Tanpa ilmu parenting yang betul, bukan senang bagi seorang ibu mahu mendekati anak sendiri. Dalam zaman moden ini, mereka lebih selesa dengan dunia mereka, sama ada bermain games atau melayari media sosial.
Kerana itu kita perlu bijak menggunakan masa dan ruang yang ada untuk ‘memenangi’ hati anak-anak. Dengan penyampaian santai dan aktiviti menyeronokkan di rumah, mereka akan lebih mudah menerima didikan ibu bapa.
Tapi aktiviti apa yang menarik dilakukan bersama? Semak idea ini dan cuba ajak si kecil anda bereksperimentasi sekali.
(1) Menu Untuk Si Cilik
Nak biasakan mereka dengan kerja dapur dan ajar menggunakan peralatan memasak? Jom hasilkan menu yang mudah, sedap dan menyihatkan.
Cadangan chef Abang Brian menggunakan Mission Mini Wrap ni antara yang paling sesuai untuk anda. Wrap terbaharu ni direka lebih kecil dan saiznya sesuai untuk kanak-kanak.
Anda boleh cuba resipi Bear Bear Wrap Pizza, Caterpillar Chicken Wrap dan Crouching Lion Hidden Veggies ini yang bukan saja sedap, tapi mudah dibuat dan menyihatkan.
Ads
Ads
(2) Kembara Dunia Dengan Kopi
Dengan situasi pandemik yang masih belum membenarkan kita untuk melancong ke luar negara, gunakan masa di rumah untuk ‘membawa’ si kecil anda belajar tentang negara luar.
Jika anda penggemar kopi Lungo, rangkaian terbaharu Nespresso World Explorations pasti menambah keseronokan. Ia menjemput anda merasai pengalaman mengembara melalui kopi berbeza seperti di Cape Town, Stockholm, Tokyo, Vienna, Shanghai dan Buenos Aires.
Aktiviti yang sesuai mungkin anda boleh membancuh kopi Nespresso bersama-sama si cilik sambil menceritakan keunikan negara asal kopi tersebut.
Tokyo Lungo dengan susu
Shanghai Lungo
Buenos Aires dengan susu
Ads
Stockholm Lungo dengan susu
(3) Dress Up & Make Up
Pernahkah anda bayangkan teman karib anda adalah anak perempuan sendiri? Kenapa tidak. They are mini you! Boleh saja bermain ‘mekap mekap’ atau anda menyiapkan si cilik bagaikan seorang puteri.
Jadikan aktiviti ini suatu kenangan paling bermakna untuk mereka. Beli barangan perhiasan kemas seperti anting-anting, rantai atau gelang tangan yang serupa agar ia menjadi kenangan terindah anda berdua.
Anting-anting bunga matahari daripada Tailored Jewel
Anting-anting mutiara Akoya daripada Tailored Jewel
Cincin batu nilam pelangi daripada Tailored Jewel
(4) Ajari Nikmat Hidup Sebenarnya
Kehidupan ini bukan tentang mengejar kekayaan tetapi menghargai erti kesenangan. Ajarkan mereka erti perkara-perkara kecil yang membahagiakan seperti momen melihat matahari terbenam, mencium bau embun dan wanginya bunga-bungaan serta menderma kepada orang susah.
Si kecil belajar dari teladan. Sebagai ibu, anda adalah guru di rumah, jadi sentiasa tunjukkan nilai-nilai murni pada setiap masa. Jika anda sedar, mereka sebenarnya adalah peniru terbaik!
Bunga Citra Lestari dan Noah Sinclair
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terlalu banyak fesyen di pasaran sehingga anda tidak tahu untuk membuat pilihan. Anda juga cenderung membeli pakaian yang murah dan akhirnya baju itu tidak sesuai dengan personaliti. Membazir! Tapi sebenarnya, ada di antara peraturan fesyen ini yang boleh anda abaikan.
1. Jangan gabungkan jenama mewah dan jenama biasa
Sebagai generasi millennial ataupun gen Y yang berdikari, tidak semua pakaian dan aksesori anda dari jenama mewah. Anda bebas menggayakan street style yang kini menjadi kegilaan. Jadi, tidak salah untuk menggayakan sebuah beg tangan Michael Kors dengan denim yang berharga RM10 yang dibeli di kedai bundle.
2. Hanya perempuan rendah boleh berkasut tumit tinggi
Jika inspirasi fesyen anda adalah Gigi Hadid, Kendall Jenner ataupun Karlie Kloss, abaikan terus peraturan ini. Kasut tumit tinggi bebas dipakai oleh siapa pun tidak kira ketinggian. Jadi jika anda sememangnya dikurniakan ketinggian, apa salahnya anda tonjolkan.
3. Jangan gabungkan corak bersama corak
Kedua-dua ini adalah kombinasi yang cantik jika anda pandai gayakan corak dan corak bersama. Apa salahnya corak abstrak digabungkan bersama corak abstrak juga. Hanya mereka yang berkeyakinan sahaja mampu membawa gaya ini dan anda harus cuba.
4. Wanita gempal tidak sesuai memakai skirt labuh
Bila pakai nampak lagi besar? Itu peraturan zaman pra-sejarah. Kini wanita gempal juga boleh tampil berkeyakinan dengan variasi skirt labuh dan pastinya nampak hebat seperti wanita biasa. Asalkan bentuknya sesuai mengikut bentuk badan dan pandai bermain warna, you are good to go!
5. Hanya lelaki boleh berpakaian menswear
Dunia semakin berubah dan begitu jugalah dalam fesyen. Hakikatnya, wanita juga boleh mengenakan menswear dengan cara yang tersendiri dan tampil cukup elegan. Stail androgini sangat menjadi perhatian masa kini. Wanita yang mengenakan pakaian menswear namun tetap diselitkan dengan ciri-ciri feminin.
6. Jangan memakai stoking bersama kasut terbuka di depan
Siapa lagi yang kata gaya ini ibarat orang tua? Anda juga boleh tampil bergaya dengan memakai stoking bersama kasut tumit tinggi.
7. Sequin dan metalik hanya untuk malam sahaja
Gabungkan sequin dan warna metalik bersama pakaian serba hitam anda ke pejabat hari ini. Pasti anda akan tampil kelihatan bergaya dan menawan. Kini warna metalik dan sequin bukan sahaja sesuai dipakai pada waktu malam malah turut boleh digayakan ketika waktu matahari memancar.
8. Kasut dan beg tangan haruslah warna sama
Konsep beg dan kasut perlu sama warna ini dah lama ditinggalkan. Anda boleh menggayakan apa juga warna yang berlainan pada kasut dan beg ketika keluar. Jika anda berani menggabungkan corak juga tetap tiada kesalahan.
9. Wanita petit jangan pakai dress panjang
Dunia yang bebas ini tidak pernah mengehadkan apa-apa jenis peraturan fesyen pada wanita kecil. Anda boleh memakai apa sahaja dress labuh walaupun tiada ketinggian. Bukan model sahaja dibenarkan berpakaian begini kerana anda wanita kecil juga boleh membawa gaya ini asalkan potongannya sesuai mengikut badan.
10. Jangan gabungkan denim bersama denim
Yes, peraturan fesyen dulu ada mengatakan jangan gabungkan baju denim anda bersama sepasang jeans. Kini tidak lagi. Jika anda penggemar denim, tidak salah untuk menggabungkannya ketika keluar. Pasti anda akan kelihatan cukup edgy.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki seseorang yang rahsia tiada siapa yang tahu. Tuah anak buah selebriti Hong Kong yang terkenal ini apabila mendapat ibu saudara yang sayangkan dirinya umpama anak sendiri.
Seperti yang diketahui, Carina Lau yang kini berusia 54 tahun bersama suaminya, Tony Leung antara pelakon A-List di Hong Kong tidak mempunyai zuriat sendiri. Carina Lau telah melayan anak saudaranya, Jeff bagaikan menatang minyak yang penuh.
Foto: Instagram @carinalau1208
Wajah anak kepada adik lelaki selebriti ini banyak memenuhi laman media sosial milik peribadinya.
Malah Jeff yang kini berusia 27 tahun dikhabarkan oleh akhbar Hong Kong bakal mewarisi harta Carina Lau yang bernilai HK$800 million (lebih kurang RM449 million). Begitulah tuah anak buah selebriti Carina Lau ini.
Foto: Instagram @carinalau1208
Suami kesayangan Carina Lau kembali diperkatakan apabila muncul dalam dalam filem adiwira Marvel; Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, melakonkan watak Xu Wenwu.
Walaupun sudah menginjak ke usia 59 tahun namun lelaki ini masih mempunyai aura dalam melakonkan watak yang diberi kepadanya terutamanya filem aksi.
Foto: Instagram @carinalau1208
Pasangan selebriti ini juga menerima jolokan Selebriti Asia Paling Berjaya kerana mempunyai pendapatan yang lumayan. Kisah cinta pasangan yang masih kekal cantik dan bergaya ini memang mencuri tumpuan ramai.
Khabarnya pelakon terkenal Hong Kong ini berjumpa kali pertama pada tahun 1984 semasa sama-sama berlakon dalam filem The Replica. Lima tahun kemudian mereka mula berpacaran dan mengambil masa 19 tahun untuk mendirikan rumahtangga.
Foto: Instagram @carinalau1208
Perkahwinan pasangan selebriti yang berlangsung pada 21 Julai 2008 telah mencipta sejarah yang tersendiri. Memilih negara yang paling bahagia iaitu Bhutan atau lebih tepat di Uma Paro resort sebagai lokasi perkahwinan. Majlis gilang gemilang ini telah kos melebihi lebih daripada HK$30 Juta dan dihadiri oleh tetamu VIP serta rakan artis pasangan ini.
Tony Leung juga pernah memenangi anugerah Taiwan’s Golden Horse Awards dan the Hong Kong Film Awards. Menariknya pasangan ini jarang memuat-naik gambar bersama di media sosial masing-masing. Mungkin platform media sosial mereka adalah untuk tujuan karier masing-masing.
Kebelakangan ini, diet berasaskan tumbuhan kian popular. Namun, ia bukan sekadar gaya dan ikutan semata-mata. Berita baiknya, kajian sains turut menyokong kebaikan diet ini. Diet berasaskan tumbuhan terdiri daripada makanan yang diperoleh daripada sumber buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang, biji-bijian, dengan sedikit atau beberapa produk berasaskan haiwan tertentu.
Pakar Dietetik bebas, Goo Chui Hoong mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pemakanan. Ia mendorong beliau ke arah kerjaya dalam bidang pemakanan dan nutrisi. Selain bergelar pakar dietetik, beliau pernah bergelar pensyarah, jurulatih kulinari serta pengarang. Beliau juga telah menerbitkan 3 naskhah buku termasuk “Food for Your Eyes” dan “Lite Malaysian Favourites” yang berjaya meraih anugerah.
Menurut Goo Chui Hoong, istilah-istilah seperti ‘flexitarian’, vegetarian (lakto-, ovo-, lakto-ovo-) dan vegan merupakan variasi diet berasaskan tumbuhan.
Flexitarianism: Diet berasaskan tumbuhan yang paling fleksibel. Pengamal ‘flexitarianism’ pada asasnya mengamalkan diet berasaskan tumbuhan, namun kadangkala membenarkan pengambilan daging secara sederhana.
Lakto-vegetarian: Diet berasaskan tumbuhan namun membenarkan pengambilan produk tenusu.
Ovo-vegetarian: Diet berasaskan memakan tumbuhan dan telur
Lakto-ovo-vegetarian: Diet berasaskan tumbuhan namun membenarkan pengambilan telur dan produk tenusu.
Vegan: Diet berasaskan tumbuhan yang paling tegas kerana mereka hanya mengambil makanan berasaskan tumbuhan sahaja. Pengamal vegan juga berisiko paling tinggi menghadapi kekurangan nutrien sekiranya diet mereka tidak seimbang.
“Diet berasaskan tumbuhan bermanfaat untuk kesihatan kerana tinggi serat, vitamin dan mineral serta kurang lemak tepu. Ini dapat membantu penurunan berat badan serta mengurangkan risiko diabetes jenis 2, penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser . Sesetengah makanan yang tinggi serat juga mempunyai indeks glisemik (GI) lebih rendah.
Selepas dimakan, makanan yang rendah GI meningkatkan paras gula dalam darah secara perlahan dan ini dapat membantu menguruskan diabetes jenis 2 dengan baik. Hasil gabungan serat yang tinggi dan GI yang rendah membolehkan anda berasa kenyang lebih lama, dan secara tidak langsung membantu anda mengurangkan pengambilan snek serta memilih makanan berkalori rendah bagi mengawal berat badan.
Makanan berasaskan tumbuhan biasanya lebih rendah lemak dan lemak tepu. Mengurangkan pengambilan lemak tepu (digantikan dengan lemak politaktepu atau karbohidrat kompleks) dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Di samping itu, diet berasaskan tumbuhan juga bermanfaat dari segi pencegahan kanser khususnya kanser usus. Serat daripada makanan berasaskan tumbuhan dapat mencegah sembelit serta membekalkan tenaga kepada bakteria baik dalam usus.
Namun, diet berasaskan tumbuhan yang kurang terancang sering dipertikaikan dari segi kandungan tenaga dan protein. Berikut merupakan beberapa nutrien yang harus diberi perhatian ketika mempertimbangkan amalan diet berasaskan tumbuhan.
Protein
Protein sangat penting untuk membina tisu otot dan memperbaiki sel-sel badan. Protein berasaskan tumbuhan tidak membekalkan komponen asid amino essential yang lengkap seperti protein berasaskan daging. Bagi mendapatkan kesemua komponen asid amino essential, adalah penting untuk mengambil pelbagai sumber protein berasaskan tumbuhan termasuk:
Lentil
Kekacang
Kacang kuda
Biji-bijian
Mentega kacang (seperti mentega kacang tanah)
Tauhu.
Terdapat banyak alternatif berasaskan tumbuhan untuk menggantikan daging yang dapat membantu anda membiasakan diri dengan diet tanpa daging seperti:
Protein berasaskan kulat (fungus) (contohnya cendawan)
Gluten gandum
Kacang soya
Kacang hijau/pea
Kalsium
Kalsium penting untuk kesihatan tulang. Seorang dewasa memerlukan 1,000 mg kalsium/hari. Ini mudah dicapai dengan mengambil produk tenusu (2-3 cawan susu/hari). Namun, sekiranya anda tidak mengambil produk tenusu, anda harus menggantikannya dengan makanan seperti:
Alternatif susu berasaskan tumbuhan yang diperkaya dengan kalsium. Susu berasaskan tumbuhan turut digunakan untuk membuat keju dan yogurt vegan serta minuman tanpa tenusu.
Vitamin B12
Kekurangan vitamin B12 dapat menyebabkan anemia, keletihan serta kebas kaki dan tangan. Vitamin B12 ini biasanya diperoleh daripada sumber haiwan. Sekiranya anda mengamalkan diet berasaskan tumbuhan yang ketat, maka anda perlu mengambil makanan yang boleh membantu mencegah kekurangan nutrien ini seperti:
Bijirin yang diperkaya
Tempe
Yis berkhasiat
Susu berasaskan tumbuhan yang diperkaya
Cendawan
Suplemen Vitamin B12
Asid Lemak Omega-3
Asid lemak omega-3 bermanfaat untuk kesihatan jantung. Sumber asid lemak omega-3 berasaskan tumbuhan termasuk:
Biji rami (flaxseed)
Kacang walnut
Biji sesawi (rapeseed).
Pilih minyak masak yang diperbuat daripada bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit kekacang atau biji-bijian kepada sajian bijirin/smoothie sarapan anda.
Amalan diet berasaskan tumbuhan sebenarnya tidak susah kerana kini terdapat pilihan vegan untuk segalanya, daripada mayones sehingga bak kwa (daging kering) vegan! Berikut beberapa menu saranan untuk sajian makanan berasaskan tumbuhan.”
Berikut adalah pelan sajian yang disarankan oleh pakar dietetik ini.
SARAPAN PAGI
Tosai dengan kari dhal
Atau roti bijirin penuh dengan mentega kacang atau kepingan avokado
Atau minuman/smoothie dengan alternatif susu berasaskan tumbuhan
MAKAN TENGAHARI
Salad gado-gado dengan tempe
Atau mi sup dengan pak choy, rumput laut, cendawan dan kulit fuchok goreng
Atau nasi goreng kunyit dengan tauhu, kekacang, lobak merah
MAKAN MALAM
Chapati dengan kari kacang kuda, bendi goreng
Atau nasi multibijirin dengan tauhu kukus serta kacang Perancis cincang, sayur campuran goreng dengan kacang macadamia
Atau nasi multibijirin dengan kari bendi, terung & kacang panjang, kubis goreng
Untuk mengenali Pakar Dietetik bebas, Goo Chui Hoong ini dengan lebih lanjut layari www.eatwell.my
Kredit: Ogilvy Malaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.