
Baru-baru ini, NONA ada melaporkan yang chef selebriti terkemuka, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail baru saja mengadakan sambutan hari haji istimewa buat bonda tersayang, iaitu Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang ke 90 tahun sekitar Oktober lepas.

Menceritakan secara eksklusif kepada NONA, sambutan hari jadi buat Cik Ani merupakan sesuatu yang sudah lama dirancang khas berikutan keadaan kesihatan Cik Ani yang semakin merosot. “Di usia 90 tahun, tak ramai yang hidup sampai umur 90 tahun. Emak dah melalui pelbagai onak duri dari zaman muda, membesarkan kami 7 orang anak beranak.
Demi kasih sayangnya pada satu-satu ibunya, Chef Wan juga turut berkongsikan yang beliau mengupah seorang jururawat khas untuk menjaga ibunya di rumah yang mempunyai sakit Demensia.
Menerusi hantaran Chef Wan di laman Instagramnya, jururawat khas itu dibayar sebanyak RM180 sehari, bermula dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Chef Wan menyatakan bahawa hampir RM6,000 setiap bulan demi membayar upah jururawat yang menjaga ibunya itu, yang dikhabarkan berasal dari Sabah, dan duduk berhampiran di Putrajaya.
Dalam hantaranya itu, beliau menyatakan bahawa duit boleh dicari dan seorang ibu itu adalah segala-galanya. Sementara itu, Chef Wan sempat berpesan kepada pengikutnya untuk sentiasa berikan jagaan yang terbaik buat ibu demi kebahagiaan dan keselesaan buatnya. Di hantaran tersebut, rata-rata ramai yang memuji tindakan Chef Wan yang benar-benar sayang dan sanggup berkorban untuk menjaga ibu tercinta.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
“Bapa Intai Saya Mandi!” Sharing Gadis Ini Pada Fynn Jamal Bukti Seriusnya Isu PEROGOL DALAM RUMAH

Rasa terkejut, tergamam dan marah… Rata-ratanya yang membaca sharing Fynn Jamal semalam pasti merasai perasaan serupa.
Kisah seorang gadis yang menghantar Direct Message secara peribadi kepadanya, mengadu tentang peristiwa ‘diintai’ oleh bapa sendiri semasa mandi membayangkan betapa sakitnya masyarakat hari ini.
Susulan isu ‘Perogol Dalam Rumah’ yang Nona hadiri minggu lalu, kes yang diketengahkan oleh Fynn Jamal tersebut membuktikan kewujudan ‘penjenayah’ di kalangan ahli keluarga sendiri.
Baca komen padu selebriti berniqab ini untuk gadis tersebut. Semoga mangsa yang membaca cepat-cepat bertindak menyelamatkan diri sebelum terlewat! Norzalina Mohd Alias
========================
fynnjamal GET. OUT. OF. YOUR. HOUSE.
.
it has stopped being your home the moment all this began.
.
pilihan yg wujud apabila kau sedari kau dijahati ahli keluarga sendiri ada dua:
.
1) cakap
2) keluar
.
pilihan pertama: speak up
.
akan ada dua kemungkinan.
1) kena tuduh menipu
2) diberitahu yg mereka tau
.
pilihan kedua: get out
.
boleh explain kenapa pd famili. boleh juga tak explain. just cakap pada famili yg kita minta perlindungan. nenek. atok. makcik. sapa2. tell them so you can get out.
.
ye. kemungkinan org tak percaya tu ada. nak pulak kita jenis nakal. ada je drama dari dulu. so nak cerita— siapa je nak percaya.
.
so bila kau rasa TAK ADA SATU PUN yg sudi nak dengar masalah kau—
ada dua pilihan.
.
1) polis
2) talian nur
.
report polis tak semestinya akan ada tangkapan. kdg2 dia bantu buat siasatan. kalau nak mengadu dan kaunseling, call talian nur di 15999. dari mana2 jenis fon. JUST CALL.
.
tell them what you feel. rasa tak selamat. rasa takut. rasa apa sahaja.
.
KECUALI rasa kotor. sebab for whatever reasons kau dijahati— it is THE RIGHTS of the child to feel safe at home.
.
it is YOUR RIGHTS to feel safe.
.
may الله save us all, my darling sisters, from the evil doings of our family members nauzubillah.
.
and mothers,
stay alert.
dan SEBAGAIMANA kau sayang suami kau—
please dont call your children liars when they go to you.
.
the least you can do is siasat sama2.
.
kalau tak mampu buat apa2—
listen.
.
sorry guys. so emotional today. sbb selalu sgt dpt kes macam ni. last2 anak tu kena je hadap. sbb takde tempat nak pergi.
.
end up pregnant.
pastu aku kena uruskan lagi.
.
allahu akbar.
ya الله,
save us from ourselves.
========================
Perkongsian ini turut mendapat banyak komen daripada followers beliau, antaranya berkongsi situasi sama yang pernah dilalui sewaktu remaja. Sebuah isu dalam kain yang serius sebenarnya.
Fynn Jamal merupakan selebriti tanah air yang menceburi pelbagai bidang seperti nyanyian, penulisan kreatif, dan juga perniagaan. Kerjaya Fynn Jamal bermula sebagai penyanyi, pelakon teater, penulis lirik dan penerbit muzik.
Namun kini, beliau lebih selesa menjadi pendidik, motivator, penulis dan pereka fesyen Muslimah. Beliau menamatkan pengajian ijazah dari Universiti Islam Antarabangsa dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana di Universiti Sains Malaysia.
Fynn Jamal sering dijemput untuk memberikan ceramah mengenai penghijrahan beliau kepada mentauhidkan Allah, memberi kesedaran kepada masyarakat tentang masalah sosial yang melibatkan remaja seperti kehamilan dan peranan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak autisme.
Sumber: Fynn Jamal
‘Dosa’ Menjelang MUSIM PERAYAAN, Ingat Pesan Ustazah Ini Sebelum Terus Hanyut!

Soalan: Bagaimana seorang wanita Muslimah boleh mengelakkan pembaziran ketika membeli keperluan hari raya? Apatah lagi kini terlalu banyak barangan online dijual di sosial media seperti baju, kasut, beg tangan, dan sebagainya. Apakah tip-tip yang boleh diamalkan agar kita sentiasa beringat dan menjadi seorang Muslimah yang tidak boros, suka bersaing dan menunjuk-nunjuk. Mohon Ustazah berikan pencerahan.
Jawapan: Pembaziran diambil dari kalimah bahasa Arab iaitu “Bazzara, Yubazziru, Tabzira” bermaksud membazir atau boros. Dari sudut syarak bermaksud sesuatu yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).
Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir sebagai saudara syaitan. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’:27)
Tidak dinafikan, zaman kini segala belian hanya dihujung jari. Saya sarankan agar kita menggunakan konsep “BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK”. Biarlah kita menjadi umat sederhana yang tidak melampau dan tidak keterlaluan dalam semua hal.
Dalam masyarakat Islam, perbuatan membazir ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Sebagaimana kelazimannya apabila hampir tiba Hari Raya Aidilfitri maka ramailah yang sibuk membuat persiapan seperti menyediakan keperluan rumah, pakaian, makanan dan minuman serta bermacam lagi.
Walau macam mana sibuk pun, janganlah kita lupa kewajipan terhadap Allah SWT khususnya di akhir Ramadan iaitu membayar zakat fitrah. Ia kewajipan dan pelengkap ibadat puasa serta penutup kecacatan yang berlaku ke atas ibadat puasa yang dilakukan.
Sentiasalah bersederhana, tidak berlebih-lebihan dan membazir contohnya dalam menyambut Hari Raya. Jangan terlalu ikut hati sehingga berbelanja lebih dari kemampuan dan menyusahkan diri. Jangan jadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk bermegah-megah dan bermewah-mewah sehingga berlaku pembaziran.
5 tip berikut dapat membantu anda agar tidak boros dalam persiapan hari raya:
- FAHAMI TUJUAN SEBENAR HARI RAYA – Bagi meraikan kejayaan hamba-hamba Allah SWT yang telah melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Maka, sambutan itu biarlah atas landasan agama dan menjadi ibadah.
- ELAKKAN PERSIAPAN SAAT AKHIR – Sehingga larut malam menyebabkan ada yang tidak sempat menunaikan solat Subuh dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri kerana tidak terjaga dan keletihan.Persiapan saat akhir menyebabkan kita rambang mata sehingga membeli barang-barang yang tidak perlu.
- HIDUPKAN MALAM MENJELANG RAYA DENGAN DOA, ZIKIR & LAUNGAN TAKBIR – Pada malam raya pertama disunatkan untuk melaungkan takbir seterusnya membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa.
- FOKUS PADA PAGI RAYA PERTAMA – Disunatkan mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri, bukannya mandi seperti hari-hari biasa. Disunatkan juga memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut, memotong kuku dan menyarungkan pakaian paling elok kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias dan kemas. Sebelum ke masjid disunatkan memakan kurma dengan bilangan ganjil yang merupakan amalan Rasulullah SAW.
- AMALKAN ZIARAH – Boleh bertukar juadah bagi menyatukan tali persaudaraan setelah lama tidak berjumpa. Sudah tentu amalan menziarahi kaum keluarga, sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk bermaafan dan mengeratkan silaturahim.
- MENJAGA BATASAN DALAM PERHUBUNGAN – Elakkan daripada dicemari dengan perkara-perkara yang bertentangan hukum syara’ dan berdosa seperti bersalaman dengan bukan mahram, memakai pakaian yang mendedahkan aurat, menghidangkan benda-benda haram dan sebagainya. Ia tidak mendatangkan berkat seterusnya menyebabkan kemurkaan Allah SWT.
Mudah-mudahan ibadat puasa Ramadan dan segala amal ibadat yang kita kerjakan selama ini diterima Allah SWT dan mendapat rahmat, keberkatan serta keampunan dari Yang Maha Esa. Amin Ya Rabbal’alamin.
300 Pemimpin & Usahawan Muda Bakal Dibentuk Setiap Tahun. Usaha Bantu Anak Muda Ceburi Dunia Bisnes!

Tahukah anda, untuk berjaya dalam sesebuah perniagaan, asas dalam pengurusan organisasi merupakan antara perkara utama yang perlu dititikberatkan. Atas kesedaran tersebut, seramai 300 usahawan muda dan pemimpin organisasi bakal dilahirkan melalui inisiatif Innovative School of Management (ISM) di mana mereka bakal dibekalkan dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk memimpin.

Menurut Presidennya, Amir Faisal Ahamed Latfi, program Usahawan Jutawan Muda yang diperkenalkan memenuhi kehendak semasa dan dalam masa sama dapat membantu usaha kerajaan memastikan tiada pelajar tercicir dalam pembelajaran akademik ditambah dengan penerapan aspek kepimpinan.
“Melalui program Usahawan Jutawan Muda, kami dapat membantu anak-anak muda ini terutama dalam aspek pembangunan jati diri, kepimpinan dan pengurusan yang merupakan elemen penting bagi sesebuah perniagaan berkembang termasuk dalam sesebuah organisasi jika mereka bekerja nanti.

“ISM mensasarkan untuk melahirkan 300 usahawan muda bermula tahun ini yang direka bentuk untuk memberi inspirasi dan memperkasakan pelajar dengan menerapkan semangat keusahawanan dalam membangunkan generasi pemimpin sesebuah organisasi yang berdaya saing dan berkaliber di masa akan datang.
“Mereka ini bukan sahaja mempelajari teori sebaliknya secara praktikal melalui perniagaan di mana setiap pelajar bukan saja ada pensijilan akademik nanti bahkan ada perniagaan masing-masing ketika belajar di sini. Ia memastikan pelajar bersedia mengharungi cabaran dunia alam kerjaya sebenar sama ada sebagai usahawan mahupun pemimpin sesebuah organisasi,” katanya ketika pelancaran program Usahawan Jutawan Muda oleh ISM, di sini hari ini.

ISM sebagai institusi pendidikan yang inovatif yang berbeza daripada yang lain, bukan sahaja menyampaikan pengetahuan akademik tetapi juga menyediakan pelajar-pelajar dengan pengalaman dan kemahiran sebenar sebagai seorang pemimpin masa depan.
“Landskap ekonomi yang turun naik, polikrisis dunia memerlukan penyelesaian inovatif dan program ini dapat memperkasa usahawan muda menyumbang idea transformatif yang boleh memacu pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi.
“Selaras dasar Malaysia untuk mewujudkan lebih ramai usahawan, kami juga mengguna pakai dunia digitalisasi dan teknologi terkini supaya kekal berdaya saing dalam ekonomi global,” jelasnya.
Dalam pada itu, Amir Faisal memberitahu, antara objektif teras Usahawan Jutawan Muda ialah membantu diri, keluarga dan masyarakat dengan melahirkan pelajar dengan nilai kepimpinan sebenar, integriti termasuk amalan kemampanan, alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
“Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan impak positif kepada keluarga dan komuniti serta menyediakan laluan untuk kemajuan sosioekonomi dan mobiliti,” ujarnya.
Sementara itu, Amir Faisal menyatakan program Usahawan Jutawan Muda itu sebenarnya terinspirasi daripada RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) yang berpengalaman dalam 15 tahun melahirkan usahawan jutawan dan berjaya di negara ini.
Jelasnya, daripada situ kami membangunkan suatu model yang komprehensif dalam usaha membangunkan pelajar-pelajar yang berkompetensi dan bersedia untuk memimpin bila tamat pengajian.
Program Usahawan Jutawan Muda kini menerima permohonan daripada pelajar yang bersemangat dan bercita-cita untuk menjadi usahawan mahupun bakal pemimpin masa depan.