Flower for spring? Ground breaking. Ini adalah kata-kata yang dilafaz Miranda Priestly, watak editor majalah Runway di dalam filem ‘The Devil Wears Prada’ tatkala pekerjanya mencadangkan corak berkonsep bunga untuk penggambaran fesyen musim bunga. It is all about personal preferences for me. Tiada salah jika menyerlahkan gaya bunga untuk musim bunga, as long as the creation is current and on point. Why not?

IKLAN
Elemen Dramatik Kejutan Bungkusan Bunga Di Pentas Fesyen Koleksi MOSCHINO Spring/Summer 2018
Inspirasi Bunga Calla Lily

Sebelum ini kita lihat banyak rumah-rumah fesyen yang mengangkat tema bunga yang jelas dalam memberikan impak kepada koleksi mereka. Kali ini giliran jenama Moschino pula memberikan  elemen dramatik literal dan juga fun sebagai menutup persembahan fesyen di Minggu Fesyen Milan.

Sebahagian pertama rekaan untuk koleksi ini menyaksikan gaya pakaian yang cukup edgy dan rock chic dengan pilihan seperti gabungan jaket biker kulit dan skirt tutu, kemudian terus berubah rentak untuk bahagian kedua.

Elemen Dramatik Kejutan Bungkusan Bunga Di Pentas Fesyen Koleksi MOSCHINO Spring/Summer 2018
Kaia Gerber Dalam Jambangan Bunga

Untuk bahagian kedua terjemahan literal bunga dan kupu-kupu paling mengujakan. Bayangkan model dibalut dengan bungkusan sejambak bunga? Peragawati Gigi Hadid dan Kaia Gerber dilihat memberi karakter yang sempurna jambangan bunga memenuhi imaginasi pengarah kreatif Moschino iaitu Jeremy Scott. Jom kita lihat lagi antara rekaan penuh kreatif ini.

Mungkin busana ini bukan sesuai untuk digayakan sebagai busana harian, but it works for the show. Impaknya membuatkan orang bercakap mengenai jenama ini.

IKLAN

IKLAN

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI