Wanita dan fesyen memang sukar dipisahkan. Pelbagai fesyen boleh didapati dan boleh dijadikan inspirasi untuk bergaya. Namun Fesyen tidak hanya menghadkan fokus terhadap trend dan jenama semata-mata. Sense of style juga perlu selari agar dapat memberikan impak yang terbaik. Mahu kelihatan relevan sepanjang masa?
IKLAN
Nona kongsikan 8 tip mudah untuk elak daripada menjadi mangsa fesyen. Ingat frasa ini, jangan jadi mangsa fesyen!
KUASAI BUSANA BASICS
Busana basic seperti celana denim dan kemeja putih kosong adalah must-haves untuk setiap wanita. Mereka mungkin ringkas tetapi mereka tetap boleh glammed up. Pilih satu statement piece seperti rantai leher, tas tangan besar atau sepatu tumit spiky. Pastinya anda akan tampak lebih elegan.
BIJAK MEMILIH FABRIK
Jangan sesekali menjadikan stail atau rupa sebuah busana sebagai satu faktor utama anda memilih busana tersebut. Pilihan fabrik yang tepat dan sesuai dengan bentuk tubuh adalah perkara yang wajib anda tahu. Pemilihan fabrik yang salah akan menjadikan tubuh anda kelihatan pelik dan janggal. Untuk tampak lebih baik, pilihlah busana dari fabrik cotton, wool gabardine, wool microfiber blends, wool crepe atau silk dan cotton blends.
JANGAN OVER
Aksesori seperti rantai dempak dan blings tampak sangat tepat untuk dipakai. Tetapi jika anda mahu tampak lebih sofistikated, anda harus sentiasa beringat ketika memilih. Ingat, hiasan terlalu banyak akan mengurangkan versatiliti busana yang anda pakai. Apabila fokus kepada blings yang menyakitkan pandangan akan memperlihatkan akan tampak terlalu sarat.
ALL ABOUT PROPORTION
Busana anda mungkin kelihatan muat dan terletak pada badan anda tetapi mainan proportion adalah tip fesyen yang harus anda tahu! Rule yang perlu dipatuhi: Sebagai contoh, jika anda memakai kardigan labuh, sebaiknya top anda di dalamnya haruslah lebih pendek. Jika memakai jaket jenis cropped, sebaiknya labuhkan sedikit top anda.
IKLAN
PILIH CORAK YANG GELAP
Pakaian yang mempunyai motif semestinya seronok untuk digayakan namun, pilihan stail dan corak yang salah hanya akan menyemakkan keseluruhan penampilan anda. Sebaiknya, pilih pakaian yang memiliki latar belakang yang gelap atau corak yang bertona. Ini membolehkan anda yang memiliki bentuk tubuh petite atau plus size tetap boleh menggayakan busana bercorak.
KETEPIKAN KESESUAIAN
Tidak semua fesyen terbaru yang sedang menjadi trend sesuai dengan anda. Pastikan potongan, rekaan dan warna barangan yang mahu dibeli sesuai untuk anda. Selain itu, saiz juga penting. jangan ikutkan hati untuk membeli walaupun saiznya terlalu besar atau kecil buat anda. Ia hanya membuatkan anda nampak seperti badut. Bergaya juga perlu seiring dengan personaliti dan gaya hidup. Berpakaian ikut kesesuaian umur juga penting.
IKLAN
TUDUNG BERMOTIF
Bagi mereka yang memakai tudung dan lebih gemar memakai jenis bermotif, elakkan daripada menambah corak cetakan yang sama pada blaus, celana mahupun sepatu. Tidak perlu menggunakan satu corak yang sama dari hujung rambut hingga ke kaki. Selain itu, cuba pilih warna yang lebih neutral seperti nude, hitam dan putih pada pakaian anda apabila menggayakan hijab yang bercetak dan bercorak sarat.
SUAI PADAN
Tidak salah jika anda ingin suai padan pakaian anda tetapi biarlah hasilnya sedap mata memandang. Jangan pula anda memakai skirt bersama legging, Turtleneck dengan seluar pendek atau apa sahaja yang menampakkan anda mangsa fesyen. Jangan kerana hendak berfesyen anda diketawakan. Sebelum menyuai padan sesuatu pakaian, sebaiknya lihat dahulu kesesuaiannya dari segi potongan, warna dan majlis yang ingin anda hadiri.
Keindahan flora dan fauna sekali lagi menjentik inspirasi buat jenama kristal Swarovski dalam kempen terbaharunya, METAMORPHOSIS bersama jurufoto fesyen Steven Meisel. Mengetengahkan motif mergastua seperti rerama, burung kakak tua, nanas dan penyu, Pengarah Kreatif Giovanna Engelbert berjaya menterjemahkan inspirasinya ke dunia nyata dengan persembahan styling mekap artis terkemuka, Pat McGrath.
Karya solekan Pat McGrath atau Dame Patricia Ann McGrath bertemakan flora dan fauna tropika menyerlahkan barangan kemas kristal yang digayakan oleh peragawati. Koleksi Swarovski dari himpunan Florere, Idyllic, Gema, Dextera dan Millenia jelas berkilauan dalam arahan seni kali ini.
Bidikan lensa Stevel Meisel pula menjadikan kempen tersebut lebih dramatik. Meisel menyerlahkan karakter peragawati dalam rupa rerama, burung kakak tua, nanas dan penyu persis suasana taman magis di Vienna Schönbrunn Palace milik Permaisuri Maria-Theresa pada abad ke-18.
“Taman ini tercipta daripada mimpi Permaisuri Maria-Theresa. Ia merupakan ruang seni yang fantastik, dilukis dengan mural flora dan fauna dari seluruh dunia yang tidak berkongsi habitat yang sama.
Pengarah Kreatif Swarovski, Giovanna Engelbert
Saya juga mahu mencipta taman kristal sebegini rupa. Meskipun ia tak mungkin wujud di dunia nyata namun masih mampu memberi keriangan yang sama.” Pengarah Kreatif Swarovski, Giovanna Engelbert
Ayuh lihat keindahan kempen METAMORPHOSIS yang diterjemahkan dalam seni solekan dan barangan kemas ni…
Watak rerama atau The Butterfly ini diambil daripada inspirasi himpunan Florere. Gandingan rona blush pink dan kuning menghiasi kelopak kristal bunga yang berkembang, secantik cincin koktel dan anting-antingnya.
Watak burung ini melambangkan kehidupan sosial dan jiwa yang gemarkan cabaran. Swarovski menyerlahkan himpunan Idyllia yang bertenaga dan berjiwa punk menerusi barangan kemas kristal merah dan kuning yang berani. Glamor dan yakin bereksperimentasi!
Tumbuh dari putik bunga yang kecil, nanas membesar menjadi buah-buahan tropika yang manis dan mengiurkan. Swarovski menterjemahkan keindahan barangan kemas kristal Idyllia – menyerlahkan kecantikan alam yang menjerit lantang, dengan potongan geometri yang rapi rona hijau keemasan.
Melambangkan usia yang panjang dan seni reka cangkerang penyu yang unik, Swarovski menyerlahkan keindahan barangan kemas kristal dari keluarga Millenia. Koleksi dari rona hijau berkilat dan merah jambu bukan saja elegan serta cantik dipandang, malah membuatkan sesiapa pun memuji berkali-kali.
Haluan fesyen global banyak beranjak sejak pandemik COVID-19. Banyak gedung pakaian ditutup, acara pertunjukan fesyen dibatalkan, stok melambak dan keperluan untuk mereka, menghasilkan serta mempersembahkan koleksi musim baru dikaji semula.
Lebih merisaukan, situasi ekonomi yang ‘terapung’ menjejaskan kuasa membeli golongan milennial dan Gen-Z. Akibat kesan tawaran kerja yang terhad, menyebabkan sebilangannya hilang pekerjaan atau dipotong gaji. Survival hidup pasca COVID-19 ini menjadikan industri fesyen semakin tenat.
Perubahan radikal ini turut mendorong rumah fesyen antarabangsa sehebat Saint Laurent untuk menukar landskap bisnes mereka.
Walau bagaimanapun, berkat usaha, strategi dan tawakal rezeki yang dijanjikan Allah SWT, kebanyakan pengusaha fesyen negara masih mampu mengaut untung sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa. Nona bersama Miss Larney atau Zuhurah Zaibidi, pemilik label Larney bercerita soal anjakan fesyen Malaysia selepas gelombang Coronavirus.
Nona: Hai, anda pernah beli pakaian preloved?
Miss Larney: Hai Nona! Jujurnya belum pernah lagi.
Nona: Sebagai orang fesyen, apakah nasihat anda untuk mereka yang suka membeli pakaian preloved?
Miss Larney: Sebenarnya bukan semua pakaian preloved itu murah dan berkualiti. Ada yang beli sebab terpedaya dengan visual atau gambarnya yang cantik dan ada juga kerana melihat populariti pemilik asal pakaian itu. Kalau dah preloved, bermaksud harganya pasti murah. Mungkin kalau potongan 70% baru berbaloi.
Echenta dan Miss Larney
Nona: Bagaimana anda melihat COVID-19 mengubah habit membeli-belah masyarakat?
Miss Larney: Kita dapat lihat orang ramai cenderung membeli-belah secara online. Tak kira melalui laman web, Instagram atau sekadar menggunakan platform WhatsApp. Ia secara tak langsung menjadikan individu yang dahulunya cenderung membeli secara tradisional, kini tiada pilihan untuk membuat pembelian secara digital.
Ia juga secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan yang baru. Contoh paling dekat, industri pembungkusan dan penghantaran. Cepat atau lambat sesuatu perkhidmatan, itulah yang akan diukur oleh setiap pembeli.
Nona: Apabila showcase atau fashion show yang membabitkan ramai jemputan tidak dibenarkan, bagaimana caranya pereka fesyen dapat memperkenalkan koleksi pada masyarakat?
Miss Larney: Pastinya secara online. Seperti Larney, kami banyak berurusan secara online, terutama sekali Instagram. Malah sejak dari awal lagi, strategi pemasaran kami adalah menggunakan platform digital kerana kebanyakan pelanggan Larney adalah celik digital.
Nisha Ezzati dalam persalinan Larney Raya 2020
Nona: Adakah teknik pemasaran pereka fesyen juga bakal berubah selepas ini?
Miss Larney: Teknik pemasaran fesyen tempatan sebenarnya sudah lama berubah sesuai dengan perkembangan teknologi yang pesat. Cuma mungkin masih tidak ramai lagi yang mempraktikkannya.
Daripada pemerhatian saya, dulu memang ramai yang membuat perniagaan secara offline atau menerusi butik fizikal, tetapi sekarang sudah ramai yang mengukuhkan perniagaan secara online.
Malah sudah banyak pihak yang meganjurkan kelas latihan atau seminar bagi memperkasakan teknik pemasaran online. Tak percaya? Cuba tengok di Instagram atau Google, pasti jumpa!
Nona: Hubungan sesama pereka fesyen sepanjang PKP tempoh hari, ceritakan pengalaman anda.
Miss Larney: Saya akui, PKP sebenarnya telah berjaya menyatukan hubungan baik antara pereka fesyen. Malah saya lihat ada satu persatuan pereka fesyen yang telah bersatu hati untuk sama-sama melahirkan persalinan Personal Protective Equipment atau PPE. Saya kagum dengan semangat yang sebegini.
Pihak Larney juga tidak ketinggalan menyiapkan persalinan PPE untuk kakitangan hospital. Kami juga sentiasa berhubung dengan pereka fesyen yang lain dan memberikan sokongan moral serta saling bertukar pendapat.
Apatah lagi kami perlu bertukar pendapat tentang isu semasa dan berbincang tentang cara terbaik memasar dan menjual produk kami sepanjang PKP ini.
Nona: Dengan siapa anda pernah berbual secara serius tentang fesyen?
Miss Larney: Ada beberapa individu dan pereka fesyen antaranya Christy Ng, Shukri dari jenama Locka dan juga Datuk Radzuan Radziwill.
Berborak dengan Christy Ng, beliau seorang pereka kasut yang tak pernah lokek dengan ilmu. Apatah lagi beliau banyak mengajar saya supaya menyimpan cita-cita yang besar dalam perniagaan fesyen.
Manakala bersama Shukri, kami banyak bertukar pendapatbagaimana untuk membuat sistem pemasaran secara online yang lebih berkesan mengikut situasi semasa. Bagaimana berhadapan dengan pesaing dan memajukan perniagaan.
Sementara itu, bersama dengan Datuk Radzuan Radziwill, beliau sebenarnya seorang pereka fesyen senior yang sangat merendah diri. Banyak juga Datuk berkongsikan situasi industri fesyen dahulu dan kini serta bagaimana untuk kekal relevan di dalam industri.
Nona: Pendapat anda tentang masa depan industri fesyen tempatan selepas COVID-19.
Miss Larney: Industri fesyen akan berjalan seperti biasa. Sebagaimana fesyen yang mengikut trend, begitu juga dengan situasinya selepas COVID-19. Cuma cabarannya bagaimana untuk meyakinkan pelanggan untuk terus menyokong sesebuah jenama.
Kerana di Malaysia, orang yang membeli fesyen kebanyakannya untuk menghadiri acara atau majlis. Jadi apabila kawalan pergerakan semakin ketat dan acara keramaian sudah tiada, jadi permintaan daripada pelanggan untuk melaram, juga akan berkurangan. Make sense kan?
Dari segi rekaan pula, saya tidak boleh terlalu syok sendiri kerana saya perlu tahu apa yang pelanggan mahukan sesuai dengan terjemahan konsep setiap koleksi mahupun rekaan di Larney.
InsyaAllah, apabila permintaan dan pengeluaran seimbang serta saling memerlukan, maka saya yakin industri fesyen kita boleh bertahan dan kekal.
Nona: Pasaran baju raya sepanjang PKP ini, bagaimana sambutan daripada pelanggan?
Miss Larney: Alhamdulillah, sambutan di luar jangkaan. Ini mungkin kerana ramai golongan wanita dan peminat Larney yang duduk di rumah atau Work From Home suka membeli-belah secara online.
Larney baru sahaja melancarkan koleksi sempena lebaran iaitu Larney Raya 2020. InsyaAllah, selepas ini Larney akan hadir bersama koleksi kasual yang pastinya akan mendapat perhatian ramai.
Kebanyakan pelanggan kami ialah ibu muda berkerjaya yang inginkan sesuatu rekaan bersifat feminin, sofistikated dan berketerampilan. Rata-ratanya membeli di website Larney sendiri iaitu www.larney.com.my.
Nona: Tiga barangan perlindungan diri yang wajib anda bawa selain face mask dan hand sanitizer.
Miss Larney: Biasanya ini kewajipan saya selain dua di atas…
Anti-bacterial wet tissue untuk lap apa juga permukaan licin terutama telefon bimbit dan cermin mata.
Lipbalm bagi menyegarkan bibir saya.
Essential oil yang selalunya saya akan letak di mask supaya sentiasa rasa segar dan bertenaga.
Mengakhiri temu bual ini, Miss Larney sempat berkongsi harapan beliau terhadap jenama yang dibina sejak lima tahun lepas itu.
“Sudah tentu saya ingin melihat perniagaan saya berkembang maju. Saya yakin terdapat banyak ruang dan peluang yang boleh diisi serta dikembangkan oleh pengusaha fesyen seperti saya. Banyak yang belum dicungkil dan insyaAllah sooner or later satu persatu pembaharuan yang bakal Larney tampilkan.
Saya juga menanam satu misi bagi peminat Larney di Malaysia untuk melihat lebih ramai kelompok yang menghargai fesyen modest untuk lebih bergaya, tidak kira ketika waktu formal ke tempat kerja atau santai. Larney juga bercita-cita untuk menjadi sebuah hab gaya hidup untuk wanita di negara ini,” akhirinya.
Sebagai individu yang memiliki paling banyak pengikut laman sosial instagram seluruh dunia. Kolaborasi antara Coach dan Selena Gomez cukup ideal melambangkan gaya moden wanita masa kini yang segar. Kolaborasi ini merangkumi rekaan beg yang digelar The Selena Grace Bag dan juga rekaan item fesyen seperti aksesori dan barangan kulit lain yang lebih kecil yang ditawarkan untuk masa terhad.
Rekaan beg Selena Grace ini datang rekaan dua pemegang dan ia dinamakan sempena nama selebriti ini dan setiap kualiti yang ada pada beg ini selari dengan personalitinya. Esen rekaan yang mengambil kira gaya All-American, ia adalah sebuah beg yang sesuai digayakan untuk apa jua acara seharian wanita.
Menariknya beg ini ia datang dengan ‘sentuhan’ peribadi Selena Gomez menerusi tag gantung dengan tanda tangannya dan juga tampalan cerita dibahagian dalam beg dengan pesanan mesej yang berbunyi, ‘To Be You Is To Be Strong’. Menjadikan beg ini lebih istimewa bahagian luar bawah beg ini juga diserlahkan dengan kata-kata positif ‘Love Yourself First’ dalam sulaman tulisan tangan pelakon dan penyanyi terkenal ini.
Beg ini hadir dalam tiga warna berbeza iaitu hitam buah ceri, putih dan merah. Menariknya satu digelar sebagai Selena Black Cherry, Selena White dan Selena Red. Beg ini akan mula dijual seluruh negara pada 1 September nanti.-Fiezreen Ahmad