#FabulousMUA Tahu Tak JENIS LIPSTIK Yang Selalu Dipakai? Jom Semak Jenis Lipstik

Wanita dan lipstik memang tidak dapat dipisahkan. Jika anda mengaku sebagai beauty lover maka wajib menyimpan paling tidak sebatang lipstik di dalam tas tangan.

Memiliki lebih daripada satu warna lipstik memang sangat diperlukan kerana ia perlu padan dengan baju yang dipakai. Setiap warna juga memiliki efek yang berbeza dalam penampilan.

Sebelum itu kita perlu semak jenis lipstik yang perlu dipakai. Bagaimana memilih lipstik tahan lama di bibir dan bagaimana pula ingin bibir tampil penuh? Setiap lipstik mempunyai bentuk dan kelebihan yang berbeza.

(a) Lipstik Matte

Lipstik jenis ini biasanya didatangkan dalam bentuk batang. Lipstik jenis matte memiliki warna yang solid dan berbagai. Kebiasaannya lipstik jenis ini tidak berkilat dan hanya memiliki sedikit pelembap.

Bagi memelihara kelembapan bibir elok menyapu pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles lipstik di bibir. Lipstik jenis ini memiliki kelebihan tahan lama sepanjang hari sehingga tidak perlu sering menambahnya.

(b) Lipstik Satin

Kewujudan lipstik jenis satin ini hampir sama dengan jenis matte. Cuma lipstik jenis satin mempunyai tekstur yang berkilat dan mengandungi pelembap yang lebih banyak berbanding lipstik matte.

 Lipstik jenis ini tidak melekit dan sangat popular kerana tidak perlu gusar bibir kering selepas dioles.

(c) Lipstik Glossy

Bentuk lipstik jenis glossy ini tidak padat serta mempunyai tekstur cair dan kental. Mempunyai warna yang pelbagai dan memberi efek berkilat. Terdapat juga lipstik jenis ini disertakan sekali glitter untuk kesan yang ketara.

Kelebihan lipstik jenis ini memberi efek bibir kelihatan penuh dan seksi. Cuma perlu berhati-hati kerana lipstik ini mudah melekat apabila tersentuh. Selain itu, ia tidak tahan lama dan perlu sering mengoles jika sudah hilang dari bibir.

(d) Pensel bibir

Pensel atau pengalit bibir berfungsi untuk membingkai bibir agar boleh melukis bentuk yang dikehendaki. Tidak semua orang memiliki bibir yang sempurna maka pensel bibir boleh menebalkan bibir yang nipis dan simetri bibir jika tidak sempurna.

Setelah melukis bibir sapu lipstik agar tampil semakin cantik dan bergaya. Jangan sekali-kali tidur tanpa membersihkan lipstik di bibir.

IKLAN
Share