Dynas Mokhtar ‘LEGA’ Selepas Sah Bergelar ISTERI Shazrik Din Dengan Sekali Lafaz

Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar telah selamat menjadi suri hati Shazrik Din kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Dengan sekali lafaz, Dynas sah bergelar isteri kepada Syazrik yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Majlis pernikahan telah berlangsung di kediaman keluarga aktres itu kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Dynas dengan mas kahwin RM1,001. Dynas menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dengan wang hantaran RM10,000.

Menyarungkan busana ilham Syaiful Baharim, kejelitaan Dynaz terpantul sempurna dengan sentuhan solekan daripada Syed Faizal. Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 100 jemputan termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat.

Majlis turut dihadiri oleh rakan-rakan artis antaranya Scha Alyahya, Sazzy Falak, Daphne Iking, Atilia Haron dan rakan-rakan artis yang rapat.

 

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 26 Oktober tahun lalu. Pada 28 April nanti, majlis bertandang akan diadakan di Damansara, Petaling Jaya. Manakala majlis resepsi pula akan menyusul pada 5 Mei depan di sebuah hotel di ibu negara.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun. Di doakan moga Dynaz dan pasangannya kekal bahagia hingga ke Jannah.

Kredit: Syed Faizal dan Atilia Haron

 

IKLAN
Share