Bukan mudah bagi seorang wanita yang sudah bergelar isteri dan ibu untuk membahagikan masa di antara keluarga dan kerjaya. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian khusus. Besar cabaran yang terpaksa digalas selebriti cantik dan ibu muda, Tya Arifin. Silap percaturan, anak-anak akan rasa kekurangan kasih sayang dan terabai. Namun berkat kesabaran dan semangat untuk menaik taraf ekonomi keluarga, Tya berjaya membuktikan kemampuan diri sebagai isteri, ibu dan wanita bekerjaya.

Biarpun baru meniti usia 26 tahun tetapi kematangan Tya dalam mengharungi fasa hidup wajar dijadikan pemangkin semangat kepada kaum ibu di luar sana. Tidak menganggap kehadiran anak pada usia muda sebagai halangan untuk terus melakar kejayaan, Tya positif menjalani kehidupan bahagia bersama Arif Jiwa Asyraf dan anak perempuannya, Azzahra Jiwa Asyaf. “Alhamdulillah, sekarang Tya dah ada dua anak. Arif tahun ini masuk tiga tahun dan Zahra pula 10 bulan.

IKLAN

Mampu Jadi Usahawan Berjaya Walau TYA ARIFIN Ada 2 Anak Kecil! Mampu Jadi Usahawan Berjaya Walau TYA ARIFIN Ada 2 Anak Kecil! Mampu Jadi Usahawan Berjaya Walau TYA ARIFIN Ada 2 Anak Kecil! Mampu Jadi Usahawan Berjaya Walau TYA ARIFIN Ada 2 Anak Kecil!

Ada yang tanya bagaimana Tya membahagikan masa di antara tugas ibu, isteri dan kerjaya. Bagi Tya, semuanya terletak pada pembahagian masa kita sendiri. Biasanya Tya akan buat planning sehari awal terlebih dahulu. Tya akan masak sarapan pagi untuk anak-anak dan suami dulu walaupun hanya menu ringkas. Kemudian terus ke pejabat dan bawa Arif bersama. Kebetulan tempat kerja dekat dengan rumah jadi senang untuk ulang alik.

Waktu lunch pula Tya akan pastikan dapat makan dengan Arif. Tya tak nak Arif rasa yang ibunya sibuk bekerja dan dia terpaksa makan seorang di rumah. Tya juga beruntung sebab staf banyak membantu dan menjaga Arif sepanjang berada di pejabat. Lepas makan dengan Arif, Tya luangkan masa dengan Zahra pula. Kalau sempat, Tya menyusukan dia sebab Zahra masih breastfeeding.

Selesai semua tu dan mereka dah tidur, Tya kembali semula ke pejabat. Selesaikan segala urusan bisnes Jamu Mutyara. Habis kerja, sebelah malam pun Tya akan spend time lagi dengan anak-anak. Tya jadikan ia sebagai rutin sebab Tya tak nak anak-anak rasa kesepian dan tak jumpa mak mereka langsung sebab sibuk bekerja dari pagi sampai malam,” ujar Tya yang kini berbangga dapat melahirkan seramai 500 stokis menerusi empayar niaga miliknya, Jamu Mutyara.

Mampu Jadi Usahawan Berjaya Walau TYA ARIFIN Ada 2 Anak Kecil! Mampu Jadi Usahawan Berjaya Walau TYA ARIFIN Ada 2 Anak Kecil!

Mampu Jadi Usahawan Berjaya Walau TYA ARIFIN Ada 2 Anak Kecil! Mampu Jadi Usahawan Berjaya Walau TYA ARIFIN Ada 2 Anak Kecil!

Bercerita tentang masa bersama suami tercinta pula, isteri Asyraf Khalid ini berkata mereka memilih pendekatan morning walk setiap hari untuk lebih menghargai satu sama lain. “Lepas solat Subuh dan anak-anak masih tidur, kami anak bangun dan buat morning walk dalam 30 hingga 40 minit. Inilah masa Tya dengan Asyraf tanpa anak-anak dan bebas daripada telefon.

Disebabkan kami kerja di bawah satu bumbung yang sama, kami tak mahu urusan pejabat dan rumah dicampur adukkan. Jadi, kami cuba elakkan untuk tidak terlalu cakap tentang bisnes dan lebih banyak berkongsi luahan supaya masing-masing supaya memperbaiki diri serta bersemangat kejar impian.”

IKLAN

Dalam kesibukan Tya mengurus rumah, keluarga, anak-anak dan perniagaan, pemilik nama Nurtria Wulandari Arifin ini turut tidak ketinggalan menitikberatkan soal kebersihan dan keselesaan baju sekeluarga. Demi memastikan pakaian keluarga kekal wangi dan bebas iritasi akibat bakteria yang terlekat di baju, Tya menggunakan pelembut fabrik TOP Plush Soothing Care with Dermatologically Tested.

Mampu Jadi Usahawan Berjaya Walau TYA ARIFIN Ada 2 Anak Kecil! Mampu Jadi Usahawan Berjaya Walau TYA ARIFIN Ada 2 Anak Kecil! Mampu Jadi Usahawan Berjaya Walau TYA ARIFIN Ada 2 Anak Kecil!

Kata Tya, “Baunya sedap dan nyaman. Anak-anak Tya memang suka bermain dan senang berpeluh. Jadi Tya kena berikan mereka yang terbaik dengan pelembut TOP Plush yang selamat untuk anak-anak. Ia juga memudahkan Tya untuk mencuci baju dan apabila menggunakannya Tya perasan anak-anak tak alami alahan di badan.”

TOP Plush yang digunakan Tya sangat sesuai untuk bayi dan anak kecil kerana ia mempunyai perlindungan fabrik yang melembutkan. Malah, kelembutan pelembut fabric TOP Plush Soothing Care ini kekal sehingga 100 hari.

IKLAN

Bercerita lanjut tentang manfaat Top Plush, ini pengakuan jujur Tya, “Memang sesuai untuk bayi dan anak-anak Tya macam Arif dan Zahra. Kalau anak happy, Tya pun turut rasa gembira. Lagipun kulit anak kecil ini sangat sensitif. Sebagai ibu juga saya kena pandai memilih yang terbaik. Tya memilih TOP Plush Soothing Care ini sebab ia sesuai dengan anak Tya yang ada ruam-ruam. Memang Tya risau kalau badan anak ada ruam sebab itulah Tya menggunakan TOP Plush Soothing Care sebab ia dermatologically tested!

Dalam pada itu, usahawan muda ini turut mengakui keselesaan anak-anaknya dalam pakaian mendorong mereka menjadi lebih aktif dan ceria. Sudah tentu perubahan tersebut menyenangkan hati Tya dan suami sekaligus memudahkan mereka menjalani kehidupan sekeluarga.

Jom sertai Peraduan ‘Selfie & Menang’ Say I Do To Plush dan menangi RM200 untuk 10 pemenang sekarang.

Mampu Jadi Usahawan Berjaya Walau TYA ARIFIN Ada 2 Anak Kecil!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI