Duta dan Ikon Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI iaitu Iman Troye dan MK K-Clique gembira apabila dapat meraikan anak-anak yatim dan asnaf pada Majlis Raikan Syawal PTTI di Pertubuhan Kebajikan Peribadi Mulia, Kajang, Selangor, kelmarin.
Iman, 21, atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin berkata, penganjuran majlis itu sedikit sebanyak menceriakan hari penghuni rumah kebajikan itu yang jarang-jarang dibuat untuk mereka.
“Alhamdulillah, tahun ini PTTI membuat sesuatu yang istimewa dengan mengadakan majlis meraikan Syawal di rumah kebajikan terpilih. Tentu saja sambutan ini menggembiran adik-adik di situ. Jelas kelihatan keceriaan pada raut wajah masing-masing.
Ads
“Kehadiran kami bukan saja ingin meraikan mereka, tapi PTTI juga turut menghulurkan sumbangan RM15,000 bagi meringankan kekurangan dan beban ditanggung pertubuhan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, fokus utama PTTI adalah untuk membantu lebih ramai orang.
“Kami bukan saja membantu pelajar dalam menguasai pelajaran mereka, tapi keutamaan kami juga adalah ingin melihat lebih ramai anak bangsa kita berjaya. Sebab itu, di PTTI apa yang kita buat ini adalah bersifat menyeluruh.
Ads
“Selain menekankan aspek pembelajaran, kami tentunya ingin membantu lebih ramai orang yang kurang berkemampuan. Saya percaya, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain, insya-Allah,” katanya.
Selain sumbangan, anak-anak yatim dan asnaf turut menerima duit raya dan pelbagai hadiah daripada PTTI.
Ads
Pada majlis sama, PTTI turut meraikan guru-guru PTTI sempena Hari Guru. Pertubuhan Kebajikan Peribadi Mulia mempunyai 75 orang penghuni yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 1 hingga 17 tahun dalam kalangan anak-anak yatim dan golongan asnaf.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenama kaca mata, Bolon, menyatukan elemen kemahiran, seni dan fesyen dalam menyerlahkan lagi keanggunan rekaan untuk koleksinya yang terbaharu. Kali ini, koleksi ini meraikan keperibadian setiap individu yang memiliki personaliti serta stail tersendiri. Setiap koleksi menawarkan rekaan fesyen kontemporari yang cukup unik. Ia juga dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi dengan sentuhan teknik kemahiran terkini.
Koleksi musim ini diinspirasikan oleh Jewellike (inspirasi rekaan barang kemas), Wavy (inspirasi rekaan ukiran), Eiffel (inspirasi rekaan Menara Eiffel) serta Layers (inspirasi rekaan corak geometri).
Mula diperkenalkan pada tahun 2003, Bolon telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2016 dan jenama ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan di segenap rantau Asia Pasifik.
Bolon yang sentiasa mengikuti gaya fesyen terkini menawarkan ciri-ciri rekaan Itali yang elegan dan berkualiti tinggi serta penggunaan bahan-bahan kaca mata terbaik seperti Resin Asetat Premium Itali yang terkenal dengan pemilihan warna dan tekstur yang menarik. Juga, Resin Memori TR90 buatan Switzerland yang tahan lasak dan ringan.
Penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan penelitian inovatif merupakan kunci kepada rekaan kedua-dua koleksi kaca mata hitam dan kaca mata optik Bolon. Kombinasi rekaan kaca mata Bolon dengan teknik kemahiran terkini dapat menjamin keaslian produknya di samping memberi keselesaan penglihatan si pemakai.
Sejak pelancarannya, Bolon telah memenangi beberapa anugerah dan telah diiktiraf sebagai salah satu jenama kaca mata yang paling berpengaruh. Kaca mata Bolon merangkumi kaca mata hitam untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak selain menampilkan koleksi menarik optik untuk wanita dan lelaki. Salah satu keunikan jenama ini ialah koleksi Bolon kanak-kanak dengan gaya yang sepadan dengan kaca mata dewasa. Koleksi ini dikenali sebagai Mini-me.
Koleksi kaca mata hitam Bolon dilengkapi dengan kanta polarisasi yang berdefinisi tinggi agar si pemakai dapat menikmati pengalaman penglihatan terbaik dengan teknologi E-SPF (Faktor Perlindungan Cahaya Matahari untuk Mata) yang memastikan keselesaan dan perlindungan adalah pada tahap yang terunggul.
Kaca mata Bolon boleh didapati di semua butik optik A-Look, Proeyes dan Seen di Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Bolon 2017, sila layari www.boloneyewear.com.ROSMAHIDAYUABUSAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu berita yang tidak disangkakan! Pelakon Datin Seri Zizie Izzete mendedahkan beliau kini hamil tiga bulan selepas tidak sampai sembilan bulan melahirkan sepasang bayi kembar lelaki.
Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Dato’ Seri Bung Mokhtar itu berkongsi berita gembira itu di laman instagram miliknya dengan memuat naik gambar kit ujian kehamilan.
Melahirkan anak kembarnya secara pembedahan sebelum ini, masih tersimpan lagi rasa gementar dengan kehamilannya kali ini.
“I have always wanted another baby, but i didn’t expect to be expecting again too soon.
Risau, takut semua memang ada. Iyalah, perut nak kena potong lagi”, tulisnya.
Tak sabarnya nak tunggu new baby daripada Datin Seri Zizie. Walaupun mempunyai pembantu untuk menguruskan anak-anaknya yang masih kecil, tapi beliau tidak menyerahkan 100% urusan kepada pembantu malah menjadikan tugas sebagai ibu kepada empat orang anak sebagai satu kenangan yang terindah.
Datin Seri Zizie Izzete melahirkan sepasang anak lelaki kembar pada 29 Disember tahun lalu yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.
Pasangan yang berkahwin pada tahun 2009 ini turut mempunyai dua orang anak angkat Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Istana Buckingham sekali lagi bermandikan ucapan tahniah apabila Puteri Eugenie dan tunang, Jack Brooksbank mengumumkan pertunangan mereka.
Mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada musim luruh tahun ini di St. George’s Chapel, Istana Windsor – lokasi yang sama dengan Putera Harry dan Meghan Markle bakal berkahwin pada 19 Mei nanti.
Dalam foto rasmi yang dirakamkan ini, pasangan berdarah manis itu kelihatan bahagia melemparkan senyuman manis. Puteri Eugenie tampak anggun dalam sepasang dress flora Erdem dan sepatu Jimmy Choo.
Terlihat juga sebentuk cincin pertunangan yang tersarung di jari manis Puteri Eugenie, berupa batu nilam padparadscha merah jambu dan dilingkari bebutir berlian kecil.
Memetik laporan Majesty Magazine, cincin ini mirip cincin milik ibunya iaitu Duchess of York. Rekaannya juga dikatakan serupa dengan cincin pertunangan Kate Middleton.
Puteri Eugenie of York, 27, merupakan cucu Queen Elizabeth II dan anakanda bongsu Putera Andrew. Beliau juga adalah sepupu kepada Putera William dan Putera Harry.
Manakala Brooksbank, 30, pernah bekerja sebagai pengurus di sebuah kelab malam di Mayfair, London sebelum kini bergelar duta untuk syarikat Casamigos milik aktor George Clooney, Rande Gerber (suami Cindy Crawford) dan Mike Meldman.
Mereka pertama kali bertemu pada tahun 2010 sewaktu meluncur ski di Verbier, Switzerland. Selepas 8 tahun menyulam kasih, Brooksbank akhirnya melamar kekasih hatinya di Nicaragua, awal tahun ini.
Berlatar belakangkan suasana gunung berapi yang indah, matahari tenggelam dan siulan burung-burung, lelaki tersebut melutut dengan romantis untuk memperisterikan Puteri Eugenie. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.