EKIN & AENN

Seronok dengar cerita pasangan kembar popular Ekin dan Aenn sepanjang mereka berniaga. Dari umur tujuh tahun sampai sekarang, macam-macam pengalaman dilalui adik-beradik ini. Salah satu memori yang tak dapat dilupakan adalah ketika mereka menjual bunga dan ambil upah sapu kubur sewaktu kecil!

IKLAN

Terbuka berkongsi suka duka bergelar usahawan, Ekin dan Aenn dalam temu bual bersama Nona baru-baru ini memberitahu sejujurnya mereka tidak mempunyai ‘guru’ dalam berniaga. Sebaliknya bersandarkan kepada minat sewaktu menceburi bidang perniagaan.

Dedah pemilik nama Nor Ashikin Rahmat ini, “Ekin minat berniaga daripada zaman sekolah rendah. Masa tu rumah nenek Ekin depan dengan kubur. Ekin dengan Aenn masa tu darjah satu. Kubur memang setiap Jumaat zaman tu ramai. Meriah orang pergi kubur.

Ekin dan Aenn jual nasi lemak, bunga, dan pernah juga sapu kubur. Waktu tu sapu kubur boleh dapat 30 sen, itu pun dah happy sangat. Paling banyak kami boleh dapat 50 sen. Memang kami tak takut berniaga di kubur sebab memang dari kecil dibesarkan di kawasan itu.”

‘Down’ Produk Kena Ciplak, EKIN & AENN Tak Serik Berniaga! Dedah Memori Jual Bunga Di Kubur
Credit Instagram @ekinmawi_cahaya
‘Down’ Produk Kena Ciplak, EKIN & AENN Tak Serik Berniaga! Dedah Memori Jual Bunga Di Kubur
Credit Instagram @ekinmawi_cahaya
‘Down’ Produk Kena Ciplak, EKIN & AENN Tak Serik Berniaga! Dedah Memori Jual Bunga Di Kubur
Credit Instagram @ekinmawi_cahaya

Mengakui bukan berasal dari keluarga berada, dua beradik ini sebelum bergelar anak seni lagi sudah mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.

Tak timbul sekelumit rasa malu bagi mereka sebaliknya mahu menjadikan perjalanan ‘manis’ tersebut sebagai inspirasi buat peniaga wanita lain.

“Sejak kecil kami dah suka berniaga. Lagi-lagi bila hari raya. Hari raya lagi best sampai orang panggil kami gadis dan bunga sebab kami jual bunga dan daun pandan yang dah dipotong-potong jadi bunga rampai.

Tiap pagi hari raya, kami akan duduk situ dengan macam-macam jualan pokok dan bunga seperti bunga ros, bunga lili dan bunga matahari.

Dulu pernah bila jalan dekat luar, ada mak cik tu tegur ‘Eh, ni dulu pernah sapu kubur ya?’ Depan orang ramai.

IKLAN

Masa tu kami dah berlakon, kami pun jawab mesti pernah pergi kubur Mahmoodiah beli nasi lemak dan bunga kami, kan. Ekin rasa benda itu satu pengalaman hidup yang orang lain tak dapat rasa,” ujar Ekin sambil ketawa di samping adik kembarnya, Nor Ain Rahmat.

‘Down’ Produk Kena Ciplak, EKIN & AENN Tak Serik Berniaga! Dedah Memori Jual Bunga Di Kubur
Credit Instagram @ekinmawi_cahaya
‘Down’ Produk Kena Ciplak, EKIN & AENN Tak Serik Berniaga! Dedah Memori Jual Bunga Di Kubur
Credit Instagram @ekinmawi_cahaya
‘Down’ Produk Kena Ciplak, EKIN & AENN Tak Serik Berniaga! Dedah Memori Jual Bunga Di Kubur
Credit Instagram @ekinmawi_cahaya

Ditanya kenangan pahit yang pernah dilalui, ini jawapan jujur isteri Mawi tersebut. “Dulu dalam lima ke enam tahun lepas, Ekin pernah buat instant shawl. Ekin rasa macam nak mudahkan orang tapi idea design tu kurang dan orang tak suka.

IKLAN

Pada saya, itu benda yang kita jangan ambil remeh bila kita berniaga. Bila berniaga jangan ikut taste kita sendiri. Tak semua suka taste kita.

Macam tu juga skincare. Kulit manusia ni lain-lain. Kami pernah buat skincare dan skincare kami dapat sambutan menggalakkan. Kami sangat bersyukur waktu tu sebab skincare kami ‘meletup’.

‘Down’ Produk Kena Ciplak, EKIN & AENN Tak Serik Berniaga! Dedah Memori Jual Bunga Di Kubur
Credit Instagram @ekinmawi_cahaya
‘Down’ Produk Kena Ciplak, EKIN & AENN Tak Serik Berniaga! Dedah Memori Jual Bunga Di Kubur
Credit Instagram @ekinmawi_cahaya

Tapi bila orang ciplak Ekin punya produk, Ekin down sangat dan ada kes sampai orang nak saman. Tapi kami tak takut sebab tahu produk tu bukan daripada company kami.

Perniagaan ini bukan indah belaka, banyak jatuh bangun dia. Lagi-lagi bila selebriti berbisnes. Bagi kami, jadi orang popular ni lagi tinggi cabaran sebenarnya. Orang selalu cakap, dia bolehlah dia artis. Followers dia ramai, ada orang nak beli dan orang kenal.

Tapi once produk artis tu teruk dan hancur habis orang takkan percaya. Kejap je. Pada Ekin, artis bukannya kunci untuk seseorang itu rasa barang anda akan orang suka. Bukan,” tegasnya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI