Kemeriahan Syawal tak akan lengkap tanpa biskut dan kek, kan? Jom cuba resipi mudah daripada As Savoury Baking Studio ini.
STRAWBERRY PRETZEL PARFAIT
Strawberry Pretzel Parfait.
Bahan-Bahan:
12 biji strawberi (dipotong dadu)
2 sudu teh gula kastor
1 cawan pretzel mini (dikisar sederhana halus)
2 sudu makan mentega tanpa garam (cairkan)
Secubit serbuk kayu manis
3/4 cawan krim masam
2 sudu makan gula perang
Cara Membuat:
Tabur gula kastor ke atas strawberi. Gaul sehingga sebati, rehatkan selama 30 minit. Ketepikan. Kisar pretzel sehingga sederhana halus. Masukkan mentega cair dan serbuk kayu manis, kisar sehingga sebati. Ketepikan.
Dalam mangkuk lain, gaul sebati krim masam dan gula perang menggunakan whisk. Sediakan mangkuk atau gelas lalu masukkan setiap adunan mengikut susunan. Bermula dengan krim masam, strawberi dan pretzel. Ulangi sehingga bekas penuh.
Cara Membuat:
Pukul mentega dan krim keju sehingga halus dan berkrim. Masukkan telur, esen vanila dan susu segar, gaul sebati. Masukkan gula aising dan pukul lagi sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan coklat cip, rehatkan doh selama sejam di dalam peti sejuk.
Panaskan ketuhar pada suhu 160c selama 10 minit dan alas loyang dengan kertas minyak. Bentukkan doh seperti bebola (anggaran 25 biji bebola) dan susun ke atas kertas minyak. Jarakkan dan tekan doh agar sedikit leper. Tabur coklat cip ke atasnya, bakar pada suhu 160c selama 15-20 minit atau sehingga bahagian bawah sedikit perang.
Cara Membuat:
Kisar biskut Oreo bersama intinya sehingga halus. Pukul krim keju sehingga licin, satukan serbuk biskut Oreo dan krim keju sehingga terbentuk doh. Sukat doh menggunakan sudu penyukat (1 sudu makan). Bulatkan menjadi bebola dan susun ke dalam bekas. Bekukan di dalam freezer selama 30 minit.
Ads
Cairkan coklat dengan kaedah double-boil. Celup bebola tadi ke dalam coklat putih dan letak di atas wax paper sehingga coklat mengeras. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 10 minit dan hias. Enak dinikmati sejuk dan boleh dibekukan di dalam freezer.
BUTTERSCOTCH BLONDIES
Butterscotch Blondies.
Bahan-Bahan:
226 gm mentega tanpa garam (cairkan)
350 gm gula perang
2 biji telur gred A + 1 biji kuning telur (suhu bilik)
1 1/2 sudu teh esen vanila
285 gm tepung gandum
2 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam halus
250 gm butterscotch chip
Cara Membuat:
Cairkan mentega dan satukan gula perang ke dalam mangkuk. Kacau sebati. Masukkan telur satu persatu. Gaul sehingga sebati. Masukkan esen vanila diikuti tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik, garam halus dan butterscotch cip. Sebatikan.
Tuang dan ratakan adunan ke dalam loyang bersaiz 8”. Bakar pada suhu 170c selama 35-40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anda penggemar hidangan berasaskan daging kambing, pasti anda tidak dapat melupakan keenakan daging biri-biri muda Australia. Ia merupakan pilihan bijak bagi daging ramping, empuk dan sihat sesuai untuk memenuhi keperluan protein berkualiti tinggi serta memberi kelazatan nutrien penting yang diperlukan untuk imuniti yang kuat.
Daging biri-biri muda Australia merupakan daging yang sangat serba boleh, dengan banyak potongan sesuai bersama pelbagai perisa yang berbeza. Dagingnya senang diterima samada dengan atau tanpa rempah dan perapan, dalam masakan Asia dan barat tanpa kehilangan intipati sebenar. Ia adalah daging berkualiti yang mudah dimasak dan mudah didapati di pasar raya dan pasar besar sepanjang tahun.
Mana tidaknya, biri-biri muda Australia ini mempunyai kelebihan semula jadi kerana diternak dan diberi makan rumput dalam persekitaran yang tulen dan dagingnya bebas daripada bahan tambahan tiruan dan hormon. Pertanian lestari diamalkan dengan teliti di Australia dan industri daging biri-birinya kini dianggap neutral iklim dan neutral karbon. Ini bermakna biri-biri muda Australia tidak memberi kesan buruk kepada alam sekitar.
Baru-baru ini, NONA diundang ke Bengkel Masakan Hands-on menggunakan biri-biri Muda Halal Australia bertempat di Hilton Kuala Lumpur. Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Dr Justin Lee yang mengetuai media dalam pembuatan lamb pie terbuka dalam bengkel amali yang dikendalikan oleh Chef Lambassador Eric Siew dan Chef Steven Wong dari Hilton KL.
Malaysia adalah pasaran eksport kedua terbesar Australia untuk daging biri-biri dewasa atau mutton dan destinasi terbesar untuk daging biri-biri di Asia Tenggara. Walaupun tahap penggunaan per kapita sederhana, kekerapan penggunaan daging biri-biri agak tinggi dalam diet rakyat Malaysia.
Kira-kira satu pertiga daripada pengguna mengatakan bahawa mereka telah membeli daging biri-biri muda pada bulan lepas, jauh melebihi purata Asia sebanyak 19% (Sumber: MLA Global Consumer Tracker).
Pada 2020-2021, eksport daging biri-biri Australia ke Malaysia mencapai paras tertinggi iaitu 26,010 tan metrik, dengan sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan 45% tahun ke tahun dalam permintaan untuk biri-biri muda. Ini mencerminkan keutamaan rakyat Malaysia untuk makanan sihat yang mengekalkan imuniti yang kuat.
Biri-biri muda Australia adalah sumber protein yang baik dan mengandungi 13 nutrien penting yang diperlukan untuk kesihatan yang baik. Antaranya ialah Zat Besi, Zink, asid lemak Omega-3 dan vitamin B.
Biri-biri muda Australia sesuai untuk semua jenis masakan termasuk stail Asia dan barat. Fikirkan mana-mana resipi seperti Sate Lamb Halia Barbeku dengan Sos Pencicah Thai, Cawan Selada Lamb Gaya Bulgogi, Zesty Lemon & Stik Kaki Lamb Bawang Putih Panggang, daging lamb panggang yang mudah dihiris dan Pai Parti Baharat Aussie Lamb, antara beberapa hidangan lazat lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidangan turun-temurun tradisi Baba dan Nyonya sememangnya mempunyai banyak persamaan dengan hidangan masyarakat Melayu di Melaka. Mana tidaknya, gabungan budaya dan percampuran budaya menjadikan hidangan ini unik dan penuh seni.
Namun begitu, terdapat beberapa perubahan penggunaan bahan yang boleh membezakan hidangan Baba dan Nyonya. Resepi enak pastinya menjadi pilihan.
Tak tahu nak sediakan menu apa untuk berbuka puasa hari ini, jom cuba resepi Laksa Nyonya yang disediakan oleh Hotel Armada Petaling Jaya. Selamat mencuba!
LAKSA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
500 gm mee laksa
3 paket kek ikan
300 gm udang kering
100 gm daun kesum yang dihiris
100 gm kerang
200 gm taugeh
30 gm timun
50 gm cili merah
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:
200 gm bawang kecil
100 gm bawang putih
300 gm cili giling
50 gm buah keras
30 gm serbuk ketumbar
20 gm udang kering
100 gm lengkuas
30 gm serai
500 gm serbuk perasa
500 gm santan pekat
20 gm lada hitam
30 gm kunyit
30 gm lengkuas
CARA MEMBUAT:
Hiriskan kunyit dan lengkuas. Hiris nipis serai. Kemudian buang tangkai, dan biji cili dan hiris nipis. Hiris bawang kecil dan bawang putih. Basuh udang kering dan rendamkan ke dalam air panas.
Kemudian, kisar udang sehingga lumat. Kisar buah keras, lengkuas, serai, kunyit, dan bawang kecil sehingga lumat. Panaskan kuali dan masukkan minyak, setelah minyak masak panas, masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi bersama dengan udang kering.
Tumiskan sehingga naik bau dan masukkan serbuk ketumbar dan teruskan menumis. Setelah itu, barulah masukkan santan pekat dan serbuk perasa. Biarkan sehingga mendidih. Siap untuk di hidang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Andai anda penggemar hidangan stik dan udang kara segar, restoran Kay’s Steak & Lobster sudah pasti menjadi lokasi pilihan yang memenuhi selera. Tidak cukup dengan variasi menu serba lazat dan disaji serba mewah, tiga premis restoran berkonsepkan semi fine-dining ini sememangnya memberikan pengalaman istimewa.
Mula bertapak di Putra Height, Subang Jaya pada 2014, dua lagi i dua cawangan dibuka di Liberty Arc, Ampang pada 2021 dan setahun kemudian premis di IOI Conezion, Putrajaya diperkenalkan.
Pengarah Urusannya, Aizuddin Khalid berkata pihaknya tidak pernah berkompromi dalam pemilihan bahan utama hingga kepada pengajian hidangan sebagai faktor untuk menarik pengunjung datang kembali menjamu selera di Kay’s Steak & Lobster.
Aizuddin Khalid, Pengarah Urusan
Katanya, citarasa Malaysia tetap diketengahkam dalam senarai menu restoran mereka mengikut selera tempatan, tanpa melupakan keenakan sajian asal terbabit. “Hidangan paling popular adalah lobster thermidor. Ia merupakan resepi Perancis. Hidangan asal menggunakan wine. Kami menggunakan bahan lain untuk mengolah menu ini yang mengikut citarasa Malaysia.
“Menu popular antaranya adalah tomahawk dan daging wagyu juga memandangkan setiap pengunjung memberi maklum balas mengatakan setiap gigitan begitu ‘juicy’.
“Memang pujian dari segi rasa serta keindahan seni hiasan setiap hidangan hasil air tangan chef berpengalaman membuatkan kami yakin kepuasan pelanggan berada pada tahap maksima,” katanya.
Bukan itu saja, dekorasi premis yang ‘cosy’ menjadikan setiap suapan dan gigitan lebih nikmat sekaligus mengujakan untuk berkongsi pengalaman indah di Kay’s Steak & Lobster di laman sosial. Pada masa sama, Aizuddin berkongsi berita baik mengenai keputusan mengekalkan sajian Beef Wellington dalam menu kekal untuk dinikmati pengunjung.
“Kami memperkenalkan Beef Wellington ini sekitar Disember tahun lalu untuk mencuba sambutan selain sepatutnya ditawarkan pada tempoh tertentu. Nampaknya, menu ini semakin menjadi pilihan popular pengunjung yang memuji kelazatannya sekaligus meminta kami mengekalkan hidangan ini dalam menu harian.
“Kini orang ramai boleh menikmati sajian terbabit apatah lagi kami sangat mementingkan kualiti makanan dan rasa premium bagi setiap menu,” katanya.
Sementara itu, sempena Ramadan Kay’s Steak & Lobster turut menyediakan set nasi yang sebelum ini hanya disediakan pada bulan puasa. “Memang hari biasa tiada nasi. Namun setiap kali Ramadan, kami akan mengembalikan hidangan nasi platter iaitu nasi daging Danok yang menggunakan daging wagyu serta nasi ayam percik serba enak,” katanya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.