Dalam sebuah keluarga, anak-anaklah yang menjadi tulang belakang serta kekuatan utama buat ibu bapa. Susah senang dilalui bersama, saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

Farah Shazliyana anak kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datin Seri Shamshida Taharin. Bergelar anak kepada seorang ahli politik yang mempunyai kedudukan dan pengaruh kuat dalam pentadbiran negara menjadikan Farah seorang wanita yang matang dalam usia 29 tahun.

“Kami Sentiasa Ada Untuk Abah Di Saat Susah Atau Senang” FARAH SHAZLIYANA Kongsi Luahan Rasa Buat Bapa

BANGGA DENGAN ABAH

“Saya bersyukur dikurniakan seorang bapa yang sangat baik. Abah seorang yang workaholic. Hardworking is an understatement. Sejak dulu lagi Abah bekerja keras untuk memberikan yang terbaik buat keluarga. There is no such thing as time for himself as he dedicates his life doing his best in any responsibilities he took on.

Saya melihat Abah seorang yang sangat sabar, cekal dan berprinsip. Abah sering berpesan kepada kami tentang nilai-nilai penting yang perlu diamalkan dalam kehidupan. Hakikatnya bergelar seorang ahli politik bukan mudah. Selama berpuluh tahun Abah berkecimpung dalam dunia politik.

Walaupun berdepan dengan bermacam dugaan namun Abah terus kuat dan maju ke hadapan. Setiap perkara yang dilakukan hanya kerana Allah SWT. Setiap kali Abah merasa tertekan mahupun down kami akan selalu mengingatkannya bahawa kami sentiasa ada untuk Abah.

Kami akan sentiasa menyokong Abah di saat susah atau senang. Kami yakin dengan sokongan akan menjadi kekuatan utama buat Abah dalam mengharungi cabaran dalam kariernya.

“Kami Sentiasa Ada Untuk Abah Di Saat Susah Atau Senang” FARAH SHAZLIYANA Kongsi Luahan Rasa Buat Bapa

“Kami Sentiasa Ada Untuk Abah Di Saat Susah Atau Senang” FARAH SHAZLIYANA Kongsi Luahan Rasa Buat Bapa

Begitu juga dengan Mummy yang sangat sabar mengharungi setiap ujian dalam hidupnya. Mummy akan sentiasa tersenyum, positif dan mencari kebaikan di sebalik semua yang terjadi.

Sebagai isteri Mummy sangat memahami dan supportive. Saya anggap Mummy seperti sahabat baik kerana mudah untuk saya kongsikan masalah bersamanya. Mummy juga seorang yang merendah diri, suka mendekati dan membantu golongan memerlukan melalui program-program kemasyarakatan yang dilakukan.

Saya bangga memiliki Abah dan Mummy yang sentiasa melayan sesiapa saja dengan baik tidak kira apa pun status mahupun latar belakang mereka.”

ABAH PANDAI MASAK

“Bercakap tentang menu raya kegemaran kami sekeluarga semestinya rendang daging homemade. Kelazatannya akan menjadi lebih luar biasa kalau Abah sendiri yang masak. Abah sememangnya pandai masak. Rendang daging merupakan salah satu menu kegemaran Abah setiap kali raya.

Selain itu, balik kampung juga antara momen Syawal paling indah buat kami sekeluarga. Setiap kali pulang ke kampung jiwa saya akan rasa seronok sangat. Tapi setelah arwah nenek meninggal dunia kami sudah lama tidak ke sana. Sejujurnya saya amat rindukan suasana kampung.”

WARISI KECANTIKAN IBU

“Ibu seorang yang mengamalkan pemakanan sihat antaranya makan nasi sejemput bersama lauk. Tidak hairanlan ibu kini masih kelihatan bertenaga dan awet muda walaupun usianya 54 tahun.”

“Kami Sentiasa Ada Untuk Abah Di Saat Susah Atau Senang” FARAH SHAZLIYANA Kongsi Luahan Rasa Buat Bapa

“Kami Sentiasa Ada Untuk Abah Di Saat Susah Atau Senang” FARAH SHAZLIYANA Kongsi Luahan Rasa Buat Bapa

Sempena Hari Bapa ini ucapan tulus Farah buat bapanya.

“Selamat Hari Bapa Abah. Terima kasih kerana menjadi contoh terbaik. Kami sangat bangga memiliki seorang ayah seperti Abah. I learnt a lot from you. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan mengurniakan yang terbaik buat Abah di dunia dan akhirat. I love you very much!

Farah merupakan perunding kewangan di sebuah bank dan ibu kepada Farah Inayah Rose yang kini berusia satu tahun.

“Kami Sentiasa Ada Untuk Abah Di Saat Susah Atau Senang” FARAH SHAZLIYANA Kongsi Luahan Rasa Buat Bapa

Kredit Foto: Instagram Farah Shazliyana Azmin

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI