Tiada yang lebih indah dalam hidup ini apabila melihat wanita lain berjaya mencapai sesuatu dalam hidup berkat ‘pertolongan’ dari kita. Ini yang dirasakan oleh empat adik beradik cantik, Syatilla Melvin, Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin menerusi rangkaian perniagaan mereka.
Keterujaan empat adik-beradik ini membantu wanita lain menjana pendapatan sampingan jelas terpancar di wajah mereka. “Alhamdulillah hanya beberapa bulan kami sudah mampu membantu wanita lain di luar sana mendapat wang lebih.
Ads
Berkat berniaga, kami bangga dapat membantu ramai pihak untuk meningkatkan ekonomi hidup. Ada yang mampu membeli emas, motosikal, perabot, kereta, mengubah suai rumah dan melancong ke luar negara.
Ads
Dalam beberapa tahun lagi, kami juga mahu melahirkan jutawan yang dermawan. Berniaga ini kena bersungguh-sungguh. Tak boleh hangat hangat tahi ayam. Insya-Allah setiap usaha pasti berbayar,” kata Syatilla Melvin yang mewakili adik-beradiknya yang lain.
Ads
Ketika ditanya kepada Syatilla Melvin, ibu kepada Syeriv Samheizy, tiga tahun dan Sarima Samheizy, 7 bulan kenapa memilih produk kosmetik sebagai sumber perniagaan mereka, jawabnya, “Bagi kami produk Lip matte memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Memang ia menjadi satu keperluan buat golongan wanita khususnya. Tak dinafikan memang banyak jenama lip matte lain di pasaran. Tapi kami lain macam sedikit.
Kami turut menggunakan tagline dan tanda pagar Satukekasihcukupke? juga sebagai simbolik mempromosikan kombo lip matte yang dijual dengan dua unit. Tapi di alam realiti cukup setia dengan seorang kekasih dan suami saja. Jangan main kayu tiga dalam hubungan sesama manusia,” kata isteri kepada Shaheizy Sam ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak Shila Amzah melahirkan cahaya mata sulung tahun lalu memang agak jarang melihat kelibat penyanyi ini di majlis-majlis hiburan. Barangkali kerana Shila sibuk menguruskan
suami dan bayi comelnya ketika ini. Pun begitu, anak kepada penghibur Datuk Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai ND Lala ini aktif mengemaskini media sosial miliknya dan seringkali berkongsi rutin harian di samping keluarga dan anak tersayang. Menerusi perkongsian Shila, kelihatan permata hati yang diberi nama Seth Uwais ini membesar dengan sihat dan ceria. Terhibur tengok telatah anak kecil ini ditambah pula dengan wajah comel serta gebunya. Geram!
Melihat susuk tubuh dan pipi gebu Seth Uwais dengan gelak tawanya setiap kali diagah jelas memperlihatkan betapa anak kecil ini mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa. Apatah lagi, kehadiran Seth Uwais sebagai penyeri rumah tangga amat dinanti-nantikan Shila dan suami selama ini. Sudah tentu bayi comel ini ditatang bagai minyak yang penuh.
9 Februari lalu, Shila dan Haris berpeluang mengadakan majlis akikah anak tersayang. Pada majlis tersebut, keluarga kecil ini memilih persalinan rona putih bersih sepadan dengan pelamin akikah yang indah khas buat Seth Uwais. Mengimbas kembali kelahiran Seth Uwais Haris Idraki, Juara Asean Wave 2012 ini selamat melahirkan zuriat sulung pada tanggal 31 Ogos 2019 yang jatuh pada sambutan Hari Merdeka dan Awal Muharram secara pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
https://www.instagram.com/p/B9oxdAIJ3Wu/
Yang pasti, momen melahirkan Seth meninggalkan 1001 kenangan buat Shila. Kongsi Shila selepas selamat bersalin, “Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurniaNya dan rezeki. Memperkenalkan Seth Uwais bin Haris Idraki. Sha dinasihatkan untuk berehat oleh doktor setelah 55 jam 43 minit Sha berada dalam labour.”
Membuat pendedahan itu, ramai peminat setianya bertanyakan keadaan diri Shila waktu itu. “Alhamdulillah Seth is a healthy baby boy. Sha just tak dapat nak breastfeed betul-betul lagi sebab c section ni sangat tak selesa nak bf. Hari ni gagahkan diri juga untuk bangun. Keluarkan segala tiub from my body.
Anyways banyak orang tanya kenapa Sha kena emergency c section, actually disebabkan oleh Sha failed untuk dilate sampai habis walaupun dah diinduced, first kita try prostin, then the next day kita try foley balloon. Then lepas air ketuban pecah, kita try Pitocin that night. And I’ve been contracting tinggi sangat-sangat. Before amek Pitocin bukaan Sha 4cm je so me and Haris decided to take epidural (it was amaaaaazinggggg) doctors and nurses kat HUKM ni semua sangat bagus.
Tak sakit sangat pun bila jarum tu masuk kat belakang, doktor cakap dengan Sha supaya duduk, peluk bantal dan jangan gerak. So I didn’t move at all. Bila ubat masuk, you’ll get a tingling feeling macam kena mild electric shock. Then I started to feel numb from my lower back, lower abdomen, sampai la kaki. Honestly after days of contractions Sha rasa relieved sangat bila dapat epidural tu.”
https://www.instagram.com/p/B-O2AsOjFo0/
Nona ingat lagi, beberapa hari sebelum Shila melahirkan anak beliau masih aktif menyanyi dan gemar menyediakan masakan sendiri di rumah. Tidak sekadar hebat di atas pentas, Shila juga berbakat dalam dunia masakan. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Haris Idraki Elias pada 19 April 2018. Moga dengan kehadiran Seth Uwais membuatkan Shila semakin bersemangat untuk kembali aktif menyanyi dan meneruskan kerjayanya sebagai penghibur.
Sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19, Shila Amzah turut terlibat menyumbang suara untuk lagu pesanan khidmat masyarakat ‘Jangan Keluar’ bersama beberapa selebriti tanah air antaranya Alvin Chong, Hafiz Hamidun dan Bella Astillah.
Kredit: Instagram Shila Amzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
11 Januari pastinya menjadi tarikh yang diingati oleh setiap peminat seni tanah air kerana ia merupakan tarikh kelahiran penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin. Setiap kali menjelang tanggal 11 Januari saban tahun, isteri kepada Dato’ Sri Khalid Mohd Jiwa ini bukan hanya diraikan oleh kaum keluarga dan peminat tersayang malah stesen radio tempatan juga mengambil peluang ini untuk memutarkan lagu-lagu popular dendangan Dato’ Sri Siti sebagai menghargai karier anak seni berbakat besar tersebut.
Antara stesen radio terlibat yang turut meraikan hari lahir Dato’ Sri Siti hari ini termasuk Hot FM, THR Gegar, Kool FM, ERA FM, Suria FM, Sinar FM dan Best FM. Wah, bertuahnya insan bernama Dato’ Sri Siti Nurhaliza!
Tulis Dato’ Sri Siti dalam Instagram @ctdk, “Saya terharu apabila pihak radio-radio ini (saya yakin stesen lain juga mendukung perjalanan karier saya dengan cara tersendiri) mengadakan segmen khas sempena ulangtahun kelahiran saya adalah satu penghormatan yang tidak pernah saya jangka.
Kerjasama di antara penyanyi dan stesen radio ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan dan mendukung di antara satu sama lain. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua stesen radio yang mengadakan slot istimewa pada 11 Januari 2018. Ini adalah sesuatu yang amat kami hargai dan tentunya menjadi hadiah yang bermakna buat saya.”
Tidak cukup dengan itu, pada hari yang cukup bermakna ini juga Dato’ Sri Siti Nurhaliza akhirnya terbuka untuk berkongsi jantina bayi yang bakal dilahirkan pada Mac nanti.
Tahniah, Dato’ Sri Siti dan suami. Moga bayi perempuan yang dilahirkan kelak membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna kepada agama dan masyarakat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan selebriti sensasi Nick Jonas dan Priyanka Chopra Jonas baru-baru ini meraikan Deepavali dan kali ini, ianya lebih istimewa kerana dapat meraikan sambutannya dengan anak perempuan mereka. Meraikan Deepavali Selasa lalu, Priyanka berkongsi gambar dengan anak kesayangan mereka, Malti Marie Chopra Jonas, sembilan bulan di laman Instagramnya.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan, kelihatan Priyanka duduk sambil memangku Malti. Walau bagaimanapun sehingga kini masih belum kelihatan wajah si kecil mereka kerana kedua-dua masih lagi bertindak menyembunyikan wajah mereka kepada tatapan umum.
“Kasih sayang, keamanan dan kemakmuran kepada semua. Dari hati yang benar-benar sarat dengan kesyukuran, saya mengucapkan Selamat Menyambut Diwali kepada anda semua”, tulis Priyanka menerusi hantarannya itu.
Untuk rekap, Priyanka dan Nick sebelum ini berkongsi berita gembira mereka menyambut bayi sulung melalui kaedah ibu tumpang. Difahamkan, ibu tumpang tersebut melahirkan bayi berkenaan ketika usia kandungan 27 minggu di sebuah hospital di California, Amerika Syarikat.
Nick dan Priyanka berkahwin pada 1 Disember 2018 selepas bertunang pada Mei 2022 dan perkahwinan mereka nyata mengundang bualan berikutan jarak usia 10 tahun antara mereka.