Elakkan ‘Campur-Campur’ Produk Muka, Belajar Konsisten & Setia Pada Satu Jenama

Salah satu persoalan popular tentang ilmu penjagaan wajah adalah sejauh mana keberkesanan sesuatu produk jika dicampur dengan produk jenama lain. Apa saja yang viral, kita pakai.

Sebenarnya tiada peraturan khusus tentang hal ini, tapi sebaik-baiknya gunakan produk muka dari satu rangkaian. Cuba elakkan mencampur-campur produk bagi mendapatkan kesan yang maksimum, selain mengelakkan iritasi atau fungsi yang tidak kesampaian.

Saranan Nona, setialah pada satu jenama untuk satu-satu masa dan lihat jika ia memberi kesan yang ketara. Misalnya selepas anda menggunakan rangkaian full set

selama 3 bulan, barulah bertukar kepada jenama lain jika tidak berpuas hati.

 

SET PILIHAN NONA

 

(1) Nanowhite Spot Correction

 

Dirumus khas untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi, rangkaian Nanowhite Spot Correction berupaya melengkapi keperluan wajah sambil mencerah serta menyamarkan bintik-bintik gelap dengan efisien. Pelancaran Advanced Serum dalam rangkaian ini menjanjikan keputusan sepantas 4 hari dengan rumusan Arbutin dan Niacinamide untuk tona wajah yang lebih cerah sekata.

 

(2) Fanbo Precious White

 

Rangkaian Fanbo Precious White dengan ekstrak Sakura, berupaya melembapkan kult supaya tampak sihat dan segar. Teksturnya yang ringan dan mudah diserap mampu menghilangkan kotoran dan sisa mekap dengan mudah. Ia juga dilengkapi provitamin dan ekstrak Sakura untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah.

 

(3) Cetaphil Bright Healthy Radiance

Rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance menggunakan Gentle Bright Technology, kombinasi Sea Daffodil, iaitu ekstrak tumbuhan semula jadi yang terbukti dapat mengawal dan menghalang penghasilan melanin yang berlebihan, untuk mencerahkan dan mengurangkan saiz bintik hitam. Dalam masa empat minggu, nikmati tona kulit yang lebih sekata dan cerah sempurna tanpa iritasi.

 

(4) Neutrogena Bright Boost

Print

Neutrogena Bright Boost, rangkaian pencerahan baharu untuk semua jenis kulit untuk menangani masalah kulit kusam. Keberkesanan rangkaian ini adalah hasil daripada bahan pencerah kulit terkini yang dikenali sebagai Neoglucosamine. Formulasi ini berkesan untuk mengganti sel permukaan kulit, meratakan tona dan menghidrat dengan berkesan.

 

(5) AHC Hyaluronic Dewy Radiance

Rangkaian AHC Hyaluronic Dewy Radiance sesuai walau untuk kulit sensitif, dan mengandungi formula yang telah dipertingkatkan bagi menjamin kualiti dan keberkesanan. Dilengkapi ciri kelembapan untuk menyerikan kulit dari dalam, rangkaian ini menampilkan 2.5 kali lebih banyak 10 jenis asid hyaluronic, selain menawarkan kesan pencerahan daripada dua jenis tumbuhan serta glutathione, dan formulasi kelembapan pintar yang dapat mengekalkan penghidratan kulit sehingga lapisan kulit yang dalam.

IKLAN
Share