkan. Masukkan pula tepung serbaguna dan serbuk penaik sedikit demi sedikit. Gaul sehingga sebati. Letakkan adunan ke dalam chiller, biarkan semalaman. Kemudian kaup menggunakan scoop dan susun atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 12-15 minit. Siap untuk dihidangkan.
Ads
Tip: Memandangkan biskut ini adalah jenis lembut ianya tidak boleh disimpan terlalu lama di dalam bekas. Tempoh terbaik ialah selama tujuh hari selepas dibakar. Selamat mencuba! Untuk melihat lebih banyak koleksi-koleksi kek dan pastri, anda boleh klik di Instagram @coffeejeansandco. AMYMOHD
Sumber Foto: @coffeejeansandco
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi penggemar sajian makanan laut, anda akan rugi kalau tidak mencuba menu istimewa ini. Udang Sos ‘Aku Suka’ misalnya mempunyai rasa unik dan pasti menambat selera, tidak ketinggalan aroma udang masak lemak cili padi yang membuatkan anda ingin menikmatinya sehingga ke hidangan yang terakhir.
Manfaatkan hari cuti minggu dengan menjamu seisi keluarga dua resipi udang istimewa. Selamat mencuba!
UDANG SOS ‘AKU SUKA’
Bahan-bahan:
500 gram udang harimau (saiz sederhana)
2 cawan air rebusan udang
10 tangkai cili merah
½ cawan cili boh
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari ikan
4 sudu besar mentega
6 ulas bawang putih
200 ml krim masakan
299 ml susu segar
1 sudu teh perencah stok ayam
Garam secukup rasa
Daun kari (jika mahu)
Cara membuat:
Bersihkan udang dan rebus selama lima hingga tujuh minit dalam air menggelegak (ketepikan air rebusan). Kisar cili boh dan cili merah kemudian ketepikan. Seterusnya kisar bawang putih bersama sedikit minyak dan mentega. Angkat dan ketepikan. Tuang minyak dan cairkan mentega. Tumis bawang merah dan bawang putih seketika diikuti serbuk kiri yang telah dibancuh bersama air. Sesudah itu, masukkan bahan kisar cili tadi seterusnya bahan kisar bawang putih dan mentega. Kacau sekata sebelum dituangkan air rebusan udang, krim masakan dan susu segar. Bubuh perencah ayam dan garam secukup rasa. Kemudian, masukkan pula udang yang telah direbus. Kacau sebati. Tabur daun kari jika mahu dan hidangkan.
UDANG GALAH MASAK LEMAK
Bahan-bahan:
4 – 5 ekor udang galah
5 – 10 tangkai cili padi (dilumatkan)
1 sudu teh serbuk kunyit (dimasukkan bersama cili padi)
1 helai daun kunyit (dihiris)
1 batang serai (dititik)
1 sudu besar air limau
200 ml santan
400 ml air rebusan udang galah
1 sudu besar perencah stok ayam
Garam secukup rasa
Cara membuat:
Rebus udang galah selama lima hingga tujuh minit. Toskan dan angkat. Ambil air rebusan tadi dan asingkan. Panaskan air rebusan udang tadi dan masukkan serbuk kunyit. Masukkan cili padi dan serai ke dalam masakan. Seterusnya, tuang santai dan masak dengan api kecil hingga santan menggelegak. Masukkan pula udang yang direbus dan ulang kacau kuah. Pastikan tidak pecah minyak. Sesudah itu, tuang air limau bersama perencah stok ayam. Akhir sekali perasakan dengan garam dan tabur hirisan daun kunyit.
Resipi: TERIMA KASIH ENCIK ASRUL HUSNI DAN PUAN RAHIMAH, MY STORY CAFE, KOTA KEMUNING, SHAH ALAM
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Karipap, Kuih Seri Muka, Lepat Liat, Pulut Panggang, Kuih Lopes semuanya memang menjadi favourite Nona. Dapat pula nikmati kuih tradisi ini dengan secawan kopi. Aduh, tak terdaya hendak lawan godaan kuih-muih ini.
Tidak dinafikan, kuih tradisi yang dihasilkan generasi dahulu agak renyah dan memerlukan sukatan yang betul baru menjadi. Tapi kalau sudah minat, mahu atau tidak kena juga belajar. Mana tahu lepas ini boleh tambah pendapatan dengan menjual kuih.
Berikut, penyediaan resipi Puding Karamel dan Kuih Cara Manis yang patut anda cuba. Yang penting, mudah dan cepat!
PUDING KARAMEL
Bahan-bahan puding:
5 biji telur (saiz sederhana)
1 tin susu cair
150 ml air
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
Bahan-bahan kuah karamel:
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
Cara membuat:
Sediakan bahan-bahan untuk kuah karamel dengan memasukkan gula dan air ke dalam kuali. Biarkan gula hangus hingga keperangan sebelum dituang ke dalam loyang. Sejuk dan asingkan. Sementara itu, di dalam mangkuk satukan semua bahan membuat puding. Kacau perlahan hingga tidak berbuih. Pastikan kuning telur pecah sebati dan kemudian ditapis. Tuang ke dalam loyang karamel tadi. Sesudah itu, kukus selama 45 minit atau hingga masak. Tutup loyang puding dengan pembalut aluminium dengan suhu 180 darjah Celsius. Apabila sudah masak, sejukkan seketika sebelum diterbalikkan. Siap untuk dinikmati.
KUIH CARA MANIS
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa
2 biji telur
3 helai daun pandan
Pewarna hijau
Gula secukupnya
Garam
Minyak masak
Cara membuat:
Cuci bersih daun pandan dan potong kecil. Kemudian kisar bersama santan dan ditapis. Satukan bersama tepung gandum, 2 ke 3 titik pewarna hijau dan telur. Kacau rata dan bubuh garam secukup rasa. Tapis adunan tadi dan ketepikan. Panaskan terlebih dahulu acuan kuih cara atas dapur dan kecilkan api apabila telah panas. Oles minyak masak pada bekas acuan dan isi adunan tadi dalam bekas bermuncung untuk dituang ke dalam setiap acuan hingga penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih dengan anggaran 1/3 sudu teh. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk dan masak hingga kuih berwarna pucat dan tidak melekat apabila disentuh. Keluarkan dari acuan dan sejukkan. Ulangi langkah sama hingga selesai. Siap untuk dinikmati.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Paduka Eina Azman bukan sahaja terkenal sebagai seorang pelakon yang mempunyai seraut wajah yang cantik, berkulit putih dan tinggi lampai tetapi juga terkenal kerana suka berkongsi resipi masakan di laman media sosialnya. Tagline “it’s done” begitu sinonim dengan wanita yang mempunyai sebenar Datin Paduka Ainur Syakina binti Azman ini.
Foto: Instagram @eina_azman
Walaupun baharu sahaja berusia 25 tahun tetapi sangat kagum melihat Datin Paduka Eina Azman ini cekap masak dalam portion yang besar setiap hari. Bukan calang-calang wanita boleh masak dalam kuantiti yang besar dan banyak.
Foto: Instagram @eina_azman
Tergoda tengok ayam rendang yang dimasak oleh ibu kepada sepasang anak kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey ini. Kali ini Datin Paduka Eina Azman berkongsi resipi Rendang Ayam Pedas Berapi dengan sukatan 3 ekor ayam.
Foto: Instagram @eina_azman
Namun, seperti yang sering Datin Paduka Eina Azman beritahu, beliau tidak mempunyai sukatan yang tepat dalam setiap masakannya. Menjadi kebiasaan isteri kepada Kaiser Gurmeet Harden ini masak ikut sukatan ‘agak-agak’ sahaja. Jom tengok macam mana Datin Paduka Eina Azman masak rendang ayamnya.
Bahan kisar
Bawang
Lengkuas
Kunyit hidup
Cili Padi
Sedikit Air
Bahan-bahan;
Serai
Asam keping
3 ekor ayam
Santan
Garam & gula
Kerisik
Daun kunyit
Cara membuat;
Kisar bahan kisar dalam mesin pengisar.
BawangLengkuasKunyit hidupCili Padi
2. Tumis bahan kisar
Tumis bahan kisar di atas dapurMasuk seraiMasuk asam keping
3. Kacau sebentar dan masukkan ayam.
Masukkan santan
4. Perisakan dengan garam kasar dan gula.
Masukkan kerisik
5. Kacau sebentar dan akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah dihiris nipis.
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.