Dirinya hanya wanita biasa yang lahir sebagai seorang anak kampung. Namun daya pemikirannya sangat luar biasa dan jauh ke depan. Tahu matlamat hidup, tahu apa yang terbaik demi masa depannya serta keluarga.
Beliau adalah figura di sebalik jenama beg dan kasut, Christy Ng yang terkenal di kalangan wanita Malaysia. Bertapak lebih 10 tahun di Malaysia dengan 11 cawangan, jenama Christy Ng terkenal dengan pelbagai rekaan kasut dan beg yang sesuai digayakan untuk aktiviti harian serta ke tempat kerja. Produk bukan hanya dijual di kedai bahkan turut diniagakan secara online.
“Saya berasal dari kampung di Kluang, Johor. Selama ini ramai yang ingat saya dari keluarga yang ‘have-have’ dan urban. Tanggapan mereka salah. Makan pun pakai tangan sahaja. Bapa saya bekerja sebagai tukang cuci aircond. Kami bukan keluarga senang, duit tak jatuh dari langit. Saya anak sulung dari dua adik beradik.
“Sebab itu sejak kecil lagi saya perlu rajin berusaha untuk bantu keluarga. Buat banyak kerja part time. Semasa umur 9 tahun, saya sudah mula belajar berniaga. Pergi ke stesen LRT jual bunga. Itulah pekerjaan pertama saya. Saya seorang yang jenis ‘muka tebal’. Buang rasa malu dengan berdiri di tepi jalan buat sale.
“Selepas tamat persekolahan, saya kerja part time dan simpan duit untuk dijadikan modal berniaga. Saya bermula dengan modal RM10 ribu sahaja tanpa bantuan dari sesiapa. Itulah hasil titik peluh dan air mata saya sepanjang bekerja part time sebelum berniaga kasut di pasar malam.
Ads
“Berniaga ni kena pandai memujuk, barulah pelanggan hendak membeli. Semua cara saya sudah cuba termasuklah buat ‘muka tebal’ guna mikrofon ketika menjual di pasar malam.
“Stok kasut saya beli dari Thailand, buat macam trading. Beli dari Thailand kemudian saya jual di pasar malam di Malaysia. Sampailah suatu hari, ada seorang rakan mencadangkan saya buat jenama sendiri. Bezakan diri saya dengan orang lain yang ada unique selling point. Dari situ saya mula belajar cara mereka kasut, cara membuat tempahan, manufacture kasut dan sebagainya.
“Sepanjang berniaga di pasar malam, saya dapat kenal banyak kilang dari Thailand dan China. Dari situ ada network kilang maka saya buat production sendiri. Perlahan-lahan saya melangkah mengembangkan perniagaan,” bual wanita berusia 34 tahun ini.
Ads
DETIK PALING SUKAR
“Ketika fasa pandemik COVID-19. Setiap hari saya menangis, mohon pada Tuhan semoga terus dipanjangkan umur untuk meneruskan perniagaan ini. Saya bersyukur kerana masih diberikan nafas untuk meneruskan hidup. Saya juga amat berterima kasih kepada semua pelanggan yang masih setia dan support Christy Ng dari mula sampailah sekarang. Dengan sokongan merekalah saya masih ‘hidup’,
“Saya juga pernah dipandang rendah oleh ibu saudara sendiri yang suka bercakap hal negatif kepada ibu saya. Katanya saya tidak boleh berjaya, tiada pengalaman dalam perniagaan, tiada modal dan macam-macam lagi. Siap cakap saya akan gagal. Ibu ‘termakan’ hasutan lalu merasa risau dan takut dengan nasib saya.
“Kebetulan waktu itu online, media sosial dan e-commerse tidak sehangat sekarang. Jadi, ibu saudara saya kata tiada siapa yang akan beli kasut secara online. Sejak itu saya nekad untuk buktikan kepadanya yang saya tidak akan jatuh dan mampu berjaya. Apabila orang berkata negatif, saya akan bangkit. Jangan biarkan ia ‘membunuh’ semangat kita.”
Ads
BELAJAR DARI KESILAPAN
“Sepanjang 10 tahun berniaga banyak sebenarnya kesilapan yang dilakukan. Perkara paling penting bagi semua usahawan ialah pelanggan dapat terima dan suka produk kita. Antara kesilapan saya dulu, setiap kali hasilkan rekaan atau produk baru, saya tidak fikir kehendak pelanggan. Dari situ saya belajar, kalau saya seorang sahaja yang suka atau ‘syok sendiri’ itu tidak akan membantu bisnes.
Kehendak pelanggan itu paling utama. Kalau suka, mereka sanggup beli. Dulu, saya buat banyak kasut dan beg tetapi pelanggan tidak beli. Jualan teruk, kualiti produk tidak bagus. Dari situ saya belajar dan improve. Untuk dapatkan respon dari pelanggan, saya perlu bersedia terima kritikan.”
Baca artikel penuh dalam edisi istimewa NONA SUPERWOMAN 2022 yang sudah pun berada di pasaran. Dapatkannya sekarang!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salute dengan kekuatan yang ada dalam diri Najwa Latif. Saat wanita senasib dirinya tak mampu move on dan meratapi hubungan cinta tidak kesampaian, penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku ini enggan terus ‘bermuram durja’. Sedar perjalanan hidup masih panjang dan percaya dengan ketentuan ilahi, Najwa bangkit menggapai impian.
Tidak pernah menyangka mampu menamatkan pengajian hingga ke tahap Master, Najwa bagaimana pun mengakui pernah putus harap dan mahu berhenti belajar ketika berusia 16 tahun. Namun hasrat tersebut dihalang ibu tersayang. Dan semalam, Najwa berkongsi berita gembira di media sosial miliknya selepas menerima keputusan semester terakhir pengajian.
Antara insan paling bahagia dengan keputusan Najwa ialah ibunya, Zarina Saamah. “The best thing yang happened this morning was I called my mom and told her about my results. She said, “Alhamdulillah. Thank you Wawa. Mama happy.” I cry!
Bila everyone cakap I won’t make it. I believe them and Wawa bukan jenis nak prove I’m best dekat semua orang. But, I work with what I have. Fortunately, I have my family, abang Azahari (my best manager), my good friends yang believe and encourage me to finish whatever that I’ve started.
They also remind me to have fun dalam apa Wawa buat. Wawa putus cinta time master. That explains my weight yang korang banyak sangat sebut tu. Tapi korang nak tahu apa Tuhan bagi lepas tu?
Peluang untuk bernafas dan cuba jadi lebih baik lagi. Family yang percaya pada Wawa when Wawa tak percaya diri Wawa. Kawan-kawan yang sangat baik. Supervisor yang paling cool dalam dunia ni. Students yang banyak perangai tapi best.
You see, when you feel like banyak benda you dah plan tak jadi, have faith. Allah tahu yang terbaik. Look around. Bersyukur. Usaha cari. Banyak nikmat Allah bagi. Kita nak nampak atau tak je. Kalau semua orang rasa korang tak cukup bagus for them, you don’t have to prove to them. Prove to yourself that you are enough.
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif sebelum ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR) pada 2017. Dia kemudian meneruskan pendidikan tinggi dalam jurusan sama di Universiti Malaya (UM) di peringkat Master.
Waktu awal melanjutkan pengajian kira-kira dua tahun lalu Najwa pernah memaklumkan dia terpaksa melupakan niat untuk sambung belajar ke United Kingdom (UK) demi ibu tercinta yang mahu dia sentiasa berada dekat dengan keluarga.
Ujar Najwa lagi, “While I’m writing this, Wawa masih takda boyfriend lagi when kawan-kawan Wawa ada yang dah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak. Tapi guess what? Berkat doa semua orang, Wawa habis master, grad this year inshaAllah. So, takda boyfriend takpa, tapi Wawa dapat nampak 4 for the first time dalam hidup ni.
Alhamdulillah, I know I rarely say this tapi Mama, Ayah, Wawa harap I make you proud this time. Walaupun cuma dari jauh. Thank you sebab selalu doakan Wawa.”
Moga lepas majlis graduasi nanti Najwa dapat kembali aktif dalam industri seni dan menjadi contoh inspirasi terbaik kepada lebih ramai golongan muda selain membuktikan kemampuan anak seni negara yang tidak hanya berbakat tetapi juga berilmu.
Kredit: Instagram Najwa Latif
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa Acacia Diana dan kenapa namanya tiba-tiba tular di media sosial. Ya, Acacia Diana seorang jurugambar muda yang kreatif, aktif dan berpengalaman. Dikurniakan bakat membidik dan merakam gambar diselangi paras yang menawan, siapa menyangka dia menjadi mangsa hendapan seorang lelaki selama bertahun-tahun lamanya.
Dia bukan model, peragawati atau pun selebriti. Namun apa yang berlaku menunjukkan bahawa tiada siapa yang terlepas dari menjadi mangsa ‘stalker’ baik lelaki mahupun perempuan.
Acacia mengakui telah melakukan pelbagai cara untuk mengelakkan diri daripada diganggu termasuk membuat laporan polis, berpindah ke luar negara dan memaklumkan pelakuan lelaki itu kepada keluarga suspek.
Acacia juga turut berkongsi dirinya terpaksa melalui pelbagai kejadian tidak menyenangkan sepanjang dirinya diekori, antaranya pelaku mengekorinya ke tempat kerja sehingga ke rumah. Malah, Acacia mendedahkan pelaku turut membuka 30 akaun palsu semata-mata untuk mengendapnya.
Bangkit mempertahan diri, dan enggan dirinya dijadikan mangsa perilaku tak bertamadun, namun tak semua usaha Acacia berhasil! Suspek masih lagi tidak berhenti menganggunya malah sanggup mengikut Acacia ke United Kingdom. Lalu, Acacia terpaksa ‘jalan lain’, iaitu menggunakan media sosial untuk mendedahkan identiti lelaki yang menghendap beliau sejak lapan tahun lalu.
Walaupun tahu dirinya bakal menjadi perhatian umum, namun tindakan Acacia membuktikan dirinya bukan insan yang lemah dan mudah membiarkan dirinya diganggu tanpa henti, walaupun Acacia sudah membuat laporan polis berhubung gangguan seksual secara dalam talian telah sejak 2018.
Dan hari ini, Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memerintahkan bekas pereka sambilan yang berdepan tuduhan menghendap dan melakukan gangguan berulang terhadap jurugambar wanita menjalani pemerhatian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama sebulan, sekaligus menjadi individu pertama di Malaysia didakwa atas kesalahan ‘stalking’.
Polis turut menerima laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) selepas kes gangguan terhadap jurugambar itu tular di media sosial. Berdasarkan sumber Gempak, Acacia mengakui dirinya masih trauma dan sehingga kini masih rasa dirinya diperhatikan.
Walau apa pun, NONA cukup kagum dengan semangat dan kekentalan jiwa Acacia yang bangkit mempertahankan privasi dirinya dari berterusan diekori dan dicabuli. Semoga kisah Acacia ini menjadi inspirasi buat semua wanita untuk sentiasa berhati-hati.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktiviti kebajikan sememangnya sudah sebati dalam diri Dr Jezamine Lim. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu sampai sekarang, pelbagai bantuan telah diusahakan bersama suami tercinta yang juga pelawak terkenal, Harith Iskander. Tidak hanya membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19, pada awal Januari lalu Dr Jezamine turut menghulurkan sumbangan kepada penduduk Orang Asli yang terkesan bencana banjir di Kelantan dan Terengganu.
Ligat memasuki kawasan pedalaman dan perkampungan semata-mata memastikan bantuan sampai kepada golongan memerlukan, ibu kepada tiga cahaya mata ini langsung tidak kisah meredah cuaca panas mahupun hujan. Malah, Dr Jezamine juga sanggup ‘berpisah’ dengan anak-anak selama beberapa hari demi menjayakan usaha murni tersebut.
Pujian juga harus diberikan kepada pasangan suami isteri berjiwa penyayang ini kerana cukup kental and optimis membuat kerja kebajikan. Selain meringankan beban masyarakat terjejas di negeri Pantai Timur, Dr Jezamine turut menyertai misi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di Johor.
Terbaharu, Dr Jezamine dan Harith Iskander menyantuni masyarakat memerlukan di Melaka pula sempena bulan Ramadan. Lebih istimewa, mereka berdua berpeluang bertemu Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Melaka demi menjayakan niat murni berkenaan. Alhamdulillah.
Berkongsi perkembangan tersebut di Instagram miliknya, Dr Jezamine dalam nada teruja menjelaskan, “Happy to be back at Melaka! Was an honour to be invited by TYT Tun Seri Setia Dr Hj Mohd Ali Rustam, Yang DiPertua Negeri Melaka for our distribution of grocery care packs to 300 families most affected by the pandemic.
Manage to catch up about the biotech and stem cells industry in Melaka. Thank you The Hope Branch, Eric Lee, Bard Hanief. And also our amazing volunteers who helped pack all the 300 care pack bags. Each care packs worth RM150 and hope it helps ease the recipients burden this holy month.”
Untung Harith Iskander dikurniakan isteri yang bukan hanya berpendidikan tinggi, bekerjaya dan cantik tetapi juga sangat prihatin terhadap nasib golongan kurang bernasib baik. Dr Jezamine sah bergelar isteri Harith Iskander pada 12 Jun 2010.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne Iskander, Alessandrea Jayne Iskander dan Zydane Xayne Iskander. Dr Jezamine merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) in Stem Cell and Tissue Engineering dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kredit: Instagram Dr Jezamine Lim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun Mira Filzah merupakan selebriti terkenal tanah air dan cukup sebati dengan dunia fesyen namun aktres jelita ini mengakui ibu mentua, Datuk Mastura Yazid lebih pandai bergaya dan berani mencuba pelbagai warna dalam fesyen harian berbanding dirinya.