29 Jun 2025 menjadi tarikh keramat buat pelakon yang juga adik kepada selebriti terkenal, Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy apabila sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Hafiz Azizi dengan sekali lafaz.
Memetik perkongsian di Instagram milik sahabat Ezlisa yang dikenali sebagai Jaja Anuar, pasangan sama cantik sama padan itu memilih International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai lokasi pernikahan.
Menjengah ke Instagram Elfira Loy pula, masih tiada sebarang perkongsian berkenaan majlis tersebut namun terdapat beberapa video yang menunjukkan persiapan hari bahagia adik kesayangannya itu.
Majlis pernikahan Ezlisa atau nama penuhnya Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri yang kini berusia 29 tahun, berlangsung cukup meriah dan turut dikongsi secara ‘live’ oleh perancang perkahwinan mereka iaitu Sanggul Event dan Kunyahan (Wedding & Party Stall Stylist).
Majlis penuh bermakna itu turut disaksikan oleh ahli keluarga, kenalan rapat serta saudara terdekat kedua-dua pasangan pengantin.
Ads
Dalam majlis itu, Ezlisa menerima mas kahwin sebanyak RM300.
Untuk info, Ezlisa dan Hafiz mengikat tali pertunangan pada 27 April 2024.
Semoga ikatan suci yang dibina oleh Ezlisa dan Hafiz ini kekal bahagia sampai syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Khabar duka dari Kota Jakarta apabila pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pagi tadi, Selasa (18 Februari 2020). Ashraf meninggalkan isterinya yang juga penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair.
Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Pelakon yang berusia 40 tahun ini merupakan abang ipar kepada penyanyi, Yuna.
Ucapan takziah daripada artis dua negara Malaysia dan Indonesia membanjiri posting terakhir Ashraf di laman Instagram miliknya.
Salam takziah kepada Bunga Citra Lestari dan keluarga daripada team Nona. Semoga roh arwah ditempatkan bersama para solihin.
Isu pergolakan rumahtangga antara Farid Kamil dan Diana Danielle terus diperkatakan sehingga kini, namun ia tidak menghalang Diana untuk terus berkarya, dan kini dia melangkah setapak lagi dalam industri seni dengan melancar dan menerbitkan lagu raya yang berjudul Senandung Raya. Lagu raya Diana yang bengenre pop kontemporari didengar cukup ‘catchy’ sekali sehinggakan ada yang menyamakan dengan lagu raya dari kumpulan Feminin.
Menurut sumber Berita Harian, ini merupakan pertama kali Diana merakamkan lagu raya secara solo dalam bahasa Melayu, walaupun Diana lebih selesa berbahasa Inggeris.
“Saya mengaku kepada komposer lagu Senandung Raya, Amyela bahawa saya tidak yakin menyanyikan lagu Melayu. Namun, dia sangat membantu dan memberi sokongan ketika proses rakaman.
Selain menyanyi dalam bahasa Melayu, proses menyiapkan video muzik pada saat-saat akhir juga menjadi cabaran buat penyanyi berusia 31 tahun itu.
Namun, Diana memberi komitmen bagi memastikan perancangan lancar. “Sebelum ini, saya tidak pernah mendapat peluang merakamkan lagu raya secara solo. Jadi, saya mahu segera siapkan lagu dan muzik video Senandung Raya supaya dapat dilancarkan tepat pada masanya
“Saya bangga apabila dapat memberi idea dalam video muzik di mana kami ingin paparkan situasi sebenar. Sebagai penyanyi baharu, semua ini memberi pengalaman kepada saya bagaimana hendak mewujudkan sesuatu yang bermula dengan idea,” katanya.
Selain itu, Diana mengaku gementar untuk bekerjasama dengan Amylea buat kali pertama. Jom sama-sama kita dengarkan lagu raya dari Diana Danielle.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Biasanya orang Arab masuk saja bulan Rejab dah terbayang Ramadan. Tapi orang perempuan kita belum masuk Rejab lagi dah terbayang Syawal!” begitu mukadimah Ustaz Syamsul Debat mengusik jemaah Muslimat tentang ragam berpuasa.
Nama pendakwah Ustaz Syamsul Debat atau Syamsul Amri Ismail, 43 tahun, sememangnya cukup mesra di kalangan peminat ceramah, terutama sekali penonton saluran TV AlHijrah. Orangnya santai dan kelakar, tapi amat bijak menyelitkan unsur-unsur nasihat yang menginsafkan.
Menyedari kedatangan Ramadan tidak lama lagi, Ustaz Syamsul berkongsi tiga jenis orang berpuasa yang menggambarkan keadaan dan kedudukannya, sebagaimana yang ditulis oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumiddin.
Beliau turut mengaitkan inti pati jenis berpuasa ini dengan ragam-ragam orang perempuan, eh kadang terasa juga benarnya!
==========================
Pejam celik, pejam celik, malam ini sudah tiba ke pertengahan bulan Syaaban. Dalam pada berlumba-lumba merebut syafaat nisfu Syaaban, malam ini juga bermakna tinggal 15 hari saja lagi untuk kita menjemput tetamu yang paling dirindukan… Ramadan.
Tak kira seberapa banyak kali pun cerita tentang Ramadan, pasti ada sesuatu yang mengujakan tentang tetamu istimewa itu. Dia yang datang setahun sekali selama 30 hari, membawa pelbagai hadiah menarik untuk kita. Terserahlah mahu menerimanya atau membiarkan saja ia berlalu.
Allah SWT menyebut dalam surah Al-Baqarah ayat 183, bermaksud ‘Wahai orang-orang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa.’
Kenapa sebut mudah-mudahan? Sebab belum tentu lagi orang berpuasa itu bertakwa. Mungkin waktu berpuasa kita buat perkara yang tak patut atau tak buat perkara yang sepatutnya. Jom semak 3 jenis orang berpuasa kalau nak tau di tingkat mana ibadah kita.
Pertama: Puasa Umum
Setakat berpuasa menahan perut dan nafsu syahwat sedangkan anggota yang lain masih melakukan maksiat terhadap Allah.
Ustaz Syamsul Debat: Puasa ni macam puasa budak darjah 5. Kita setakat puasa semata-mata, menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Tapi nama saja puasa tapi tak mengaji atau bersolat. Sebab padanya itu dah biasa.
Kedua: Puasa Khusus
Ditunaikan dengan turut mengawal seluruh anggota badan daripada melakukan maksiat terhadap Allah tapi hatinya masih belum dapat sepenuhnya daripada niat yang melalaikan diri dalam mengingati Allah.
Ustaz Syamsul Debat: Paling ramai puasa begini. Mereka menahan diri daripada perkara yang membatalkan atau mengurangkan pahala puasa. Contoh perkara yang mengurangkan pahala, siang-siang orang perempuan ni suka tengok drama Korea atau drama Melayu, rancangan hiburan atau bermain Facebook sampai melalaikan.
Mulanya konon-konon tak mahu bergosip, tapi nanti sibuk nak ambil tahu juga. Kalau pergi pasar Ramadan, nafsu makan membuak-buak sampai tak cukup jari-jemari nak gantung plastik makanan. Akhirnya membazir belaka.
Ketiga: Puasa Khusus al-Khusus
Puasa yang paling sempurna dimana hati turut dikawal daripada keinginan yang buruk dan memikirkan sesuatu selain Allah secara mutlak. Tahap puasa ini dinikmati oleh para Nabi, siddiqin dan muqarrabin kerana ia sukar digambarkan dengan kata-kata tetapi dilaksanakan dengan amalan.
Ustaz Syamsul Debat: Inilah puasa yang terbaik, dimana kita bukan saja menahan diri daripada perkara yang membatalkan atau mengurangkan pahala puasa tapi langsung mengelak daripada memikirkan soal duniawi. Jarang-jarang ada orang puasa jenis ni.
“Nak tengok dimana makanan paling membazir? Tengoklah waktu orang kita ke bufet Ramadan”
Kata Ustaz Syamsul Debat, salah satu tanda bertakwa ialah qanaah atau berpada-pada dengan yang sedikit. Sifat suka membazir biasanya terserlah kalau kita berbuka di bufet Ramadan.
“Kita patutnya kena belajar daripada orang putih. Mereka ini kalau pergi bufet mesti ambil sikit-sikit, kemudian duduk dan makan. Bila habis, baru bangun semula untuk ambil yang lain.
Yang perangai orang kita ni pula, dalam fikiran dah plan, kalau bangun ambil semua makanan. Kononnya tak perlu bangun berkali-kali. Sudahnya penuh semeja… terbazir macam tu saja. Itulah sebabnya kita kuat makan lebih banyak dari sebelum tak puasa.
Saya sejak kecil lagi Abah dah ajar, berbuka cukup dengan buah tamar dan air suam. Selepas tunaikan solat Maghrib barulah kami makan makanan berat,” kongsi beliau sebelum mengakhiri ceramah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.